Saturday, January 22, 2011

mode:muhasabah diri

pendarahan jerawat.uish makin melata ianya tumbuh.
tidak mengira musim.sejuk.panas.mengawan.lampu merah hijau kuning.
semua dia langgar.datang tanpa penah dijemput.bila nak halau payah benor nak pegi.
bikin kejelitaan menurun seiring dengan confident diri yg makin serabut serabai.
teringat bila si suami penah berkata,"syg dah macam mak lampir abg tgk"..
nak marah pun mcm betul..hahaha..terbahak2 gelak bersama.
tanda keserasian mulai menemui bibit cinta yg syahdu tp selalunya over langsung tak de nak penah sama.ada saje yg tak kena.abis2 pun si isteri senyap lagi baik.
kadang2 tertanggung plak rasa ketidakpuashatian dlm diri.
NAMUN.
malam tadi baru je mendengar ceramah dari ustazah di tv9 dlm rancangan Tanyalah Ustazah. kalo tak silap la.terharu lak dgr istimewanya kita sebagai wanita dijadikan Allah s.w.t sebagai rahmat yg terulung.tiba2 rasa owh..aku la itu.sesuai dgn tajuknya. saya isteri saya ibu.
nice bukan. Thank u Allah menjadikan aku sesempurna ini.ku juga berdoa agar engkau memperkenankan doa2 rakan-rakanku untuk mempunyai cahaya mata. Semoga mereka juga merasa betapa hebatnya anugerah yg engkau berikan.tiada nilai.tiada tandingan.hebatnya pemberianmu.sehingga kini aku takjub bagaimana ada nyawa boleh hidup di dalam perutku. sehingga saat melahirkan.bagaimana bayi sebesar itu boleh keluar dari pintu rahim yg kecil. Masyallah Agungnya penciptaanmu Ya Allah.
ustazah ini berpesan.seburuk mana pun yang diperlakukan kepada kita, kita kena berbalik pada diri kita sendiri.sebelum melakukan apa2 ke atas orang lain, uruslah diri kita dahulu.dekatkanlah diri ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya dia yang mengetahui segalanya.kita serahkan diri kepadaNYA. sedang kita, lagi sesaat pun tidak mengetahui apa yg akan terjadi bukan.makanya.redha.redha. semua telah ditentukan.
BAGI DIRIKU.
bukan tidak penah tahu.Allah itu menjanjikan mana-mana syurga boleh dipilih asalkan kamu menjaga maruah, taat kepada suami, solat, berpuasa, menjaga iman.
TETAPI.
khilafnya kita sebagai manusia.alpanya kita sebagai khalifah.
lekanya kita sebagai hamba.egonya kita sebagai penumpang di muka bumi Allah ini.
sering kali ingin melanggari hukum Allah.Nauzubillah.
Moga kita mendapat petunjuk dari Allah.

Ya Rabbi. Ampunilah dosa-dosaku.dan seluruh umat Islam.
Amin


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails