Thursday, January 10, 2013

UAI di UIA

Malam itu saya menelefon adik saya di UIA. Saya menanyakannya sama ada dia akan balik awal bulan nanti atau tidak. Dia memberitahu saya, dia mungkin balik lambat sedikit. Dia terlibat dengan program orientasi dan 'summer semester'. Rupa-rupanya perbualan kami didengar oleh anak saya yang baru bersekolah tahun 4.

"Mak! Bukankah Acik itu bertugas di UIA di Malaysia. Malaysia ada 'summer' ke?"

"Term atau istilahnya sahaja Adik. Sebab UIA itu menampung pelajar antarabangsa, lebih sesuai jika digunakan istilah yang diterima sejagat. Kalau di Amerika, semester biasanya terbahagi kepada 2 semester. Semester awal tahun dinamakan Spring Semester dan semester akhir tahun dipanggil Fall atau Autumn Semester.

Mereka selalu cuti panjang pada musim panas atau summer. Jadi bagi mengelakkan pembaziran masa mereka yang dari luar negara atau mahasiswa tempatan yang berminat, pihak universiti menawarkan semester pendek secara optional. Yang Acik kamu terlibat itu, semester pendek itulah. Sesetengah unversiti menamakannya special semester.

"Oh begitu..."

"Sudah fahamkan ?"

"Faham. Mak! Boleh adik telefon Acik sekejap?"

"Hal apa?"

"Adik mahu tanya dia, how is summer in Gombak?"

.
.
.
Lor, mana UAI nya?? tak ada???aish si penulis ni la kan...
Sori kengkawan..selamat membaca...
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails