Thursday, June 10, 2010

orang kata..

orang kata saya lately nampak macam makcik2..haha..
tak perlu untuk specific sapekah "orang kata" itu..ayat ini bukan merujuk kepada segala perasaan touching di kala ini..bkn tiada perasaan ttp rasa seperti harus mengakui hukum alam mmg saya kelihatan agak makcik2 dua kala tiga kala ini.adakah mungkin kerana faktor2 ini :>>

**tumit tinggi : oh, sudah lama tidak menyarung kaki dengan sepatu bertumit tinggi apatah lagi untuk mempunyai lintasan perasaan memakainya..langsung mmg tak ada nafsu.bile terpandang akan "dia", hati langsung tidak berdetik untuk mendampinginya lagi(tatkala ini)..

**jeans : adakah mungkin jangkauan usia sudah tidak remaja lagi.adoi.saya mmg suka memakai jeans.tp kelihatannya seakan tidak sesuai untuk memakai jeans.bukan tidak mahu kelihatan ranggi tp keadaan amat tidak menyesuaikan.bermulalah episod memakai suar yang agak2 longgar..skirt..what????skirt?ayu crazy?are u crazy?..ish, mcm tak caya tp kene caya gak.aloha.i'm macam pretty gile bile menyarungkan skirt..oh tidak...hahaha..

**make up : bukan nak kata selama ini muka diconteng sgt.tp mmg kadang2 rasa mcm make up tu perlu gak ikut keadaan dan cuaca pada hari itu kan.tp lately mmg langsungla, kadang2 make up pun nampak semakin huduh.oh tidak.kenapa begitu huduh diriku.adakah lukisan pada raut wajah tidak sekata atau tidak menimbulkan rona-rona cahaya diri sgt cantik.

**berbaju kurung : oh, baju kurung yang langsing lagi comei lote.tatkala menyelak dedaun pintu almari,mata akan terpaku kepada kejelitaan si pemakainya..haha.(episod perasan memuji diri tinggi melangit)layannnnnnn..namun, bila skrang memakai baju kurung, bukan baju itu tidak cantik, sekali imbas mmg si pemakainya kurang nampak berseri dan sepertinya tidak kene sahaja dengan pakaian itu.tidak harus dibuang kan.tpi nak pakai baju apa ni.(soklan yg tiap2 pg akan berlegar2 di ruang kotak fikiran untuk pergi ke destinasi yg perlu ditujui).rupa2nya kain sudah tidak muat lagi.ia semakin membesar.keranamu sayang.

**mini dress : ini saya suka.mmg suka.ada link "like" tak.pls vote for me..kahkah.tp satu yg sy tak suka.nape mesti ada reben atau tali lebihan untuk diikat di pinggang. adakah untuk memberikan pandangan agar saya kelihatan lebih ramping.mcm tidak.apakah fungsinya.oh, masih tercari2.tak mau pikir.pakai je.macam comei.tp malu lebih merajai diri.

**gaya berjalan : faktor ini pun leh jadikan aku mcm makcik2 ke?wei, jgn ar gitu.tau ar dah tak leh jalan laju sgt.apa nak buat.masih ingin menyatakan keadaan yang membuatkan aku begini dan akan terus begini but.....hanya untuk seketika my dear.sabar k.

yang paling penting.walau apa orang nak kata.saya bakal mendapat hadiah yang paling bererti dariNYA.terima kasih Ya Tuhan.sangat menghargainya.

wif luv.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails