Friday, February 18, 2011

Fahami Perasaanku Part 1

30 Luahan Perasaan Suami.
nampak tajuk di atas??so, buat ms skrg..hanya nak tulis sedikit dulu k..moga2 dapat dimanfaatkan bersama.

1. “Isteriku, Iktiraflah kelakianku”
    -memahami mengenai hak dan kelebihan seorang suami
    -memahami ciri-ciri tersendiri suami
    -menjiwai watak kelakian suami
    -bersangka baik pada suami
    -reda dengan kelemahan suami
    -sabar pada kekurangan suami
    -akur dan sentiasa menggambarkan kata-kata penghargaan kepada suami

2. “Isteriku, Jagalah Rumahku”
     -menjaga kehormatan diri semasa suami tiada di rumah
     -menjaga harta benda suami dan rahsia rumah tangga
     -jangan menerima tetamu tanpa izin suami
     -jangan memberi barang dari rumah tanpa izin suami
     -sentiasa membersihkan rumah
     -perbanyakkan ibadah dan doa di dalam rumah
     -sentiasa kreatif dalam melahirkan suasana rumah yang harmoni dan selesa

3. “Isteriku, Janganlah Leteri Aku”
    -bergaul dengan orang yg berhemah tinggi
    -mempelajari dan mengambil contoh skp yg baik
    -berbincang bg menyelesaikan masalah
    -berfikiran positif
    -sentiasa bertenang dan bersabar
    -mengenalpasti kelebihan dan kelemahan suami
    -sentiasa mengingatkan diri mengenai keburukan tabiat itu
    -marah perkara yg betul dan berhati2 semasa menegur suami
    -jgn berdendam dengan suami

4. “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
   -sentiasa menjadi pendengar yg baik
   -sentiasa bersikap empati pd perasaan suami
   -jauhkan diri dr segala perlakuan yg tidak disukai oleh suami
   -sentiasa peka dengan perlakuan bukan lisan yg ditunjukkan suami
   -susah senang bersama2
   -sentiasa mengormati pilihan dan keputusan suami
   -jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami

5. “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
    -sentiasa bersedia apabila mahu melakukan perbincangan
    -menjadi pendengar yang baik
    -berusaha menambah ilmu pengetahuan
    -mampu menyumbangkan idea yang bernas
    -berusaha memahami suami semasa berbincang
    -jangan membuat kritikan dan tuduhan semasa berbincang
    -perbincangan mesti mempunyai isu yang spesifik
    -memberikan tindak balas yang sesuai dan tepat
    -faham mengenai isu yang diperbincangkan

6. “Isteriku, Hiasilah Dirimu”
    -menjaga kesihatan fizikal dan mental
    -melakukan senaman dan riadah
    -memperbanyakkan ibadah
    -menghias diri dengan akhlak yang mulia
    -mengawal timbangan berat badan
    -pastikan fikiran sentiasa tenang dan positif bagi memancarkan keceriaan pada 
     wajah
    -dapatkan tidur dan rehat yang sempurna
    -sentiasa membersihkan diri
    -mengubah tabiat makan dan menu harian

7. “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku”
    -jangan membantah suami dengan cara menunjukkan tingkah laku dan tindak
      balas yang tidak sopan
    -tangani apa jua masalah dengan bijak, tenang, sabar dan toleransi dgn suami
    -semasa melayan suami, lakukanlah dengan penuh tertib, bersopan dan wajah
     manis
    -semasa berbincang, lakukanlah dengan tenang, sabar dan mengeluarkan
     pendapat secara sopan
    -sentiasa mengucapkan terima kasih atas kebaikan yg ditunjukkan
    -jangan memanggil suami dengan panggilan nama atau gelarannya
    -sentiasa menjadikan sifat malu dan sabar sebagai perhiasan diri
    -semasa berbual, selitkan gurau senda untuk menambah kemesraan
    -sentiasa membenci sifat marah

8. “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
    -menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, penuh minat dan bangga
    -mengucapkan terima kasih dengan ikhlas dan berwajah gembira
    -sekiranya, pemberian suami tidak menepati cita rasa anda, jangan merungut
      dan mengkritik pemberian itu
    -jangan terlalu memikirkan nilai zahir sesuatu sebaliknya hargailah nilai ingatan
     dan kasih sayang suami
    -mendoakan suami semoga sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki
    -menjaga dan menyimpan dengan baik apa juga barang pemberian suami

9. “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
    -membersihkan hati dan bersikap kasihan pada anak-anak
    -sentiasa memikirkan mengenai kesan negatif akibat amalan pilih kasih
    -sentiasa ikhlas, berfikiran matang dan bertanggungjawab dalam memikul
     amanah mendidik anak-anak
    -bersedia mengubah sikap dan menyesuaikan diri dgn suasana hidup dan
     tuntutan berkeluarga
    -sentiasa reda dengan ketentuan dan takdir Allah
    -sentiasa mengingati tentang hari tua anda
    -berusaha mendidik dan memperbaiki akhlak anak-anak, bukan dengan 
     membiarkan mereka begitu sahaja
    -menghapuskan sikap suka berleter, cerewet, cemburu dan pemarah
    -meminta maaf daripada anak-anak dan menyesali perbuatan

double A version

hari ini free.sgt free.free dr segi masa.kepala pun free.kocek pun free.ahaks.xape.orang kata, ulat dlm batu pun boleh hidup..owh, betapa kamu tidak tahu wahai manusia, betapa susahnya kami mencari sesuap nasi.semudah itu membuat bidalan..cuba kamu jadi ulat tgk.aku pulak jadi manusia.betapa besar rahmat seandainya boleh twist semudah itu.twist??twist?oh twister di rumah wan sajidah berperisa oren dan blackcurrant.sangat meruntun.sedap sungguh.

bulan lepas ada 31 hari bukan.ini bersamaan 31 entry.setakat hari ini 18 hari bulan, tetapi entry masih 13..tidak berganjak.nak kata sibuk.tidak juga.cuba memikirkan untuk meletakkan entry2 yang boleh dimanfaatkan bersama.cerita-cerita yang hendak dicoretkan juga harus mendapat tapisan kualiti yang sangat cenderung ke arah kebaikan.itu sebaiknya.tetapi sekali-sekala merapu meraban tidak salah juga.

bukak saje fb, tgk status wan dapat 2nd prize GA..kamu ini kan..slalu sahaja bertuah dlam membuahkan hasil.jampi menderem ape yang ko do amalkan ni..tahniah frenz..malam tadi aku g lepak umah dia ngan liana.seronok betul.lama sgt tak jumpe.(xlama pun..tp saje propa lebey)..teringat plak kat kengkawan yang len serumah seriuh dulu..owh, nad, shakey, azie, djah, hu, zarimah, kak matun, eton.zassssssssssssssssssssssssss…tiba2..kumencari..kumencari..dimanakah folder pic kita dahulu.sgt kangen.sama2 dok menyertai ajk tingkap(tp jarang la)..sama2 main masak2..sama2 dok nak kuruskan badan (ewah, ni bukan aku secara telusnya)..sama2 senam robek hatiku di dpn pc..sama2 pegi ke pasar..sama2 makan bersahur dan kadangkala dimasak oleh aku sorang2..hahaha..dah mcm mak2 lak aku..padahal, status emak di kala itu, selayaknya dipegang oleh cik shakey..haha..jgn marah..sama2 men game..sama2 kemas umah..sama2 pegi kelas yang sama..sama2 ponteng kelas..sama2 pegi riadah kat stadium..sama2 g shoppin..sama2 meniru dalam test..

orang kata lagi..kalo kita dok teringat kat seseorang, seseorang itu juga pasti teringatkan kat kita..boleh pakai ke kata2 ni..tp kalo kita ingat ramai2, belum pasti yang ramai2 dok ingat kat kita kan.uh..masing-masing sudah membawa haluan dan berjaya skrang..aku still membawa memori kita bersama untuk dikenang.damn..tiba2 rasa sebak.STOP IT.

11
si anak dara(masih lagi) >> cik azimah, cik shakirah, cik khatijah

20
gadis bunga bersama kak matun

DSC00960
dari belakang kiri > aku, shakey, zarimah, azimah, huraizah
dari depan kiri >>liana, djah, nad…
wan sajid mana???adakah dia jurugambar kita?

DSC00961
iye.BENAR.tak mau introduce yg len2..berbaju kurung biru tepi sekali, itu dia wan sajidah kita.

DSCN1515
korang semua ingat lagi tak jenama kenderaan ini.
masakan tidak, semenjak kete aku xcident, inilah kenderaan tunggangan yang berjasa pada aku..

SEKIAN SUDAH PENCERNAAN MEMORI INDAH PART 1.

Tuesday, February 15, 2011

i luv u 4eva..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Monday, February 14, 2011

UJUB

UJUB.pernah dengar perkataan ini?alhamdulillah.tp bukan bg saya sehinggalah smlm terbaca 1 buku yg ringkas tetapi cukup menarik.ilmu Allah s.w.t itu sgt luas yg mungkin boleh saya ibaratkan seluas 7 lautan, setinggi 7 lapisan langgit, sedalam 7 lapisan bumi jua.semakin dipelajari, semakin aku tahu bahawa ceteknya ilmu pengetahuan aku.

mungkin saya boleh share di sini.anda mungkin boleh cari di saluran2 lain untuk mendapatkan terjemahan yang lebih mendalam.sebelum saya berkongsi lebih lanjut, dengan baiknya saya menjemput kalian membaca sehingga ke akhirnya.coretan ini BUKAN untuk mereka2 yang membaca untuk mencari kesalahan orang lain sehingga tidak nampak salah sendiri.namun begitu, sekiranya kamu hamba Allah s.w.t yg sentiasa mahu memperbaiki diri, silakan luangkan masa sedikit yg diberi percuma.

Ujub merupakan salah satu penyakit rohani di mana penyakit yg menular tanpa dpt dikesan melalui pancaindera mata kita.subhanallah.dlm tidak sedar ianya boleh berlaku kpd sesiapa shj.selain ujub, penyakit rohani yg lain adalah seperti riak, takabbur,dengki,dsbnya.mereka yang selalu melakukan provokasi sehingga tercetusnya amarah dan perbalahan juga merupakan orang-orang yg tergolong dalam penyakit rohani.

definisi Ujub :
1. sifat seseorang dimana ia merasa dirinya lebih baik hingga menolak kebaikan orang lain, bangga dan senang dengan dirinya, senang dengan yang diucapkannya, yang diperbuatnya hingga meremehkan orang lain.

2. Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan mengang-gapnya bagai angin lalu. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengabarkan kepada kita dalam sebuah hadits: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (HR. Al-Bukhari)

sebab-sebab Ujub :
1. Faktor linkungan dan keturunan
2. Sanjungan dan pujian yang berlebihan
3.
Bergaul Dengan Orang yang Terkena Penyakit Ujub.
4. Kufur Nikmat dan Lupa Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala
5. Jahil dan Mengabaikan Hakikat Diri (Lupa Daratan)
6. Berbangga-bangga Dengan Nasab dan Keturunan
7. Berlebih-lebihan Dalam Memuliakan dan Menghormati
8. Lengah Terhadap Akibat yang Timbul dari Penyakit Ujub

kesan-kesan Ujub :
1. Jatuh dalam jerat-jerat kesombongan, sebab ujub merupakan pintu menuju kesombongan.
2. Dijauhkan dari pertolongan Allah. Allah Subahanahu Wata’ala berfirman:
Orang-orang yang berjihad (untuk mencari keri-dhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.”
(Al-Ankabut: 69)
3. Terpuruk dalam menghadapi berbagai krisis dan cobaan kehidupan.
4. Dibenci dan dijauhi orang-orang.
5. Azab dan pembalasan cepat ataupun lambat.

bersama2lah kita berubah demi kebaikan sejagat.jangan sesekali menyemarakkan api permusuhan walaupun kecil.ilmu untuk dikongsi dan dimanfaatkan.kepada silent reader di luar sana, aku tahu bahawasanya walaupun kamu membenci aku, tp jiwa kamu seakan sudah terpaut pd aku..jgn berselindung di sebalik kata-kata pedas dan egois yg ko ada.aku tahu. kalo tidak masakan kamu  tahu apa yg aku coretkan.salam kemaafan.

Saturday, February 12, 2011

tangisan si cilik

uwek…uwek…lg advance sound menggunakan woofer berbunyi seakan begini—> uuuuwwwaaaaaaaaaaaaaaa…uuuwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..panjg bukan…ini baru terjemahan daripada beberapa bit-bit huruf..belum diputarkan menggunakan window media player lg..walaupun bukan sesuatu yg menggerunkan namun kadangkala mengundang kepenatan jua kerisauan..agak-agak la kan ape la faktor-faktor mengundang kepada tangisan yang teeresak2 beriye2 sakan..adakah itu normal atau dibuat2 atau terkena mainan alam lain..jom kita try list satu-persatu.kot2 tersangkut dgn permasalahan kita..

buat pengetahuan semua, my cilik selalu beriye2 ngs time nak susu…sgtla tidak tenteram hati si ibu.sesaja la search kat tenet kot2 la anak terkena sindrom kolik ke?tau atau tidak…check it out..

1. Doktor-doktor pakar daripada peringkat umur 40an yg sgt arif hal-hal keanakan
mengatakan kembung perut mungkin menjadi punca.
solusi : sapu minyak telon boleh..minyak cap yu yi pun boleh..minyak gamat i
xkonfem ek.
letakkan sirih yang telah dipanaskan pada suhu kira2 agak suam..&
sapukan di perut.atau letakkan saje utk beb. ketika.

2. lapar
solusi : xreti2 lg..nak aku jugak ajar..haha..ni perkara biasa nangis sebab ingin
disusukan.insyallah, setelah kenyang, si cilik tidak lg menangis.

3. keadaan tubuh yg tidak selesa.ianya boleh berlaku akibat bahan
pembuangan yg dilakukan.seperti kencing atau buang air besar.mungkin juga,
bayi merasa panas atau berpeluh.maklumlah, baby tidak boleh berkata seperti, "tok, nek cucu tumpang ngencing..tlg basuh ya"..hahaha
solusi : gantikan pampersnya.
mandi agar bayi menjadi segar

4. kepenatan.mungkin bayi telah diajar untuk merewang ke sana & ke mari lalu
mengundang kepenatan.
solusi : boleh dimandikan.kemudian berikan susu dan pastikan bayi tido serta
mendapat rehat secukupnya.

5. sakit.owh, ini yg paling merisaukan bukan.terang2 kita tahu bayi tidak bisa
berbicara.segala2nya diberi.langsung tidak memberi kesan.susu sudah.dukung
sudah.mandi sudah.tp ttp mahu menyumbang suara pd key yang panjang.
solusi : adalah lebih baik mendapatkan nasihat orang tua/ doktor

6. berbeza tempat dan orang sekeliling
tatkala bayi sudah mula pandai membuat kawad pengecaman.mungkin bayi
hanya mahu dengan individu tertentu.jgnlah sesekali kamu terasa ok.melihat
orang bahagia akan menyebabkan kita bahagia juga.
solusi : individu terapat perlu mengambil tanggungjawab ini.siapa lg ibu atau
ayahla..

7. kolik.xpenah dengar??ish ish ish..saya pun xpenah dgr juga…kata lainnya
adalah sawan tangis.menurut info yg boleh didapati di laman sesawang ni,
sawan tangis adalah gejala tanngisan si anak yg terus menerus membuat
persmbahan tanpa henti.mungkin boleh jadi3-4jam.owh, boleh jd kerisauan
memuncak.keletihan di tahap yg maximum..puncanya juga mungkin sama
seperti di atas..mungkin lapar, kedinginan, hendak di dukung saja dan
sebagainya.kolik adalah BUKAN sejenis penyakit.jd jgn risau ok.mungkin
akan menguji kesabaran.itulah dia pengorbanan bukan.lg2 untuk mereka yg
bergelar si ibu.

mungkin ada lagi sebab2 si cilik menangis untuk yg ke-8, 9, 10,……. anda boleh la menyatakan dikomen.sgt menghargai.

berbalik kepada si cilik saya, penawar kepada tangisan beliau adalah dengan jelmaan ayahnya.apabia melihat shj wajah ayahnya sambil didukung2…digomol2..diguling2..diagah2..SMILE mula terpacar dan akan diiringi dgn gelak tawa yg bagai dibuat2..u are d’gud actor nak, “si ibu berkata”….. maklumlah manja lebey.hehe..

lg satu fiil si darwisy, asyik nk berdukung je..asal letak je..nangis.huhu..

kepada bakal-bakal ibu yg semasa hayat mudanya rajin berkarok, dats it ur time to learn child song...lala..jangan ar asyik2 tepuk amai-amai..anak zaman skrg bakal bosan jua...zikir lebey baik dude..

p/s kpd wan sajidah : bape byk lagu dah ko lancar...ahaks


Friday, February 11, 2011

susuan ibu penuh hikmah

chup..chup..kedengaran si anak mengisi kekosongan perut dengan titisan susu yg sememangnya enak bg level mereka.bukan masalah besar sgt tp still menjadi isu yg masih di tali gantung tanpa ada jalan penyelesaian.sape tahu susu ibu adalah d’best ever n ever.betul bkn.iye.itulah yg sedang disumbangkan.mencari yang halal itu fardhu.(tiba-tiba).si cilik masih tidak mahu menggunakan khidmat teknologi puting tiruan untuk susuan penuh berkrim.sekadar minum susu menggunakan sudu sudah boleh dilayan.dari yg murah ke mahal.dr yg dibeli sehingga yg diberi, still menemui jln buntu

sekiranya anda mengutarakan mslh anda kepada doktor betapa anak anda tidak mahu susu botol..ataupun masalah puting botol..dgn selambanya akan mendapat jawapan seperti ini,

“bagusla bby xmahu susu botol.bg sahaja susu badan.air masak kurang pun xape.susu ibu sudah cukup”.

owh, betapa berbelah-bahagi sungguh.orang tua pula akan mendesak penggunaan botol.diselangi susu tepung.alasannya, mudah untuk bergerak atau ditinggalkan..hati si ibu meronta-ronta dek kerana desakan beberapa penjuru yg bertubi2.sungguh terkilan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

puting berbentuk tidak seperti sedia kala.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
puting dari jenama NUK.berharga lebih kurang rm13++

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
ikhtiar si ibu dengan harapan anak akan mendapat manfaat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
boleh juga didapati seperti di kedai di atas..

penah dgr pasal “kolostrum”?menurut encek wikipedia :

Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:

1. mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
2.
mudah dicerna
3.
memiliki efek laksatif
4.
memiliki kandungan imun yang tinggi
5.
melindungi saluran pencernaan bayi
6.
mengandungi sel darah putih

ape yang penting sangat susu ibu ni?

sama2 kita lihat betapa tingginya nilai yang anugerah Tuhan berikan kepada kita.betapa kita diberikan kesempatan mempunyai cahaya mati.masih ramai lg yg berkira2 berdoa siang mlm untuk mendapatkannya.dengan penuh kesabaran menunggu kasihNYA ILLAHI menganugerahkan permata hati.terusik bukan.susu ibu juga merupakan d’amazing thing yang mungkin dlm xsedar kita terlepas pandang.di antara kebaikan susu ibu ialah :

1. ia mengandungi kesemua nutrien dan zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan
    perkembangan otak bayi
2. mudah dihadam
3. susu ibu itu tidak basi (penggunaan secara terus dari ibu ke anak) dan sentiasa
    tersedia pada suhu yang tetap
4. bayi yang menyusukan susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang
    pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
5. mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
    ini adalah kerana susu ibu bersih dan bebas bakteria.
6. mempunyai bahan yang mampu melawan jangkitan penyakit.
7. kajian fakta mengatakan bahawa susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic
    dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk
    pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

sebenarnya, terdapat banyak lagi kelebihan yang ada pada susu ibu.mungkin boleh diupdate dari semasa ke semasa.bg ibu-ibu yang mahu kelihatan langsing semula.penyusuan ibu mampu menguntungkan kita.selain itu juga, rahim cepat mengecuti.yang paling penting, Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.dan yang paling sungguh tidak ternilai, naluri keibuanku terserlah.ewah malu lak.boleh bayangkan tak ayu kamalia menyusukan anak.owh, dulu punya la tomboi belaka.itulah amazingnya anugerah Tuhan.Syukur dan berterima kasih.

“Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Kelebihan Surah Yaasin

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44  : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut  pastu  baca pada air 100x  & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

ANTI-BLOGGER

tiba-tiba aku terpetik nak wat cite pasal “ANTI-BLOGGER”.halo kawan, walaupun ini negara demokrasi janganlah sesedap oren je nak menghentam blogger2 yang ada.ko ingat orang kisah sgt ke pasal ko dok anti2 ni.jgn la berhati dengki memanjang.aku tau ko tak kisah.aku lagi tak kisah.

kata orang,”makan boleh sebarang makan, cakap jangan sebarang cakap”.

kalo setakat nak menunjuk perasaan disebabkan tak dapat nak search info kat tenet.asyik2 info kat blog.asyik2 blog.pastu dah mula nek meradang.janganlah ingat ko sorang je pengguna TEGAR tenet.mmg la maklumat yang ko nak cari tu mungkin la susah nak dapat kan.kononnya, asyik terbuka blog orang je.kalo hit tinggi, lagi mudah la dapat rating atas kan.meh sini aku bagitau di antara sbb ko tak perlu “ANTI-BLOGGER”.

1. tak puas hati kan pasal orang suka cite personal la..hal rumah tangga.isu-isu semasa.abis tu, ape bezanya yang ko dok update status facebook memanjang. budget macam good-good.dok ko sorang saje yang betul.asal ada je menda tak puas hati.menggeletek je ati yang panas tu nak update status.sama dengan ok.
aku nak ingatkan bahawasanya..kalo ko tak suka orang, belum tentu orang suka kat ko..REMEMBER DAT!!!ada aku kisah..

2. bil tenet aku yang tertunggak ni bukan ko yang bayar kan.ceh, tetiba aku jadi emosi sesangat.maklum la..walaupun aku bukan la blogger tegar..sedikit sebanyak aku terusik tau.so, duduk diam2 jgn usik hal orang.

3. hormatilah kehendak dan minat orang len.kalo ko dok minat dok nak hentam orang je.kami yang dok suka memblog ni lebih baik dari ko tau.sekurang-kurangnya tak de sakit kan hati orang len.mcm ko.tiba2 aku dah sakit ati.walaupun tak banyak. tp mengundang rasa menyampah pun ada.

4. internet ni bukan lah saluran yang 100% tepat maklumat yang patut dicari.mempunyai sedikit ralat jugak.so, carilah maklumat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.kelak ko tak kecewa.blaja tinggi pun tak reti lagi.

dahla, tak bek la aku dok bising2 mcm ni.cuma berlapik la bila berbahasa.kita kan budaya kaya dengan sopan santun.jangan asyik nak menuding jari mencari salah orang je.jaga la tingkah laku supaya orang tak menyampah.maaf andai penulisan kali ini agar kasar sikit.ko cuit aku dulu kan(secara tidak sengaja)..perlu ke ko mintak maaf balik.tepuk dada, tanyalah iman.

Thursday, February 10, 2011

isshhhhhhh…..

meh sini dengar baik-baik..ni rahsia kerajaan dude..
xleh gebang kencang sangat..xpasal2 kena bar..ahaks..
lihatla dunia…u know what..
i kan..dapat msg dr prime minister.bangga atau tidak.
owh, begitu spesel gitu.ahaks…
sangat terharu dan terharu sambil muka bermandi peluh tidak percaya..
walaupun msg itu sudah berkurun tp ttp proud gler..haha..
tp tu la..mintak maaf sgt2 i tak sambut CNY la plak..huhu..

Selamat Tahun Baru Cina Dari Najib Razak

lupakan segala kegembiraan ini..moga2 dpt ucapan time Hari Raya nanti..

Wednesday, February 9, 2011

Testing using windows live writer

wah..sangat teruja menggunakan software ini.
kredit terbek untuk si cinoi yang telah memberi tunjuk ajar agar
penulisan menjadi lebih superb.
testing.testing.tak mau tulis entry panjang2.kalo mau ini software.
gatai-gatai la tangan pegi klik kat sini >> silalah tekan saya ..

yabedabedoooooooooo..hooooooorayyyy

Sunday, February 6, 2011

semoga cepat sembuh

sick semakin menjadi-jadi.
ok bukan ari ni.tp smlm.gile senak ulu hati aku.
bukan di tahap menggeletek lagi.seakan mau jadi gile lak.
sakit ulu hati satu hal.tiba-tiba kapla pun sakit tak terkata.
owh mak ai.masa sangat selamat.
kerana si cilik telah menidurkan diri dari jam 7 mlm sehingga 12 tgh malam lebih-lebih sikit.
selamat konon.owh tidak.waktu berjaga sana sini.

hari ini akan meninggalkan bumi kulim untuk balik ke kg halaman..cewah.
kampung celah mana la...rs boringla..nk stop dulu..
darwisy dh bgn...

Photobucket

Saturday, February 5, 2011

sakit ulu hati vs sakit hati..

tak sama tapi serupa.serupa tang sakit tu..
adoi, dah beberapa hari merasakan badan tidak sedap.
bagai dicucuk dengan sembilu..ewah.betul ni.betul.tak tipu.
smlm g klinik.bukan sbb mengada-ngada.tp just nak ubat sahaja.
bg tahan sakit.sbb mmg dah tak leh tahan sakit.
sakit menangkap tidak mengira masa.ikut suka.
pagi.petang.malam.tgh malam.pagi-pagi buta.
sungguh tidak tenteram.ditambah dengan sakit ati.
maklum ar..dlm dok menjaga hati orang len.hati kita yang sakit.
tak usah la suka2 sound orang begitu.hati aku tersentap.
terkejut semua bagai ada.sbb aku terkejut la.
air mata tak dapat tertahan tp masih boleh dibendung daripada jatuh ke muka bumi.
tidak mengapa.selalu sgt nak kena jaga hati orang.itu kan perkara yang bek.
hati kita letak tepi dulu.masukkan dalam kotak baik2.ikatkan dengan reben.
dengan harapan hati tidak akan merajuk kerana mendahului orang len.
tp hakikatnya.hati tetap ada dalam hati.
perasaan itu tidak boleh ditawar-menawar.
maafkan aku wahai hati.kerana berperasaan begini.
saya saje yang paham kamu.
kamu duduk dalam hati saya baik2 k.
saya sayang kamu wahai hati saya.

Photobucket

Thursday, February 3, 2011

MESIR...i'll come..

uish.dah panjang nyawa ke agaknya nak pegi ke mesir.
waktu2 begini.gila.sewel.ting tong.
baik pikir balik.pikir pikir na na na na...
keadaan semakin gawat..cemas..
hidup dalam ketakutan.huru-hara semakin menebal.

macam-macam situasi yg dikabarkan.
bekalan makanan semakin sedikit dan hampir terputus.
banduan menyamar sebagai polis.owh damn sangat.tiada sesape yg boleh dipercayai.
mesin atm byk sudah rosak.bekalan letrik semakin tidak dapat memberi nyawa.
perhubungan tersekat.line tenet semakin down.semua seperti putus harap.

betul ke aku nak ke mesir ni???
sebagai apa.misi pengaman dunia.sedangkan misi pengaman si cilik pun tidak dapat dikuasai sebaiknya.uish.tetapi semangat dan cita-cita boleh diberi pujian.

al-kisahnya, subuh tadi.
mendapat offer untuk ke mesir.di antara orang bertuah gitu.
tiket.makan.minum.tempat tido ditaja.biar real?
semakin teruja.hati dengan penuh bunga-bunga mempacking beg dan keperluan untuk menjejakkan kaki ke bumi Mesir.semakin tiada kesabaran.
sudah pergi mendapatkan tiket.yahooooo.flight akan berlepas pukul 4 petang.
semakin tidak keruan.betul ke aku akan ke Mesir bumi tumpahnya darah-darah manusia di kala ini.sesampai sahaja di lapangan terbang.aku baru teringat bahawa...
aku adalah salah seorang yang black listed atau cakap-cakap melayunya aku adalah senarai hitam oleh pihak imigresen (maklumat didapati dan disahkan oleh laman web PTPTN)..hahaha..padan muka aku..

lepas ke aku nak pergi ke Mesir ni.perlu ke aku melepaskan peluang ni.owh tidak..rugi2.semangat sudah melebihi segala.

dengar itu..cuba dengar.tak dengar kan.
iye, korang tak dengar.aku baru je dengar..
uwekkkk..uwekkkkkkkkk..si cilik menangis menandakan masuknya waktu pemberian susu.
owh..terjaga dari lamunan.rupa-rupanya aku "BERMIMPI"..cis, situasi macam real..

kul 7 melepak bersama si cilik di buaian sehingga pukul 8..anak tido.ibu juga mengambil kesempatan untuk tido.sedar2 pukul 10 pagi..tp yang peliknya..2 jam tertido itu, aku still mimpi aku pegi ke Mesir..owh..siap ada sambungan lagi mcm cite sinetron lak.oklah, skrang nak tido.kot2 dah ada kat bumi Mesir..leh update berita terkini di sana...

daa...zzzzz
*mendoakan agar umat Islam di sana dan rakyat Malaysia di sana masih dapat bertahan dan selamat daripada ujian dari Allah s.w.t ini..


Photobucket

Wednesday, February 2, 2011

cerita penuh rojak..

setelah beberapa hari diselubungi gerimis renyai2..
semalam dapat melihat keindahan bintang-bintang di malam hari.
maklum sajela.keindahan alam ini kadang-kadang tercemar oleh buatan manusia.
tak dapat tidak untuk mengelaknya.perjalanan memakan masa amat sebentar.
pejam celik pejam celik dah sampai..ahaks..

i'm at kulim now.melakukan riadah membersihkan laman mengingatkan kembali zaman2 bercucuk tanam semasa mengambil KH pertanian.hobiku juga.tp senggang masa tidak berapa nak ada dan nilai tanah semakin mengecil dan sangat tinggi.menyebabkan hobi ini dibiarkan usang begitu sahaja.riadah mencangkul di petang hari sangat meruntun hati.bersama en husben dan anak buah.semangat.sok kita sambung kembali k.

berdentum di sana sini.kedengaran sambutan CNY di sambut oleh mereka2 yang pastinya bukan sepegangan dgn aku.tak kisahla.sendiri punya hal.oh lupa sudey.kehadiran insan yang penuh propa sangat terharu.si nisa gedik bersama adiknya si farah.thanks la belanja makan.gelak besar.seronok tak terkira.dpt celotoh walaupun masih tidak mampu untuk memenuhi tuntutan "pillow talk"...miss dat time..

laptop ku rosak kembali.arghhhhhh..damn.sgt tertekan.kerana tidak dapat menekan kekunci2 cinta.emosi di kala ini sangat tidak keruan.my life tersekat sebentar.di saat2 beginila fungsinya tidak dapat beroperasi.owh...money.money.money again.lingkup.namun.semangat untuk berblog walaupun tiada rasa cerita yang menarik, harus sekali dipenuhi.

alahai.bunyi mercun di sana sini menggeramkan hati aku.mcm bunyi meriam buluh pun ada.si cilik baru sahaja melelapkan matanya yang sgt comei.mataku jua hampir2 menemu jalan tutup untuk hari ini.mercun oh mercun.hilang sudah tumpuan aku..sudahlah..zzzzzzzzz

Photobucket

Tuesday, February 1, 2011

aloooha

s.e.l.a.m.a.t p.a.g.i s.e.m.u.a

Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails