Saturday, August 27, 2011

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sumber : Scipters.ning

MLM HALAL LA DUDE!!!

MLM??Apa??korang penah dengar pasal 3huruf ini >> M.L.M ??
Korang nak tau tak MLM sebenarnya ada gak yang HALAL.aku pun baru je tau.hah.
Jom kita sama-sama JOIN. bukan paksaan tau tp ANDA BUAT, ANDA DAPAT. :)

Cara-caranya :
1) Dah nama pun MLM, kena la cari orang downline kita.eh, tak perlu susah-susah jaja air liur.serahkan saja pada yang pakar.
2) Kemudian set tempat yang agak-agak ada class sikit.Iyelah, nak tarik perhatian orang bukan senang.
3) Janjikan dengan ganjaran-ganjaran lumayan yang PASTI dapat kalo join.
4) Rezeki ni halal kawan-kawan. DUNIA AKHIRAT sah tiada tarikh luput.

Bukhari membawakan dalam kitab shohihnya Bab ‘Mengucapkan salam kepada orang yang dikenal maupun tidak dikenal’. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bahwasanya ada seseorang yang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَىُّ الإِسْلاَمِ خَيْرٌ قَالَ « تُطْعِمُ الطَّعَامَ ، وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ ، وَعَلَى مَنْ لَمْ تَعْرِفْ »
Amalan islam apa yang paling baik?” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas menjawab, “Memberi makan (kepada orang yang butuh) dan mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang tidak engkau kenali. ” (HR. Bukhari no. 6236)

Kesimpulannya :

Marilah kita beramai-ramai melakukan amalan yang baik. Sepotong ayat yang kita ajarkan dengan niat yang baik, akan mendapat ganjaran yang baik. Ingatlah, Tuhan itu tidak pernah tidur sehingga tidak nampak kebaikan sebesar zarah sekalipun. Apatah lagi kebaikan yang besar disertai dengan niat yg baik.

Bersama-sama kita menegur kesilapan masing-masing dan terima sebagai proses pembelajaran dan pengajaran agar kita sentiasa memperbaiki kesilapan diri kita. Maklumla, dah nama pun diri sendiri, kadang-kadang tak nampak yang kita buat salah pada orang lain.

Marilah kita sama-sama menjalin hubungan ukhwah sesama kita dan bersatu demi agama yang satu. Ingat bukan negara je perlu bersatu. Agama lagi penting fungsinya. Tanpa agama, manusia pun boleh sesat di jalan yang terang.

**************************************************************************

Bila kata tiada paksaan dalam Islam. Jangan pula kita mengabaikan suruhan dan perintah Allah swt atas tiket "tiada paksaan dalam Islam". Please take note.

**************************************************************************

Zaman sekarang manusia semakin pelik. Cuba tengok kebanyakan orang bila ditanya isu bertudung. Sebagai contoh kan :

Situasi 1

Soalan : Memang diakui anda sangat ayu lagi cantik. Tapi lagi cantik kalo anda bertudung.

Jawapan : Biarlah saya melakukan sesuatu dengan ikhlas. Perihal bertudung ini adalah satu keputusan yang besar harus saya pikirkan demi karier dan masa depan saya.

Pandangan Saya dan anda : ???????????????????????????????

Situasi 2

Soalan : Mengapa sejak dulu anda memakai hijab, sekrang dengan tiba-tiba anda menanggalkannya.

Jawapan : Owh, saya lakukan ini atas kehendak kerja dan ia hanyalah sekadar lakonan. Ini adalah punca rezeki saya.

Pandangan Saya dan anda : ???????????????????????????????

Ingatlah semua, nyawa kita dipinjamkan sehingga kita sendiri tidak tahu tarikh luputnya. Adakah kita mati dalam RedhaNYA atau MurkaNYA ? Adakah kita masih perlu bertangguh untuk melakukan segala perintahNYA. Ya Allah swt. adakah benar ini keadaanya manusia akhir zaman yang semakin merapu dan kacau bilau?

Ya Allah s.w.t, setinggi-tinggi kupanjatkan syukur agar engkau memberikan aku hidayah dan perjalanan hidup yang diberkatiMU. Sebagaimana mulianya aku dilahirkan, begitulah saat Engkau mencabut nyawaku. Kumohon untuk sekelian umat Islam agar dimatikan dalam keadaan yang Mulia dan membawa bekalan yang mencukupi di sana nanti.

**************************************************************************

Sabda Rasulullah saw "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia"
(Muslim dan Tarmidzi)

Wednesday, August 17, 2011

kerana sepuluh sen

sepanjang hidup korangkan..
penah tak korang rasa dalam poket atau pun simpanan duit tinggal kosong sen???APAAAAAAAAAAA?TAKKKK PENAHHHHHHH?? OH MAK AI.
mesti korang ni good in balancing ur money.
tapi tidak untuk aku.
aku penah tau.tak leh nak kira.
mcm dah banyak kali je terjadi begini.
jgnn kata sen..habuk pun kadang-kadang tak nak menginap lama dalam dompet aku.
owh.miskin harta aku.tetapi tidak mengapa.


pepatah ini boleh digunakan.


biar miskin harta tapi jangan miskin budi pekerti.



wah gitu.


al-kisahnya.
kelmarin-kelmarin yang dulu.
aku pegi ke pasar borong untuk membeli rencah-rencah untuk masakan berbuka puasa.
masa tu, beli daging..alamat tak cukup singgit.bukan tak ade. tapi orang yang menjual tu, tak duit pecah.tak ape.aku pun cakap ngan dia, saya jalan-jalan dulu, nanti saya bg.


jalan punya jalan.tiba-tiba aku ternampak duit seposen.


uish, tiba-tiba, eh, nak amik ke tak nak ek.
mcm tak leh nak pkr lama-lama sambil berjalan cari barang kan.
akhirnya berlalu tanpa menoleh lagi.



ahaks.


selepas itu, pegi lak kedai Balaji, nak beli rempah. masa tu kan.
bayar punya bayar. tiba-tiba jumlahnya adalah RM 3.80.
dalam tangan aku ada RM 13.70.
see......tak cukup seposen bukan.
terpaksalah aku pecahkan duit sepuluh ringgit yang tidak cukup seposen tu.


moral of the value : seposen pun duit gak yang tiada tara nilainya.

Sunday, August 14, 2011

Karamel puding


Kali ni nak letak hasil karamel di awal post la..
Kasi semua terliur. Yang suka je la.
(kredit to opie5662.blogspot.com)
Gambar orang, i pinjam..hehe..
Al-kisahnya, dahulu kala pernah mencuba tetapi tak jadi..
tapi 2 hari lepas buat, hasilnya tidak mengecewakan.

Mudah saje.
Bahan-bahannya :

8 Telur ayam (sbb sizenya kecik)-kalo besar boleh la letak dlm 4-5 biji sahaja
Susu cair 1 tin
Gula 1 cawan
Esen Vanila (aku tak letak pun, sbb tak ada)

Cara-caranya :

Panaskan gula 1 cawan di dalam periuk ke tanpa air. Sehingga keperangan.
Setelah cair, campurkan 5 sudu air. (AWAS ! sbb bila masukkan air, akan meletop2).
Bila dah cair semua. Tutup api dan masukkan dalam loyang. Biar sejuk seketika.

Pukul telur sehabis kejam. Campurkan susu cair tadi. Masukkan 3-4 sudu gula(kalo tak makan manis sgt, kurangkanlah).
Pukul punya pukul. Tapis. Masukkan dalam loyang yang berisi gula tadi.
Kukus dalam 20 - 30 minit.

Sedia untuk dihidang. Mudah bukan. Kalo beli kat bazar, 1 slice tu = RM2.50...MAHAL..
Tryla sendiri. Selamat Menelan Air Liur.

Nasi Tomato sedap tidak terkira..

Hari Isnin yang lepas kalo tak silap. Encek Suami minta untuk masak nasi tomato.
haha.tergelak besar.mana nak reti.Geng double A, ingat lagi tak kita masak Nasi Tomato.
mcm nak jadi, tapi nasinya lembek kan..Hahahaha..

Tp suami kata, kalo ingkar nanti tak dapat masuk syurga.uish.
bukan si isteri tak tau hukum tu, cuma tak tau nak masak menu tu.

Owh, dengan rasa berkobar. Kuteruskan jua hasrat itu.
Tak sangka, bg aku yg beginner ni.boleh tahan gak rasanya.

Bahan Untuk Menumis :
3 sudu mentega
Bawang merah (3 biji - tumbuk ngan bawang putih)-aku suka banyak2..sedap
..
Bawang putih (3 biji -tumbuk ngan bawang merah)
2 sudu cili blender
Kulit kayu manis (2 btg)
Bunga lawang (3 kuntum..hehe)
Buah pelaga (2-3 biji)-aku tak letak, sbb tak de..

3 Cawan Beras Basmati ( Tp aku pakai Beras Wangi je)
2 Biji tomato-dipotong dadu (Tp aku tak pakai yg ni, aku pakai 1 tin Tomato Puree)
*Tp rasanya memadai guna 3/4 daripada 1 tin Tomato Puree, sbb kalernya aritu merah sgt
3 Cawan air
3/4 daripada 1 tin susu cair
Sedikit Garam
Daun Pandan (aku lupa letak)

Cara-cara mempraktikan :

1. Panaskan mentega. Masukkan semua geng tumis. Masukkan sedikit cili blender dan tomato puree.
2. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Tos/tapiskan.
3. Dah agak-agak masak step 1, masukkan beras, susu cair, air, daun pandan dan sedikit garam.
4. Masak seperti masak nasi biasa.
5. Taraaaaaaaaaa...siap da... senang bukan..

Owh, lupa. Lauknya bleh ar dimatchingkan dengan ayam masak merah. Tp saya buat ayam rempah sahaja.

Bahan-bahan Ayam Rempah :

Ayam
Serai (3 Batang)
Halia (sebesar ibu jari)
Bawang Besar (3 Biji)
Bawang Putih (2 Biji)
Cili Blender (3 sudu)
Gula (3 sudu)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit skali (kalo kunyit hidup lagi bagus-tumbukkan)

(Gaulkan semua)--> Perap
Goreng.


Cubalah.Kalo tak cuba mana nak tau sedap ke tidak.
Bulan Ramadhan bulan untuk menambah amal kebaikan.
Bulan Ramadhan juga bulan untuk menambah ilmu masakan.
cheeeeeeeeeese.....

Maaf lagi sekali dipinta, saya mmg tidak bercadang untuk mengambil gambar.
Kondisi kamera tidak mengizinkan. Jadi, lihatlah sahaja gambar hiasan di bawah ini.


http://alifaimanaqil.blogspot.com/2011/04/nasi-tomato-lagi.html



Alangkah Peliknya Kita

ALANGKAH PELIKNYA KITA

** Pelik ya, duit RM50.00 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke SUPERMARKET

**Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi

** Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

**Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah rasa puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kali CD berkali-kali

**Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain. +++

**Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik pergi, tapi masjid dekat rumah berat sangat rasanya nak pergi

**Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau bersolat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

**Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan membacanya lama dan panjang.

**Pelik ya, rasanya betapa susah sungguh nak habiskan al-Quran walaupun walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman habis dilahapnya.

**Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert atau bola, tapi berebut-rebut saf belakang bila solat jumaat supaya boleh keluar dengan cepat

**Pelik ya, betapa susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

**Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan email yang dilayangkan di internet, tapi kita sering pertikaikan apa yang dikatakan oleh al-Quran.

**Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email atau sms, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.


Pelik tak kita??


Pelik tapi benar


Ehsan pakcek googel >> http://kelanafana.blogspot.com/2010/07/gambar-air-terjun-10-paling-cantik-di.html

Balasan baik hindari marah

Balasan baik hindari marah

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki
memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.

Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat,
Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari
situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata:
"Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab
maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua
makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau
membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya
tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika
sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan
Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu
daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk
dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa
yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan
mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."


Hadis Aisyah r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut

PUTARAN MASA


PUTARAN MASA

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan
berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana
di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika
ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga
bintang-bintang

*sumber : dalam kantung inbox saya

Al-Fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita .Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;
1 . DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS


SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu
AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,
Insya-Allah.

Wassalam.

*Kongsian ilmu daripada inbox email saya.

Salam Ramadhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.” Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Mukjizat Bismillah


ehsan daripada http://tsalmans.blogspot.com/2009_07_01_archive.html

Dimulakan dengan Bismillah, Disudahi dengan Alhamdulillah.
Begitulah antara bait lagu yang dipetik daripada lagu Kumpulan Nasyid Terkenal Raihan.


Mukjizat di sebalik BISMILLAH BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH :

Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi).

Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (AL Muddatsir : 30). Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

Tiap-tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.

Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Saturday, August 13, 2011

Kerapu 3 rasa nyum nyum nyummy


Menu pembukaan berbuka puasa tempoh ari.
Menu ini betul-betul jatuh pada puasa yang pertama.
Menu ini betul-betul menjilat jari.
Menu ini ditujukan untuk rakan-rakan yang tak berapa nak expert masak mcm aku.
Liana..see this menu..follow buat ok..

Bahan-Bahan A :

Ikan Kerapu 2 Ekor (baru 16 hengget)
-basuh bersih2
-letak garam dan kunyit
-gorengkan

Bahan-Bahan B (SOS) :

-Bawang Besar 2 biji (dipotong dadu)
-Bawang Putih 4 ulas (ketuk saje pun ok)
-Nenas (dipotong dadu)
-Tomato (dipotong dadu)
-Serai 2 batang (ketuk-ketuk)
-Halia dihiris (agak-agak je)
-Cili Api 5-6 biji (potong kecik-kecik)
-Cili kering (diblender-dalam 2-3 sudu)
-Sos Cili (2 sudu)
-Sos Ikan (1-2 sudu)
-Kicap manis (bg cantik kalernya)
-Daun limau purut (bg bau sedap sikit)
-Garam secukup rasanya
-Daun sup + Bawang goreng (sebagai hiasan)

CAMPURAN KEJADIAN :
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, serai dan halia sekali sampai garing dan naik bau.
2. Masukkan cili blender sampai dirasakan sudah masak k.
3. Masukkan sos cili + sos ikan + kicap manis secukup warna + tomato + nenas join dalam kuali.
4. Jangan lupa masukkan sekali daun limau purut + garam.
5. Kalo rasa nak tambah air.silakan.tp jangan banyak-banyak.nanti ceroi lak.tak sedap.
6. Api pelan je tau.
7. Ok, dah siap.apa lagi sira atas ikan tu.
8. Nampak cantik dah.lagi cantik taburkan bawang goreng dan daun sup ke. Kalo tak de tak pe jugak.

Taraaaaaaaaaaa. Siap sudah. tp Harap Maaf. Tiada pic yang sebenar.
Tetapi, untuk tidak menghampakan dan sebagai pembuka selera.
Nah, Amik pic yang diambil dari kantung google.
Kredit pada Pemilik gambar ini
http://aznanie.blogspot.com/2011/05/ikan-siakap-3-rasa-nyum-nyum.html
Dalam banyak-banyak pic, pic ni yg seakan sama dengan resepi di atas.



darwisy dah pandai cakap





ada sape-sape rindu kat darwisy yang comei..
angkat dua-dua tangan..hehe..darwisy pun rindu juga..
tp darwisy punya ibu..

-harap maklum-
gambar ensem ini bukan terbaru.
anggaran usia dalam 8-9 bulan.mungkin.
tp tidak lebih daripada 9 bulan.


matanya yang sayup dan redup.
tidak menunjukkan tingkah laku yang sama.
aggresif tahap 5.
bisa membuatkan darah adrenalin anda berlari kencang.


hi..saya ensem.
takpe..saya sudah sedia maklum.
terima kasih.
ayah, darwisy lagi ensem bercampur comei sejak kecil lagi.
kecik-kecik ayah tidak cukup comei..haha..
gurau-gurau


semakin hari, semakin sukar untuk mengambil photonya.
aish.akal semakin panjang.
tp ni adalah tabiat yang agak kurang.
sbb suka memasukkan segala menda walau sebesar zarah di dalam mulut.


seorang yang suka juga membuat hal sendiri.
tp mesti ada orang di kelilingnya.terutama ayah dan ibu.
kalo tidak.teriak kuat-kuat.
skrangan darwisy dah pandai memberi arahan untuk sesuatu yang dimahukan.

contoh 1 :
bila nak minum susu = "amik". "amik".

contoh 2 :
bila nak suh orang dukung = "amik". "amik".

contoh 3 :
bila nak makan makanan kegemaran = "amik". "amik".

last week kan..dia ckp,"abg"."abg" pada iqkbal.alahai..
mungkin kepetahannya seperti bertih jagung..

tunggu la ibu ngan ayah dan kaum kerabat untuk melayannya..


Friday, August 12, 2011

"Famili Diutamakan, Duit Didahulukan"



Pertama-tama nak ucapkan Selamat Berpuasa semua.

Lebih-lebih lagi pada kengkawan yang mengenali diri ini.

cewah ayat cam nak bagi ucapan raya lak.budget good-good.macam selebriti terkenal tanahair konon. perasan tul..blushing??tak perlu sbb tak cantik..sedia ayu begini..kahkahkah


saje nak bgtau si isteri kepada part time mekanik ni (i la tu)..pagi tadi kan, isi angin tayar..haha..boleh dikira bape kali aje dalam sejarah kehidupan berkenderaan ini, memilih job mengisi angin tayar..eh..tayar angin ke angin tayar ek..wateva.. gaya macam pandai.tp tak pandai pun.bukan ape, dulu penah isi, bikin malu kompeni aje, bila isi-isi, bukan angin masuk, sekali angin keluar daa.macam malu gak.tp tebalkan muka mintak orang keliling tolong isikan.apa guna muka cantik tapi tak reti isi angin tayarkan??eh..cantik ke aku ni..perasan di bulan Ramadhan..maklum ar kan nak raya ni..(titaba)..


macam biasa, pemanduan penuh dengan otak menerawang..tiba-tiba rasa nak pakai seat belt.eh, gila kentang.pose ke tak ni?haha..mungkin selepas insiden-insiden pemanduan yang tidak berhemah lately menyebabkan carelss memanjang..


situasi 1 : semasa undo kete, i terlanggar kete uncle ni. adoi, tak ganti lagi..

situasi 2 : macam minggu lepas je kejadian ni, g parking mmg wrong place la..turun-turn dapat surat chenta.aisey, langgar yg aritu pun tak terganti lagi..kopak..kopak..bos, bonus pls....hehe

situasi 3 : pagi tadi je baru berlaku..undo punya undo..mcm expert tpi corupt punya driver..terlanggar divider dengan muka si part time mekanik mula berubah menjadi muncung sedepa..alolo...


tu pasal la..i kene isi angin sendiri..sbb ada orang dah nek angin..al-kisahnya..

bape kali dah nasihat, tak mau berhati-hati llagi..amik ko, dengan rasa bersalah, buat dek je.

uwawwawawa..tu yg tetiba rasa nak pakai seat belt tu.padahal tiap2 ari lalu depan encek traffik rilekss je tanpa bersalah..yelah..yelah..i bersalah..i bersalah..affirmative..


sambil-sambil memandu..sambil dengar lagu..eh, awat la lagu sedap sound cam woofer pecah ni..uish..vokal ke llllaaaaaaaaaaauttttttttttttt china selatan.apa nak buat, drebar yg nyanyi mmg la ke laut.amboi, sendiri nyanyi sendiri komen..apa kes...eh, eh..sat.."za" melintas di sebalik kesesakan kenderaan yang merangkak-rangkat meruntun kesesakan jiwa.tidak mengapa.kerana"MU" za..akan membenarkan kamu melintas di hadapanku..owh..bila la..bila la.. dolu-dolu aku jatuh hati pada EN. OS...skrang EN. ZA pula..citarasa berubah tatkala sudah berpakej "FAMILI'..Jadinya, moto kendiri terus berubah


"Famili Diutamakan, Duit Didahulukan".



MR OS igauan lampau.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



MR ZA angan-angan melampau.



p/s : tenkiu pakcek google menyumbang pic di atas.. smile..

Friday, August 5, 2011

cikgu keje sekerat ari je..

dush dush..hah amik ko..
dok letak status kasi bikin ati ramai menggelegak..
hahahaha..gelak plak..nah amik ni..dush dush lagi..

ok..ok..
aktuli..status tu bukan aku yg cakap la makcik jenah oi.
tp ada gak mulut-mulut yang berbau busuk mengalahkan orang berpose mengutarakan pendapat mereka tanpa pernah bergelar seorang guru..
pengumuman-pengumuman...
ah..nantila dulu pengumuman tu..

dolu-dolu masa kecik-kecik kan..
perasan tak korang..bila cikgu tanya..nak jadi ape besar nanti?
wah dengan bangga tanpa rasa pengetahuan, selamba je cakap..
"saya nak jadi cikgu"."saya nak jadi doktor"..alih-alih dok jadi penulis tak diiktirap rupanya..

hahahaha..

tapi kan..sape sangka aku penah jadi seorang cikgu satu masa dahulu..
meh kita flashback kembali...awan-awan nano pls comin'.. :)
kalo tak penah jadi cikgu, mmg akan kata tugasan cikgu ni mudah..
boleh balik sekerat ari..boleh dpt cuti lama-lama..gaji jalan...hah amik ko..keje nak mengular je, tak ikhlas..abis tu sape nak didik anak bangsa tu..nanti jadi anak bangsat sape nak jawab.dok tuding jari sana-sinun.tak mau bertanggungjawab..

dalam banyak-banyak keje..sejujurnya aku suka dan mula jatuh hati..jatuh cinta dengan profession ini.bukan kerana segala kemudahan yg diberi..tetapi percayalah..baca sampai habis k..mungkin anda juga akan merasai kebahagiaannya..


masa jadik cikgu dulu kan..seronok kalo kita dapat bergurau senda ngan pelajar-pelajar.
teringat bila hari pertama masuk sekolah.hati aku jgn cakapla..nebes beb.dimulakan dengan bismillah (dalam hati)..

jeng jeng jeng..
sesi perkenalan diri bermula..
Nama Saya Ayu Kamalia bt Rosdi..Saya berasal dari.............
(tup tup percakapan saya dipotong oleh seorang pelajar)...
Beliau berkata,"cikgu ni, lambatla...nama saya..nama saya.."
Dari posisi belakang dengan slumber dia datang ke arah saya lalu meminta marker.
Dengan bangganya dia ckp..,"Cikgu ada Myspace tak?"
Saya hanya mendiamkan diri.(masih terkezut dan melihat apa yg cuba diperlakukan).
Dia menulis di papan putih sambil berkata,"Cikgu pergi ke website ni >>www.myspace.com..pastu cikgu guna la myspace ni.mula-mula kena daftar dulu..kat sini, bukan sahaja nama leh letak, tapi gambar pun boleh..lagi senang..ni dok nak kenal diri".

Owh.aku terus tiada reaksi.Rupa-rupanya pelajar-pelajar sekrang sangtla advance dengan teknologi laman sosial.zaman sudah berubah beb.
manis bukan pengalaman ini.semanis kurma ini..hehehe..

Pernah juga ada pelajar-pelajar yang menunjukkan tahap disiplin yang kurang.

Kita harus bijak menanganinya. Menurut pandangan dan pengalamanku, kita haruslah menganggap mereka sebagai rakan kita selagi ia tidak melanggar batas-batas seorang guru dan pelajar.cuba selami hati dan masalah mereka.dalam proses mendidik jati diri mereka, kita dapat lihat kepincangan berlaku di sana-sini.sedih juga kalo mendengar rintihan mereka..kehidupan mereka.

pelajar-pelajar yang terkebelakang reputasinya bukanla sekadar lemah pelajaran.tetapi ada pelajar yang mempunyai sikap yang terpuji.rajin membantu.suka menceriakan suasana.rajin bercerita.rajin bermain.rajin memonteng kelas juga..hehe..ini bukan terpuji ek..ini dikeji..

selama dua tahun menyulam cinta dalam bidang profession perguruan ini.suka duka banyak jugak.seronoknya bila terimbas kembali..huh..alamak, kejap..stop dulu..

entri diilhamkan ketika pemanduan ke tempat keje...kene stop kerana di hadapan terdapat satu lagi petugas awam yang telah membantu aku ke tempat keje dengan mudah..terima kasih encek polis trafik..jasa anda amat dikenang..

nak cont nanti la cite pasal suka-duka at skool ni...

:)

Photobucket

gambar ehsan pakcek google daripada blog http://bubbles1311.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails