Saturday, August 13, 2011

Kerapu 3 rasa nyum nyum nyummy


Menu pembukaan berbuka puasa tempoh ari.
Menu ini betul-betul jatuh pada puasa yang pertama.
Menu ini betul-betul menjilat jari.
Menu ini ditujukan untuk rakan-rakan yang tak berapa nak expert masak mcm aku.
Liana..see this menu..follow buat ok..

Bahan-Bahan A :

Ikan Kerapu 2 Ekor (baru 16 hengget)
-basuh bersih2
-letak garam dan kunyit
-gorengkan

Bahan-Bahan B (SOS) :

-Bawang Besar 2 biji (dipotong dadu)
-Bawang Putih 4 ulas (ketuk saje pun ok)
-Nenas (dipotong dadu)
-Tomato (dipotong dadu)
-Serai 2 batang (ketuk-ketuk)
-Halia dihiris (agak-agak je)
-Cili Api 5-6 biji (potong kecik-kecik)
-Cili kering (diblender-dalam 2-3 sudu)
-Sos Cili (2 sudu)
-Sos Ikan (1-2 sudu)
-Kicap manis (bg cantik kalernya)
-Daun limau purut (bg bau sedap sikit)
-Garam secukup rasanya
-Daun sup + Bawang goreng (sebagai hiasan)

CAMPURAN KEJADIAN :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, serai dan halia sekali sampai garing dan naik bau.
2. Masukkan cili blender sampai dirasakan sudah masak k.
3. Masukkan sos cili + sos ikan + kicap manis secukup warna + tomato + nenas join dalam kuali.
4. Jangan lupa masukkan sekali daun limau purut + garam.
5. Kalo rasa nak tambah air.silakan.tp jangan banyak-banyak.nanti ceroi lak.tak sedap.
6. Api pelan je tau.
7. Ok, dah siap.apa lagi sira atas ikan tu.
8. Nampak cantik dah.lagi cantik taburkan bawang goreng dan daun sup ke. Kalo tak de tak pe jugak.

Taraaaaaaaaaaa. Siap sudah. tp Harap Maaf. Tiada pic yang sebenar.
Tetapi, untuk tidak menghampakan dan sebagai pembuka selera.
Nah, Amik pic yang diambil dari kantung google.
Kredit pada Pemilik gambar ini
http://aznanie.blogspot.com/2011/05/ikan-siakap-3-rasa-nyum-nyum.html
Dalam banyak-banyak pic, pic ni yg seakan sama dengan resepi di atas.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails