Sunday, June 21, 2009

erti pengorbanan...adakah berbaloi...

"pengorbanan" dan perhatian kita pada seseorang tidak kira famili, sahabat atau alam semesta ni..adakah berbaloi??...erm..korang leh jawab ke??tapi tuelah..kita mengharapkan sesuatu yg terbaik selagi nyawa masih dikandung badan...namun...kadang kala kusangkakan panas berpanjangan...rupa2nya...gerimis mengundang..o o o o ...(ish..dh mcm lagu la plak)..dlm hidup ini, tak semestinya kita dapat memenuhi kehendak kita sendiri..hari ini..kamu ....iye..kamu, mungkin menjadi kawan yg paling baik..tapi esok..belum tentu lagi kan...

namun begitu, tatkala kita menjengah cebisan2 kedukaan hari2 kelmarin, kita akan dirundung kesedihan di kala ini..makanya, jgnlah lagi meratapi segala kejadian yang memeritkan itu..kata orang,"berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"..ada kebenarannya dgn kata2 pujangga orang2 lama ni..tapi sebagai sahabat untuk diri sendiri..itulah yg aku cuba lakukan..aku perlu meningkatkan tahap kesabaran aku...seperti kata seorang rakan baru yg membawa erti dlm hidup aku...sabar itu manis...erm...yup..mmg manis...

Pabila kesedihan menyelubung diri, kita akan merasakan..kita la yg paling malang skali..acapkali kita akan mempersoalkan sesuatu yg tak pasti...kenapa jadi kat aku?kenapa itu?kenapa ini?...
really kan..Sesungguhnya percayalah bahawa, lebih banyak lagi penderitaan yang telah berlaku di dunia ini..yang kalo dihitungkira...mungkin kita tidak akan mampu untuk menghadapinya..bersyukurla pada anugerah yang diberi.. Sedangkan kekasih Allah itu, Rasulullah s.a.w juga diturunkan ujian kepada baginda..ini kan pula kita seorang insan kerdil lagi hina...maka, sesungguhnya Allah itu sgt adil dan sayang pada kita..sayangnya kita acapkali melupakan segala anugerah yg diberikan..kerana DIA sayang n ingat pada kitalah, kita diberi ujian sebegini rupa kan..DIA mahu memantapkan iman2 kita ini wahai sahabat...Jalan menuju ke syurga itu penuh dengan ranjau durinya..kita perlu menghadapi saat2 kesukaran, dan akhirnya pasti akan ada cahaya di hujung penerokaan.. amin...

3 comments:

  1. sedihnya...sabarla k ayu..pasti Allah merancang sesuatu yg lebih baik utk kamu..

    ReplyDelete
  2. jangan bersedih..ada yang baik menanti kamu..
    jm singgah emaedy.blogspot.com

    ReplyDelete

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails