Tuesday, January 4, 2011

kelmarin ada, hari ini tiada

stori hari ini sangat meruntun kalbu.stop all d'girang2 stori.
mood diselubungi oleh emosi tangisan.
tiada siapa yg mampu mengagak.
tiada siapa yg mampu mengetahui apa yg terjadi dan akan terjadi.
sebetulnya, tiada apa pun kebetulan yg berlaku dalam hidup kita.
semuanya telah tercatat sejak azali.
semuanya telah direncanakan dengan baik sekali.
kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan bertawakal kepadaNYA.

wahai Maha Mengetahui,
segala yg tersurat dan tersirat.
baik buruk telah tercipta.
dari engkau kami datang dan dari engkau jualah kami pulang.
ambillah kami dalam keadaan yg sangat tenang.
tatkala bekalan penuh di dada untuk menghadapi ujian di sana nanti.

wahai Maha Pengampun,
segala titik hitam yg dipenuhi dengan noda,
Engkau ampunkanlah.Engkau berikanlah kami tempat yg sebaik2nya.
sesungguhnya, kami amat kerdil untuk menandingi segala kebesaranmu Ya Rabbi.

saat engkau mengambil insan-insan yg tersayang dari kami.
kami tahu, Engkau teramat sayangkan mereka.
makanya, Aku memohon agar Engkau memudahkan urusan mereka ini agar selamat di akhirat kelak.
tiada apa yg mampu dilakukan hanya berdoa kepadamu Ya Ilahi.


Ya Allah s.w.t., moga roh mereka dicucuri rahmat dan dipenuhi dgn limpahan kasihmu.
Tanggal 3 Januari 2011, jam 9.40 perginya insan yg banyak mengisi kenangan dlm hidupku.walaupun hanya sementara, kehilangan amat dirasai.moga mak mertua, suamiku adik beradik dan sedara mara tabah dengan ujian ini. Engkau tempatkanlah bapa mertuaku (Ali bin Osman) di kalangan orang2 yang beriman.
Semoga, selamat semuanya.
Al-Fatihah.
Amin.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails