Sunday, July 31, 2011

berita tergempar..

tiba-tiba aku nak post pasal berita tergempar ini..


peristiwa 1:

kita dikabarkan dengan kematian Ashraf. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.Apa yang terjadi kepada beliau, biarlah Allah s.w.t sahaja yang menentukan.Bukan kita untuk menghukum.sekadar mengambil iktibar dan bersyukur dengan kehidupan sekrang.


peristiwa 2:

Incik Apek a.k.a Khairul Fahmi (keeper bola Malaysia) putus tunang dengan seorang blogger yg kiut jugak cik elia.kes ni jugak aku rasa tak perlu kita menuding jari mencari kesalahan sedang kita tidak kenal sape mereka.cukup sekadar mendoakan agar masing-masing bahagia dengan kehidupan masing-masing.


-SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN-



Photobucket

Saturday, July 30, 2011

hari tidak ceria semalam-semalam

hari-hari dalam kepala otak aku nak update belog.
bawak kete boleh tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.
sbb idea menulis belog hadir tanpa diundang.malang sekali.kita harus salahkan malang.
kerana tatkala ingin meluahkan isi hati di paparan belog, idea mati begitu sahaja.
masa dibiarkan berlalu tanpa rasa bersalah.

owh.hati tidak keruan.sape tau.kamu tau.tidak bukan.
meh sini aku bgtau..sedih sgt..
si cilik darwisy mengalami tahap kesihatan yang tidak memberangsangkan.
owh.cepatla sembuh owh may darling.miss u ur kenakalannya.keletahnya.senyumannya.kebijaksanaannya.
hati menjadi sayup sungguh la.

semalam pegi ke klinik kesihatan bt 14.datang2 terus tak payah tunggu lama-lama.
terus check suhunya..oh mak ai, mencecah 38darjah celcius.panas tu.
nurse terus suh masuk jumpe doktor.doktor dengan biasanya akan memujuk si anak kecil, agar tidak meragam berlebihan.eh, "awak ni comei la"..namun puji-pujian itu tidak mematahkan hasrat si cilik untuk menunjukkan ragam kepanasan yang dialami dengan tidak kepura-puraan.semuanya lahir dari kesakitan yang dialami.kasihan sungguh si anak condition sangat merisaukan.doktor kata, "saya tidak boleh beri ubat batuk, ubat selsema mahupun ubat cairkan kahak. Ini adalah kerana bayi yang berumur 2 tahun ke bawah, tidak dibenarkan.Nanti boleh memberi effect kepada otaknya".agak-agak kamu, risau tidak dengan kenyataan di atas.

kompem bukan.

malam-malamku sudah tidak panjang lagi.mimpi indah tidak penah datang menjengah.
kerana tiada episod mimpi yang boleh disaksikan.apatah lagi, mimpi untuk ulangan tayang.

tinggal harapan.

aku masih di opis.hati di rumah.sambil meriba si cilik.cepatla my dear datang ngan my hubby.
lama benor ni.

arini buat pertama kalinya, aku keje direct sampai kul 8 pagi sok...mampukah??

Photobucket

Friday, July 22, 2011

siapa mahu hidup senang, cubalah cara ini....

agak-agak korang, kita perlu tak hidup kaya-raya?



erm..orang kata wang tidak boleh membeli segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang.mcam betul je kata orang ni.mana dapat?orang mana yg kata ni?


kalo sape2 yang hidup dalam zaman skrang yg penuh dengan pancaroba ni.



uish...haruslah wang menjadi keutamaan..ttp tidaklah sampai mengharapkan kaya-raya itu, bukan?setakat makan roti bercicahkan kaya mampulah.hahaha..ini aku, orang len mungkin cicah jem strawberi ke, peanut ke.uish..lapar terus.


tetapi kan, sape2 yang rasa nak murah rezeki, leh ar cuba amalkan cara di bawah ini.Insyallah dengan izin Allah s.w.t anda akan hidup senang.bukan di dunia sahaja TETAPI di akhirat sana.





-AMIN-


.



.



.



.



.



.



eh, dah abis ke...hahaha..mana caranya?jeng jeng jeng..bacalah di bawah ini..


1. Beristiqfar dan Bertaubat
2. Bertakwa kepada Allah s.w.t
3. Sentiasa mengingati Allah s.w.t
4. Bertawakal kepada Allah s.w.t selepas berusaha
5. Beribadah kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benarnya
6. Mengerjakan Haji dan Umrah
7. Menjalin silaturahim
8. Bersedekah secara istiqamah
9. Membantu penuntuk Ilmu
10. Membantu golongan miskin
11. Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat lain
12. Memperbanyakkan doa
13. Bersyukur atas nikmat
14. Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang harus
15. Melibatkan diri dalam perniagaan





Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadid baginda :



Maksudnya : "Allah s.w.t berfirman : 'Wahai manusia, keluarkanlah hartamu nescaya akan Kuberikan kepadamu gantinya'."


Sumber ilmu ini dipetik daripada buku 101 Petua : Murah Rezeki & Jauhi Hutang



Nukilan :-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood--Zahazan Mohamed--Mahfuzah Omar-






Photobucket

Thursday, July 21, 2011

menangis kerana orang gila..

malam itu, malam yang gelap.gelita.suram.sunyi.seperti malam-malam yang lain.tiada beza.cuma yang membezakannya adalah malam itu telah bertambah sehari lagi dari malam yang semalamnya.huh.lalu dengan berat matanya aku membawa laju kereta yang sedang dipandu.dengan harapan akan sampai ke destinasi dengan cepatnya.kerana sudah tidak mampu menongkat mata.katil sudah melambai-lambai.apatah lagi bantal juga menunjukkan fungsi amat bermakna dalam proses melelapkan mata.sambil berangan-angan.kalau lampu masih tidak dipadam.mula jari-jemari sibuk mengganggu si cilik tido.comei banget sey.itu kalo lampu cerah masey.tapi kalo lampu dah tutup.oh no.stop.mungkin sudah masuk ke alam mimpi.bahagianya.


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...


dalam dok tunggu traffic light merah ke hijau masih boleh berangan.bukan selalu begini tp itulah rutinnya.rupa-rupanya aku masih tidak sampai di rumah lagi.agak-agak readers dah sampai umah tak?maklum ar cite terlebih lajak sudey.


dalam dok bergegas tu, tiba-tiba.mata tertumpu pada seorang hamba Allah ini.owh.Ya Allah.tanpa disedari air mata jatuh menitis tanpa semena-mena.kengantukan hilang tiba-tiba bagai diragut.hati tersentap.lagi sekali.owh orang gila..tolong selamatkannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dia Ya Allah.



dalam kegelapan malam disinari cahaya lampu jalan.ku melihat orang gila itu mencari-cari arah ke mana yang hendak dituju.mungkin sedang berkira-kira di mana untuk melabuhkan badan meletakkan kepala untuk mendapatkan sedikit mimpi yang bahagia.mungkin sedang kelaparan.mungkin sedang mencari orang tersayang.atau apa-apa yang mungkin.


rasa sebak di dada.menerawang dalam kotak fikiran.Alhamdulillah kupanjatkan rasa kesyukuran diberikan kehidupan yang baik walaupun tidak sempurna.berulang-ulang kali aku mendoakan mereka yang kesusahan agar sentiasa mendapat pertolongan dariMU..


baru kusedar, selama ini dugaan aku belum cukup hebat.berbanding mereka..baru kusedar, selama ini cukup besar rahmatmu atas kehidupanku.


semoga Engkau memberi rahmat atas kehidupan kita semua.


"Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah, maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya." (Hadis Riwayat Muslim)


Photobucket

Friday, July 15, 2011

layang-layang kertas..

topik menarik di malam hari..
sebentar tadi (waktu tempatan kurang lebey kul 6ptg) wan sajidah call bertanyakan di mana ada menjual layang-layang orang dulu-dulu.paham atau tidak?tidak bukan.
begini, wan ada shooting sok.wah retis ke.ewah2.glamer ko nyah.
dia memerlukan prop layang-layang yang dimainkan pada zaman dolu-dolu.
yang aku tau, dolu-dolu aku men layang-layang,
aku buat sendri beb.betul tak tipu dude.

senang je pun.tapi rasanya dah makan puluh tahun gak tak buat layang-layang kertas.
fikiran ku juga melayang.hahaha.suddenly.
meh kita tgk bahan-bahan yang diperlukan :


1) pertama lagi terpenting, untuk subjek di atas, individu bernama Ayu Kamalia amatlah berfungsi dan dianggap penting.terima kasih.terima kasih. cukup tak perlu tepuk tangan.sbb dah bangga riak mengatasi ni.owh.


2) kekreativitian dan ketelitian.


3) dah nama pun kertas, kita perlukan surat khabar.skrang susah nak dpat surat kabar bermuka besar macam surat kabar utusan tu.tak ape.yg kecik pun molek.bak kata wan, nanti dah terbang jauh, nampak kecik gak..(macam tau-tau je layang-layang tu nak terbang jauh..hahaha)


4) lidi yang dok buat sapu kat umah tu cukup memadai.agak-agak sape yang nak buat tu, mintak la izin kat tuan empunya lidi tu ek.walaupun ianya milik ibu kamu-kamu.


5) solutape(betul ke aku eja ni..whateva)


6) benang


7) itu saja.yang pasti berjaya dibuat.yang belum pasti, boleh terbang ke tidak.
kita nantikan berita keluaran akan datang, bersama gambo cik ayu kita bersama layang-layangnya.

aku bangga sejenak.
teringat memori men layang-layang kertas masa kecik..bestnya.
nak buat satu untuk darwisy la.satu untuk adam jugak.

Photobucket

Sunday, July 10, 2011

majlis persandingan shida & zaki




malam sebelum persandingan berlangsung.

berposing-posing atas pelamin anganku cantik.

sungguh cantik pelamin ini. (nada sepah)..hahaha

aku ngan hajar.berposing aje kojenya.

macam biasalah.akunya posing mengalahkan pengantin yang kayu itu. hahaha..i loike.

wif erni.kawan sekampung.eh silap.setaman.

cantikkan mereka.merpati dua sejoli.tp tak clear plak.
kecantikan tidak terserlah.kualiti gambar tidak menarik.
kalo ada yg cun-cun.akan diupdate later.
tu pun kalo punya waktu yg banyak.

Photobucket

majlis pernikahan shida & zaki




masjid ini menjadi saksinya.amin.


selamat sudah menjadi suami isteri.moga kalian menjalani kehidupan berumahtangga dengan baik.


my small famili.abah, faiz, firdaus a.k.a mamat, adam n khairul(anak jiran)


upin dan ipin :)


wif nurya.kazen darwisy syifa'


we all the sedara mara


aku yang gorges.

darwisy yg kecik molek.


wif lid n hajar.thanks bebanyak.


aku n pengantin yang dulu baru.

sekarang dah lama lapuk dek hujan.hahahaha.


cik jah wif anak-anak daranya.

sapa mau.eh, maaf ini tak jual ek.

hehe

Photobucket

chess komputer tak de lah hebat sangat...

hahahaha..
title sudah menceritakan segalanya..
dengan bangga riaknya aku membuat announcement ini..
walaupun ada kemenangan yang menggunakan fungsian 'undo'..
namun..aku puas..haha..who want to challenge me..angkat tangan...
gurau saje..

nah.lihat ni..amik ko..


Photobucket

cikgu ayu vs ahmad

gile koolllllll...
kebetulan atau suratan.
sudah pasti memang betul.
semalamkan buat kali keduanya mendengarkan lagu bertajuk "cikgu ayu"..
eh, saya tu.tiba-tiba diri meninggi.amatlah bangga.bile nama saya dijadikan lagu.
lagi bangga bile tajuk tu ditambah dengan perkataan "c.i.k.g.u"..
walaupun itu gelaran satu masa dahulu.i bangga riak jugak.
sbb..orang selalu kata.dan saya pun nak kata.ianya benar lagi betul.


"apabila sekali atau sehari bergelar dengan panggilan -cikgu-, sampai bila-bila anak murid akan panggil cikgu"


benarkah?iye.telah terbukti pendapat ini adalah benar.
saya telah mengalaminya.amat puas hati.eh, macam guna produk kecantikan pulak. :)
ok.enough.


kita pergi pulak pada lirik lagu 'ahmad'.
lagu ni seperti dekat dihatiku.
pertama kali dengar.dua kali dengar.berkali-kali dengar.
aku sangat suka akan dia.
bukan setakat suka pada lirik 'ahmad'
tapi aku betul-betul jatuh cinta pada......
kekasih yang telah menetap di dalam sarang hatiku untuk sekian lama.
termasuk si ahmad juniorku.

nah amik, lirik lagu "cikgu ayu"

Teringat masa dulu ada seorang cikgu

sungguh ayu
dia bertudung litup
senyum menawan kalbu
memang ayu


tiap hari pagiku ceria di dadaku
kerna cikgu
setiap bicaramu membenihkan cintaku

cikgu ayu
tiap hari sabtu
aku berjumpa cikgu


ahad pun berlalu
kenapa rasa rindu?
kacaunya jiwaku mungkin kerna cintaku

cikgu ayu
cintaku
cintaku



jalan no 1
rumah berwarna biru kampung ulu bharu
disitu rumah cikgu
cikgu ayu
cintaku
cintaku

**ulang dari mula

ini kisah cintaku
cuma aku yang tahu rahsiaku
malu pada cikgu juga kawan-kawanku ayah ibu


lirik lagu "ahmad"


pertama kali si aku malu-malu
saat ku dekat ku ragu-ragu
mungkinkah dia suka padaku
a
h ah ahmad...



ternyata tanpa ku duga-duga
aku terima salam darinya
bergetar saatku membalasnya
a
h ah ahmad...



dialah idola
dialah superstar
m
ampu menggetarkan ranah jiwa
d
ia yang kunanti
selalu terpuji
ingin ku dekat, selalu ku dekat

ahmad, kau selalu dihatiku
ahmad, luluhkan keangkuhanku
ahmad, ingin aku cepat-cepat
bercinta dengan lelaki paling hebat


ahmad, peribadinya sederhana
ahmad, tiada banyak bicara
ahmad, ku tak mahu lama-lama
mendekat kepadaku dengan segera

ah ah ahmad
ah ah ahmad
ah ah ahmad
ah ah ahmad



nota kaki :


**untuk lagu cikgu ayu tu, yang betulnya pun part rangkap pertama sahaja.itu sahaja yang kene dengan jiwa aku. harap maklum aku tiada skandal atau mempunyai hubungan terlarang dengan anak muridku. hehe :)

**untuk lagu ahmad tu, semuanya betul.i luv my ahmad.uoals sedia maklum bukan.
dedicatekan lagu itu kepada si ahmad bazli yang sangatla perasan bila lagu ini kedengaran di corong radio.
sedang si ahmad junior, masih tidak mengerti tetapi seakan menyukai.agaknya la.

~sebarang watak di dalam lirik lagu di atas adalah kebetulan sahaja~


harap maklum


Friday, July 8, 2011

retis punya belog..

uish.aku ni ketinggalan zaman dek terlalu mengejar kecanggihan ke.
padahal canggih tu pun aku tak larat nak kejar.hp pun cap ayam saje.
atau aku mcm sengaja tidak mahu tau..atau..mmg sedia tak tau ni.

owh.nonsense.

jalan punya jalan di alam maya ni.
inilah baru pertama kali aku tau yang retis a.k.a selebriti malaysia ada blog.
semangat aku membacanya.agak2nya korang nak baca tak.
best jugak bile depa dok cite life masing2.
tiba-tiba aku rasa yang aku ni pun macam 'retis' jugak.
bukan ape.
ayu=retis=selebriti.


sajelah nak kasi kaler merah ni.bagi orang nampak sikit.


kami ada persamaan rupa2nya.usih, tak sangka mak cik bedah oi.
iyela.bukan makcik timah.
korang nak tau apa persamaan kami.
before tu..aku nak bgtau dulu perbezaan kami.
yang nyata lagi terang bersuluhnya.
aku kenal sama depa atas nama je la.bukan kenal rapat pun.jauh menyimpang sangat.
tapi depa langsung tak kenal aku pun..ahaksssssssss...malu tak?
cepat-cepat sorok dalam apa objek yang korang suka.eh, aku yang malu ke.korang yang malu ni.what eva.

persamaan kami adalah..rupanya aku ni bz sama ngan diaroang la.
sampai tak sempat nak update blog.uish.
lagi-lagi.aku makan nasi.depa makan nasi gak.cuma jenama je mungkin lain.
kali ni mintak maaf.takde jenama beras cap ayam ok.
hehe..

dah la tu..
meh aku bg link belog-belog depa.
sudi-sudilah korang intai.jangan sampai tumbuh ketumbit sudahla.
tapikan.aku paling tersentuh bila baca belog ogy ahmad daud.touching siot.
cubalah korang baca.penat dah dok tekan-tekan kekunci keyboard ni.
sudah la tu kewek, mana linknya?)oh ya..mari kita rapat-rapat ke bawah.
tu dia>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>









kalo korang rasa nak tambah.sila-sila.
tapi yang menjadi tanda tanya kan.agak-agaknya depa ni betul2 punya belog ke.
atau ada orang len yang saje-saje dok create.cer cite tgk.
apapun.gua sangatla terhibur juga membacanya.

selamat malam




Photobucket

senyum :)

senyum,
tak perlu kata apa-apa..
(ulang hingga 2-3 kali, ikut hati pun boleh)

ni lirik senyum najwa.cute saje.
tapi kan.korang penah jumpe tak makhluk Tuhan yang sangatlah mahal harga senyumannya.
alo kawan, janganla kerana pangkat dan status, sampai tak leh nak senyum kot.
kita sama-sama makan nasi ok.
kita sama-sama berkiblatkan arah yang sama.
owh.kamu-kamu ini.eksyen bebenor.
tak mengapalah.lu pun tak usik gua.
so gua pun tak nak usik lu. :)

tapikan.betapa ruginya manusia-manusia yang tak reti nak melebarkan mulut.kasi nganga sikit. pastu senyum.rugi dude.
kuasa senyuman sangat memberi kesan.

tiba-tiba rindukan senyuman my dear, darwisy.
so cute.so tong.eh, ape kono eh jang...
.
.
.
.
.
.
.
kan.
kan.
dah speechless.
adowh.down sudey.
tak leh nak berkata apa-apa.
meh kita senyum sokmo.
i miss both of my "ahmad".
my dearest ahmad bazli
my luvly kid ahmad darwisy syifa' berbinkan (seperti nama yang tertera di atas)




-I.L.O.V.E.U-






Photobucket

Tuesday, July 5, 2011

kaler tidak matching..

dah baca tajuk belum..ok, sudah?
tu dia zaman skrang punya trend.
kadang2 terlalu ikut trend pun, kepala jadi pusing.
baju kaler oren, suar kaler biru.
baju kaler hijo, suar kaler ungu.
pelik jelik itu kamu.aku juga sometime.
macam nak termuntah tgk matching2 yg ntahpahapentah.


tapi jgn cepat melatah dude.kalo kene dengan matchingnya.
bisa jatuh cinta.jatuh tangga.jatuh hati.jatuh ke bawah.
walaweh dah nama pun jatuh.mestilah ke bawah bukan.
bahasa menunjukkan bangsa.idea menunjukkan kepandaian.
jgn mensasarkan point yg ada sehingga orang tidak dapat membacanya.
apatah lagi mengagak.hanya burung gagak aje yg paham..!%#!@%#@%#


korang perasan tak.skrang macam2 tudung yg telah distailkan.
tudung telah mengalami arus pembangunan insan yang sering gemar kelainan dalam berfesyen.ada yang menarik hati.kreatif betul rakan-rakan kita.
aik.berbalik pada hati ni.bertudung kerana iman atau fesyen? jangan terlalu berfesyen sehingga yang patut tutup tidak ditutup.yang patut terbuka..(eh, ada ke?..)ada tapi area pembukaan kawasan tidak luas dan terhad ya dude.jgn berangan nak tayang mem'blind pig' ya.nanti dipandang jelik.terusik hati untuk menyampaikan ke lidah.uish, bergosip di sana sini.bukan saya ek.orang len.eh, bukan orang len juga.hahaha..


sape mau jadi model?angkat tangan pls?tak payah dua-dua tangan.satu sudey.
ada cukup pakej?tak perlu bertubuh langsing.tak perlu berdahi licin.tp janganla pipi berjerawat batu yang perlu diservice dengan kertas pasir gred A.owh.adakah saya memenuhi kriteria-kriteria di atas.maaf, saya tidak mau bergelar model.apatah lagi bergelumang dalam dunia glamourous.sbb saya tidak ada pakej2 di atas.haha..


bukan ape,dok usha2 blog seronok juga tgk kawan2 kita ni berposing ala-ala superstar.
tetapi adakah mereka benar2 selebriti atau somebody yang saya tak kenal.

tidak mengapa.biarkan mereka gembira melalui hari-hari mereka sebagai superstar.

masih tiada gambar2 yang bisa ku tepekkan di sini.
harap maklum.perkhidmatan jalur lebar sangatlah terhad.
sekian terima kasih



Sunday, July 3, 2011

suker-suki tak gosok gigi..

gile aku rindu kat blog ini.ahhhh..
alhamdulillah skrang aku sudah berkerjaya kembali.tidak penting diketahui umum.
tapi aku nak bgtau juga..haha.

9mths on+9mths off+9mths on+9mths off=:)

macam teruja bukan.nak tahu?
maklum saje ayu si minah propa bikin angin di luar sana kecoh sikit.
hati-hati, ada mata memerhati..

9bulan tanam anggur hijau yang pahit rasanya.
tetapi 9bulan jugak mengandung si cilik darwisy yg sekarang sudah berusia 9 bulan.
angka 9 menjadi bualan di status fb yg menimbulkan tanda soal di benak pemikiran yang membacanya.yang meluat pun baca sama.ikut suka kamu la.janji aku sgt gembira.

kesusahan bukan untuk ditangisi.benar.

eh, tatkala dia lalu depan mata ku..hati berdegup kencang.
bagai direntap keinginan memilikinya.owh.
tersangat gile kentang.

merepek sambil makan kerepek memang sedap.tp hakikatnya aku tak suka kerepek.
hah ambil.sape suruh baca entry langsung tak memberi manfaat ini.sudah.
skrang mode: ctrl+alt+del=log out.

chop! nape tak de stori mori about my cilik.
u know what.dia sangatla tidak menggedik tatkalah ibunya pulang rehat.
OMG..adakah sudah tiada bibit-bibit kerinduan.uawaawawa
tak ape..itu tandanya dia sudah pandai membiasakan persekitaran dengan cuaca alam.
alhamdulillah...semua ni rezeki dari langit..

tadi makan nasi goreng paprik ayam..urm..sedapnya.

cit..merapu meraban.

p/s:tiada stori pasal tajuk di atas.harap maklum.carilah di kemudian entri pun tak mungkin jumpe.daa
Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails