Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

MENGENAL LELAKI MELALUI ORGAN TUBUHNYA


Mengenal lelaki hasil melihat pada organ tubuhnya ada dicatat di dalam kitab “Tajul Muluk”.

1. Kulit

Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai.
Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya.
Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah.Selain warna itu, melambangkan kelakuannya baik.

2. Rambut

Jika rambut kasar dan keras : berani dan otaknya sihat
Hitam : Berakal dan pertimbangannya sempurna
Kerinting : Tidak dapat dipercayai
Hitam berkilat : Berakal
Kerinting lembut : Pintar
Kerinting dan merah : Tamak dan Jahat
Kekuningan : Pemalas dan Pemarah

3. Kepala

Saiz besar : Tetap pendirian dan berakal
Sederhana : Berpengetahuan
Kecil : Suka menurut nafsu dan kurang akalnya

4. Dahi

Luas : Bijak dan sempurna akalnya
Luas dan berkerut : Pengasih dan Berani
Kecil : Kurang akal
Banyak Kerut antara kening : Pemarah

5. Mata

Jarang dikerdipkan : Bijaksana
Besar tersembul : Tamak dan tidak dapat dipercayai
Merah : Berani tetapi kurang akal
Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya : Dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur.
Mata yang kerap dikerdipkan : Pemaaf
Mata kecil : kurang sempurna pertimbangan
Mata biru keputihan : suka membuat jahat
Mata kekuningan keputihan : jahat dan suka menipu

6. Hidung

Sederhana : Berakal
Sgt mancung & Panjang : kurang akalnya
Hidung yg besar : suka mengikut hawa nafsu
Batang hidung yang nipis : suka Berkelahi
Lubang hidung yang luas : dengki
Hidung tebal ditengahnya : Pendusta


7. Mulut

Kecil : Bijaksana
Luas : Berani
Sederhana : Sempurna akal


8. Bibir

Tebal : Kurang akal
Nipis : Suka Menghasut
Merah : Sihat
Merah Keputihan : Berakal dan mudah faham
Pucat : Putus asa dan berpenyakit
Hijau seperti lintah : Banyak makan makanan yang haram


9. Gigi

Panjang dan besar2 : Pendusta
Sederhana : Berakal
Besar dan jarang : Tidak dapat menyimpan rahsia
Rapat : Jujur

10. Dagu

Luas : Takbur
Tirus : Kurang akal dan jahat
Sederhana : Sempurna kelakuannya

11. Suara

Nyaring : Berani
Perlahan : Pendusta dan bebal
Tidak tetap suaranya : Bodoh
Suara yang merdu : Jujur tetapi kurang bijak

12. Telinga

Besar : Berakal tetapi lekas marah
Kecil : Kurang akal
Cuping telinga yg melekat : Kejam
Cuping telinga yg lembut dan panjang : Penyamun

13. Bahu

Besar : Kurang akal tetapi berani
Singkat : Suka melakukan pekerjaan jahat


14. Belakang

Lebar : Keras hati, takbur dan pemarah
Bongkok : Gigih dan bijaksana
Tebal : Bijaksana

15. Muka

Bujur : Baik
Sangat bujur : Jahat
Bundar : Perangai baik
Sederhana : Pemalu

16. Leher

Sangat Pendek : Jahat
Panjang dan lurus : Bebal dan berpenyakit
Besar : Suka berolok-olok tetapi Berani
Urat leher yang timbul : Pemarah

17. Dada

Sederhana : Berakal
Ditumbuhi bulu : Kurang berakal

18. Lidah

Panjang : Fasih bertutur
Pendek : Suka berbicara dan tidak pandai berpidato

19. Lengan

Panjang hingga ke lutut : Pemarah, Berani, Berjaya dalam kerjanya tetapi
takbur dan suka meninggi diri
Pendek : Tidak sihat



20. Jari

Berjari panjang : Kuat
Berjari pendek : Bebal
Berjari sederhana : Tidak sempurna akal tetapi budiman

21. Tapak Tangan

Berjari panjang : Berani dan berakal
Lembut : Mudah memahami
Nipis : Kurang akal

22. Perut

Besar : Tidak malu dan berpenyakit
Sederhana : Bijak dan sihat

23 Pinggang

Lembut : Berani
Tiada daging : Keras hati dan takbur

24. Betis

Sederhana : Sihat
Sangat kecil : Kurang akal dan bebal

25. Kaki

Sederhana : Sempurna akal
Kecil : Fasik
Besar : Bodoh

26. Tumit

Besar : Sihat
Sederhana : Suka berbuat kebajikan
Kecil : Kurang sihat


27. Langkah

Panjang dan teratur : Sempurna pekerjaannya
Pendek dan kurang tetap : Tanda kurang berakal


Ini hanyalah pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan yang mana belum tentu benar untuk hari ini.



Sumber buku : Hikmah Kejadian Lelaki


Penulis : Khairul Ghazali





Photobucket

Thursday, December 6, 2012

Belajar oh Belajar

Hari-hari kita belajar.Belajar mencari Ilmu. Belajar mencari Rezeki. Belajar mencari Jodoh. Belajar mencari Duit. Belajar mencari sahabat. Belajar mencari Pasal. Macam-macam bukan.

Tapi. Tahukah anda belajar adalah satu proses sepanjang hayat yang kita sedar atau pun tidak.
Ada orang kata, belajar perlu pergi ke sekolah. Ada pula yang kata belajar perlu berguru walaupun tidak ke sekolah. Ada pula yang sibuk dok mengata, belajar tinggi-tinggi pun belum tentu menjamin kejayaan hidup. What.....the...all of this thing.. Belajar adalah proses kita mendapatkan sesuatu secara formal atau pun tidak. Sedar ataupun tidak. Manfaat ataupun tidak. Guna ataupun tidak.

Merujuk kamus dewan, (wah gitu kan.macam nak buat proposal kajian tindakan pulak dah)..ok ok ok.. Ini adalah penulisan memberi kata semangat untuk memulakan proposal kajian tindakan tetapi dimulakan dengan berblogging di pagi hari..

Sebelum kita pergi ke definisi belajar kita rujuk dulu definisi malas...iye..MALAS..ada kaitan ke? let's me clarify what the meaning of MALAS dalam konteks Kamus Dewan, Malas : tidak mahu berbuat sesuatu, segan, tak suka, tak bernafsu. Malas belajar bererti tidak mahu, enggan, tak suka, tak bernafsu untuk belajar. Oh adakah sekarang dalam mood MALAS. Mcm ada sikit..hehe..



















Menarik untuk dikongsikan di sini adalah kata-kata berbunyi ,

"Menjadi tua itu pasti, menjadi dewasa itu suatu pilihan"


Tersirat je bunyinya kan. Mudah kata lah, sekiranya dipanjangkan usia (jangan dilupakan konteks agama ye), kita hidup semakin tua. ok paham. Tetapi apakah yang membuatkan kita menjadi DEWASA. yeahhhh.. Itulah jawapannya walaupun kalian tak sebut lagi.. satuperkataan.tujuhhuruf.satumakna. B.E.L.A.J.A.R. Apabila anda belajar dari pelbagai aspek kehidupan, proses itulah yang mematangkan anda dan menjadikan anda semakin dewasa.

Namun begitu, cuba kita renung-renungkan. Apakah tujuan UTAMA kita BELAJAR?
  • Menjadi manusia terhebat/ terpandai ?
  • Ingin puji-pujian.
  • Mudah mendapat pekerjaan yang baik.
  • Menjamin masa depan yang cerah.
  • Tidak mudah ditipu daya oleh makhluk2 Tuhan.
  • Memperbaiki amalan kita daripada tidak baik kepada semakin baik (istiqomah itu penting)
  • Menjadikan kita berada di satu tahap/ berjawatan.
Apapun tujuan kita, satu sahaja tetapkan di hati, ianya mesti kerana ALLAH swt. Jangan dipisahkan kalimah pencipta dan kebesaranNYA dari dalam diri kita. Moga-moga setiap yang kita lakukan mendapat Barakah. Oh ya, seperti kata-kata Ustaz Hussin (Cikgu Psikologi) saya, tujuan manusia HIDUP ada dua iaitu menjadi HAMBA dan KHALIFAH. Tu dia....terang lagi bersuluh. Kalau kita pegang kepada tujuan kita hidup ini, nescaya mudah sahaja pandangan kita terhadap tujuan kita belajar.

Namun begitu, ada di kalangan kita yang sukar untuk belajar. Bukan Bodoh. Tetapi kita boleh lihat daripada pelbagai aspek. Contohnya :

1. Aspek Fisiologi
  • Kesihatan Tubuh badan
  • Tempat Tinggal
  • Kemudahan Pembelajaran
  • Persekitaran Pembelajaran
  • Pekerjaan
  • Kemiskinan
2. Aspek Sosiologi
  • Rakan Sebaya
  • Moral
  • Pengaruh Media
  • Keganasan di sekolah
  • Budaya Belajar
  • Ibu Bapa
  • Gejala Sosial
3. Aspek Psikologi
  • Tekanan Keluarga
  • Ekonomi

Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut point-point di atas. Ianya boleh dijadikan bahan rujukan sekiranya mendatangkan manfaat. Sumber Ilmiah diperolehi daripada buku bertajuk,

"Pengaruh Persekitaran Terhadap Gejala Pelajar Kurang Minat Belajar"
Penulis : Baharom Mohamad
Jabatan Pendidikan Ikhtisas FPTV, UTHM

Gambar Sebenar dengan Gaya Lakonan :)
Photobucket

Saturday, July 10, 2010

jenama susu yg tidak halal.

tadi dikejutkan oleh panggilan oleh makcik yang bertanyakan susu tidak halal.
search punya search dpat artikel ni.sape tau leh kongsi sama kebenarannya.thanks.

Sekarang ni dah macam-macam produk ada kat pasaran dan ada antaranya kita tak tahu samada produk tu betul-betul halal atau sebaliknya. Malah lebih teruk lagi ada yang cuba mengelirukan kita sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam dengan meletakkan tanda halal walhal status halal produk tersebut adalah sebaliknya.

Ok, kat sini kami kongsikan kepada anda dengan emel yang kami terima mengenai status 1 produk yang dikatakan haram iaitu susu bayi keluaran Abbott Laboratories. Namun kesahihannya tidak pula diketahui. Tapi sebagai umat Islam, ada baiknya perkara syubhah seperti ini dijauhkan. Sila baca kandungan emel kat bawah ni.

- – -

Peringatan:

Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah.. Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu *SIMILAC*.

Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok

Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam Malaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.

Susu ini pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya.

Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

Inform kawan2 ok!..

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails