Wah, kasar sungguh title aku pada hari yang berbahagia ini..
Dah la menyepi utk sekian waktunya..al-maklumlah seorang ibu dan isteri yang sibuk menguruskan kehidupan realiti yang kusut-masai dengan pelbagai dugaan dan cabaran..
Tatkala hati diruntun masih ada yang sayang kan..
Alolololo...bila sampai je kat parit king ni mula lah hati berdegup kencang..
berkobar-kobar semangat datang bagai menarik-narik kaki untuk melangkah ke tempat kesukaanku..
Mana lagi lah kalo bukan pusat bank ilmu terbaik pernah aku jumpa...Library UTHM...
Jari-jemari bagaikan menggeletek untuk mengetuk papan kekunci yang untuk sekian lamanya terperusuk dalam beg tu kan..bz katanya...konon..
Merapu mmg nombor satu..
Final around d'corner ni..inilah semangat yang cuba didahulukan....
Blog didahulukan..Final diutamakan...motivasi untuk hari ini...
Dalam hati penuh dengan kekacauan emosi dalam ketakutan untuk menghadapi kertas bertulis tanpa jawapan next week...aku dah serabut perut dengan kehidupan yg tidak terurus ini..terlalu bersenang2 sehingga lupa akan misi lebih penting minggu hadapan...owh....
Tidak mengapa..aku kata,"Tak dapat semua, JANGAN tinggalkan semua"
Nice quote kan...boleh pakai ni..hehehe.....
Berbalik pada title yang bikin panas di atas kan..
Kita ni sebagai ibu bapa seringkali inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita...
Kita juga adalah anak tetapi mengapa kita tidak lakukan yang terbaik untuk diri kita??
Adakah kerana faktor keluarga..persekitaran..rakan2...ilmu pendidikan..pendedahan media..dan sewaktu dengannya (tolong jgn guna perkataan "dan sewaktu dengannya...dan lain2..dan sebagainya dalam exam ye) :)
Hah, amik kau..baru kamu-kamu sedar bahawa ilmu keibubapaan adalah sangat penting dalam mengurus anak-anak..bukan itu aje..ilmu tu penting untuk menguruskan diri IBU BAPA tu sendiri..
Tapi hari ini bukan nak share Pengurusan IBU BAPA tetapi yang melibatkan IBU BAPA lah kan...
Jalan-jalan kat tingkat 2 library ni..faberet tempat la ni..terjumpe buku ni
TIPS MENCERDASKAN IQ ANAK- Zulkiflee Yazid
Moga-moga dapat berkongsi dengan readers sekalian...
1. Membentuk Intelek anak daripada Alam Rahim
Peringkat pertama ini mestilah dilakukan oleh ibu bapa lah kan..takkan anak pulak..mana lahir lagi..
Lebih-lebih lagi ibu yang mengandung perlulah menjaga tertib, akhlak dan perlakuan ibu
- Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang
dan tidak mudah meragam
- Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan
- Perdengarkan beberapa jenis bahasa (bukan tgk kartun je..sinetron alih bahasa ke.. :) ) muzik
terutamanya zikir dan ayat Al-Quran
- Sentiasa bercakap dengan bayi
- Lakukan isyarat2 mudah : menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang
perut perlahan-lahan dan usap lembut untuk menenangkan
- Rakam suara ibu, ayah dan ahli keluarga
- Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap
++ Ibu bapa perlu banyak Mengingati Allah
++ Banyak melakukan Ibadat
++ Banyak membaca Al-Quran
2. Tahap Penting dalam Meningkatkan Kualiti Daya Fikir dan Otak
Manusia harus sedar bahawa kehidupan yang baik lahir daripada dalaman yang baik (tenang dan tidak stres). Sekiranya kita berada dalam keadaan yang stres, segala urusan kehidupan sukar dilakukan. Apabila kita tenang, tawadhu', sabar, berniat baik, suci hati, mulia, besar hati, mudah rasa senang, tawakal otak, kita akan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil 'endorphis'. Bahan ini memudahkan sistem otak-saraf kita berfungsi.
Sebaliknya apabila kita stres, kita akan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil 'adrenaline' dan 'cortisone'. Kesan negatif akibat penghasilan bahan kimia ini ialah :
a. Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yagn keras, kuat atau marah.
b. Tubuh badan, sel dan tisu mudah rosak
c. Kita mudah letih
d. Keuzuran lambat dipulih
e. Susah faham, cepat lupa dan hilang tumpuan
f. Kebiasaan untuk cepat marah, benci, dengki, rasa jahat dan emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus
g. Mendapatkan tabii ketenangan atau aman bertambah rumit
h. Kita mudah rasa gagal, putus asa dan 'give up'
bersambung...
No comments:
Post a Comment