Sunday, August 14, 2011

Karamel puding


Kali ni nak letak hasil karamel di awal post la..
Kasi semua terliur. Yang suka je la.
(kredit to opie5662.blogspot.com)
Gambar orang, i pinjam..hehe..
Al-kisahnya, dahulu kala pernah mencuba tetapi tak jadi..
tapi 2 hari lepas buat, hasilnya tidak mengecewakan.

Mudah saje.
Bahan-bahannya :

8 Telur ayam (sbb sizenya kecik)-kalo besar boleh la letak dlm 4-5 biji sahaja
Susu cair 1 tin
Gula 1 cawan
Esen Vanila (aku tak letak pun, sbb tak ada)

Cara-caranya :

Panaskan gula 1 cawan di dalam periuk ke tanpa air. Sehingga keperangan.
Setelah cair, campurkan 5 sudu air. (AWAS ! sbb bila masukkan air, akan meletop2).
Bila dah cair semua. Tutup api dan masukkan dalam loyang. Biar sejuk seketika.

Pukul telur sehabis kejam. Campurkan susu cair tadi. Masukkan 3-4 sudu gula(kalo tak makan manis sgt, kurangkanlah).
Pukul punya pukul. Tapis. Masukkan dalam loyang yang berisi gula tadi.
Kukus dalam 20 - 30 minit.

Sedia untuk dihidang. Mudah bukan. Kalo beli kat bazar, 1 slice tu = RM2.50...MAHAL..
Tryla sendiri. Selamat Menelan Air Liur.

1 comment:

  1. wah sedapnye kak karamel ni..mmg kesukaan sy huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails