Monday, January 14, 2013

Take Serious..... Ibu Mengandung!!!

Perkara yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung :

a. Celak dan Bedak yang disapu di muka untuk hiasan diri sebenarnya banyak mengandungi timah hitam atau lead oxide yang boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Keracunan timah boleh menyebabkan keguguran.

b. alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan ketidaknormalan pada bayi seperti mata menjadi kecil, kepala kecil dan berat berkurangan.

c. penggunaan dadah boleh menyebabkan kecacatan mental dan fizikal bayi yang dilahirkan.

d. Terdedah kepada penggunaan plumbum yang tinggi semasa mengandung, boleh mengganggu perkembangan bayi.

e. Ibu mengandung yang merokok boleh menyebabkan bayi pramatang, kecacatan pada jantung bayi, mengalami keguguran dan bayi mati dalam kandungan f. Tabiat memakan kepala ikan perlu dihentikan oleh ibu mengandung kerana mengandungi asid yang menjejaskan perkembangan otak bayi.

g. Pancaran sinar-x yang keterlaluan(terutama 3 bulan pertama) boleh menjejaskan perkembangan otak bayi, gangguan pembentukan tulang dan kerosakan tempurung kepala bayi. Selain itu, berlakunya perubahan yang kekal dalam gen sel yang mungkin memberi kesan pada generasi berikutnya (mutasi), melahirkan bayi yang menghidap penyakit leukemia dan kemandulan.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails