Saturday, January 1, 2011

Bola Piala Suzuki AFF vs New Year..

smlm dah post byk entries..so, saje2 dok kasi bedung jari-jemari untuk tidak menggedik2 atas papan kekunci..sbb mau tunggu "TAHUN BARU"...erm.kenapa dgn tahun baru ni??istimewa sgt ke?perlukah tahun baru untuk menukar segalanya dengan baru2 belaka.azam baru la.semangat baru la.life aku mcm biasa.rasanya tak penah la nak g sambut tahun baru ni seperti mereka2.bukan usia dah melanjut sangat tp..mmg mcm tak suka la kalo crowded2 ni.rimas.nak makan, confirm la makanan dgn tiba2 nek harga.(tiba2 pandai budget..hahaha).nak jalan pun berimpit2.nak usha2 window shoping pun duit tak de (ni yg sebetulnya..gelak sakan lagi).dah kata window shopping..mmg dok lihat saje la pn kewek ooi..

bg aku.tahun baru ke tak tahun baru.tanggungjawab mesti dilakukan sebaiknya.bukan sbb nak tunggu tahun baru.baru nak set mind azam baru.semangat baru.semua tu,mesti ada dlm diri tiap2 hari, baru keje menjadi.wah,sound mcm bgs.hahaha.

bila buka je muka buku, mcm best.tgk ucapan kawan2.tgk pic kawan2 g sambut tahun baru.nampak mcm meriah.mmg best.tp aku mcm ni gak la.tido lagi best.hahaha.

eh lagi 1, bila bukak je tv.mesti pasal bola.makan bola.tido bola.fenomena bola malaysia di angkat menjadi satu team yg membanggakan.tp rasa cam terlebih2 lak.tp aku suka.haha..tak tau ape motif aku.sana sini ckp pasal bola.dari budak yg tak de gigi sampai la orang2 tua yg tak de gigi pun boleh sembang pasal bola.aku tak kisah.aku boleh layan.sbb aku suka walaupn sampai skrang aku tak paham ape itu "off side".mcm mana boleh jd "off side".bukan tak nak paham.tp tak paham2 gak.nak kata bebal, mcm bijak sikit.tp tak paham gak.hahaha.makcik2 yg slalu dok menjadi ajk tingkap pun, dah pandai ckp pasal bola.padahal nak beza kaler jersi ant Malaysia n Indonesia pun dok kabur.remaja jgn ckpla.mmg expert bab2 ni lagi2 yg kaki bangku.ahaks.sori.sbb kaki bangku tak semestinya tak tgk bola kan..kan?kan?

pemain2 kita plak, tiba2 nama mereka ini melonjak bak bintang popular.meniti dari bibir ke bibir.padahal sblm ni dok kenal si kembar dua beradik tu je.iyelah, katanya ensem.wah, kat airport dgr katanya ribuan ek yg menyambut.amboi, support penuh nampak.jgn time menang je sokong, time kalah dok maki hamun.tp tak pe, ni permulaan kebangkitan era bola sepak kita.moga success.mari kita lihat sape pemain yg kena.tp ni bg pendapat aku la.sbb semua bagus cuma ni yg aku rasa lagi bagus...

>Khairul Fahmi Che Mat
> Safee Sali
>Norshahrul Idlan Talaha
>S Kunanlan
>Mohamad Muslim

Kiranya..nama2 ni feberet akula..eh, jgn dilupa si raja bola kita,
K Rajagobal, yg sgt bijak menyusun tektikal yg menarik.n thanks to rtm cos kasi siaran pancar-memancar di kaca tv lama aku..hehehe...tahniah all.








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails