Monday, January 14, 2013

Motivation

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN.

Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa : 

"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa: 

"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan dalaman yang sentiasa ada dalam minda dan hati yang ada sepanjang hayat untuk menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan.“

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

“A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.”

Motivasi terbahagi kepada 2 : Instrinsik dan Ekstrinsik  
MOTIVASI EKSTRINSIKSAEDAH SIRAJ ET. AL (1996): Konsep motivasi ekstrinsik ini berkait rapat dengan pengukuhan/ peneguhan.

Pengukuhan = proses apabila sesuatu kejadian atau peristiwa terjadi disebabkan oleh suatu rangsangan dan menyebabkan rangsangan itu meningkat.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), tujuan peneguhan diberikan adalah untuk memuaskan kehendak individu dan untuk mengurangkan tekanan serta merangsang otak.

Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Pengukuhan terdiri daripada 2 iaitu :
Positif   : Memberi sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan dan menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Negatif : Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

MOTIVASI EKSTRINSIK DALAM BILIK DARJAH
Guru mesti tahu jenis pengukuh yang hendak diberikan dan sekerap mana patut diberikan.

Pengukuh yang boleh diberikan dengan kerap seperti pujian, sokongan atau pujukan.

Namun, pemberian motivasi ekstrinsik dalam bentuk ekonomi, token dan lain-lain hanya mengakibatkan Pelajar mengenepikan kebolehan mereka untuk menyelesaikan tugas yang diberi atas kerelaan dan kesanggupan masing-masing.

Hukuman atau deraan ialah suatu bentuk pengukuh yang negatif dan ia tidak patut diberikan.

Hukuman yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri.

Boleh mengakibatkan gangguan emosi yang berpanjangan.

MOTIVASI INTRINSIKDefinisi : Motivasi intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman anda - Choong Lean Keow (2008)

MOTIVASI INTRINSIK DALAM BILIK DARJAH

Berlaku apabila aktiviti p&p serta persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah berjaya memotivasikan murid-murid.

Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik mesti:

mewujudkan suasana pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengawal .

mesti tentukan pelajar itu boleh melakukan sesuatu dengan cemerlang.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI INTRINSIK

a. Persepsi Kebolehan
    - Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsikan dari penilaian tentang kebolehannya oleh orang lain.
    - Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar itu, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilaikan dirinya sebagai berkebolehan.
    - Kebolehan = Pengaruhi bagaimana pelajar itu rasa mengenai dirinya.

b. Persepsi Kawalan

Pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah adalah disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan keupayaan berusaha dalam keadaan sebenar.

CONTOH:

Berupaya berusaha dalam keadaan sukar.
Pelajar sedar bahawa kejayaan atau kegagalan bergantung pada usaha mereka sendiri.

c. Perasaan dalam Pembelajaran

    - Merangkumi sikap, nilai, minat & pilihan yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap sesuatu benda, perkara / orang
    - Di sekolah : perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait rapat dengan mata pelajaran, guru dan sekolah
    - Perasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini akan mempengaruhi motivasinya.


Kaitan motivasi ekstrinsik dan intrinsik

Seseorang yang tidak mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi ekstrinsik agar lama kelamaan motivasi intrinsik akan terbina dalam dirinya.


Seseorang yang telah mempunyai motivasi intrinsik pula perlu diberi motivasi ekstrinsik supaya motivasi intrinsik yang ada terus berkekalan dalam dirinya.

Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadang kala bermotivasi ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu.

 
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails