Saturday, August 27, 2011

MLM HALAL LA DUDE!!!

MLM??Apa??korang penah dengar pasal 3huruf ini >> M.L.M ??
Korang nak tau tak MLM sebenarnya ada gak yang HALAL.aku pun baru je tau.hah.
Jom kita sama-sama JOIN. bukan paksaan tau tp ANDA BUAT, ANDA DAPAT. :)

Cara-caranya :
1) Dah nama pun MLM, kena la cari orang downline kita.eh, tak perlu susah-susah jaja air liur.serahkan saja pada yang pakar.
2) Kemudian set tempat yang agak-agak ada class sikit.Iyelah, nak tarik perhatian orang bukan senang.
3) Janjikan dengan ganjaran-ganjaran lumayan yang PASTI dapat kalo join.
4) Rezeki ni halal kawan-kawan. DUNIA AKHIRAT sah tiada tarikh luput.

Bukhari membawakan dalam kitab shohihnya Bab ‘Mengucapkan salam kepada orang yang dikenal maupun tidak dikenal’. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwasanya ada seseorang yang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ قَالَ « تُطْعِمُ الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ ، وَعَلَى مَنْ لَمْ تَعْرِفْ »
Amalan islam apa yang paling baik?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas menjawab, “Memberi makan (kepada orang yang butuh) dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang tidak engkau kenali. ” (HR. Bukhari no. 6236)

Kesimpulannya :

Marilah kita beramai-ramai melakukan amalan yang baik. Sepotong ayat yang kita ajarkan dengan niat yang baik, akan mendapat ganjaran yang baik. Ingatlah, Tuhan itu tidak pernah tidur sehingga tidak nampak kebaikan sebesar zarah sekalipun. Apatah lagi kebaikan yang besar disertai dengan niat yg baik.

Bersama-sama kita menegur kesilapan masing-masing dan terima sebagai proses pembelajaran dan pengajaran agar kita sentiasa memperbaiki kesilapan diri kita. Maklumla, dah nama pun diri sendiri, kadang-kadang tak nampak yang kita buat salah pada orang lain.

Marilah kita sama-sama menjalin hubungan ukhwah sesama kita dan bersatu demi agama yang satu. Ingat bukan negara je perlu bersatu. Agama lagi penting fungsinya. Tanpa agama, manusia pun boleh sesat di jalan yang terang.

**************************************************************************

Bila kata tiada paksaan dalam Islam. Jangan pula kita mengabaikan suruhan dan perintah Allah swt atas tiket "tiada paksaan dalam Islam". Please take note.

**************************************************************************

Zaman sekarang manusia semakin pelik. Cuba tengok kebanyakan orang bila ditanya isu bertudung. Sebagai contoh kan :

Situasi 1

Soalan : Memang diakui anda sangat ayu lagi cantik. Tapi lagi cantik kalo anda bertudung.

Jawapan : Biarlah saya melakukan sesuatu dengan ikhlas. Perihal bertudung ini adalah satu keputusan yang besar harus saya pikirkan demi karier dan masa depan saya.

Pandangan Saya dan anda : ???????????????????????????????

Situasi 2

Soalan : Mengapa sejak dulu anda memakai hijab, sekrang dengan tiba-tiba anda menanggalkannya.

Jawapan : Owh, saya lakukan ini atas kehendak kerja dan ia hanyalah sekadar lakonan. Ini adalah punca rezeki saya.

Pandangan Saya dan anda : ???????????????????????????????

Ingatlah semua, nyawa kita dipinjamkan sehingga kita sendiri tidak tahu tarikh luputnya. Adakah kita mati dalam RedhaNYA atau MurkaNYA ? Adakah kita masih perlu bertangguh untuk melakukan segala perintahNYA. Ya Allah swt. adakah benar ini keadaanya manusia akhir zaman yang semakin merapu dan kacau bilau?

Ya Allah s.w.t, setinggi-tinggi kupanjatkan syukur agar engkau memberikan aku hidayah dan perjalanan hidup yang diberkatiMU. Sebagaimana mulianya aku dilahirkan, begitulah saat Engkau mencabut nyawaku. Kumohon untuk sekelian umat Islam agar dimatikan dalam keadaan yang Mulia dan membawa bekalan yang mencukupi di sana nanti.

**************************************************************************

Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"
(Muslim dan Tarmidzi)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails