Showing posts with label hari berbahagia. Show all posts
Showing posts with label hari berbahagia. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

cuti cuti 1 malaysia


Cuti? Dah masuk hari ketiga dude..
Seronok? ofkos lar..
esemen  ? oh no..dok asyik bukak katup..bukak katup folder je..buatnya adalah bape kerat aje..
tak pe..tak pe..
azam mesti kuat..usaha insyallah akan menyusul (penuh pengharapan dan dengan yakinnya) je kan.
anak tido.ibu yang rasa tergugat (haha..sound like ancaman yang terlalu kuat bukan)..
anak tido.ibu tido.
anak bangun.ibu dok tido lagi...zzzzzzzzz
tune sudah lari lar..kat parit raja bolehlah bermahaRAJAlela tido sokmo..
inilah al-kisah kakitidodotcomnoktah

hati tak sabar sebenarnya nak balik menjenguk anak kesayangan yang jauh di pandangan.
luaran nampak cam strong tetapi jiwa kacauku selalu mengganggu akal dan mindaku..
i really really really really...sungguh-sungguh miss u baby izz zara insyirah.
inilah pengorbananku..aku..aku..suami..suami..ahmad darwisy syifa'.
sori sayang memisahkan kalian untuk jangka waktu yang sedikit ini.
oh ya.
macam tak lambat je kan.

Selamat Hari Raya Qurban.

Raya? xada ape yang menarik nak diceriterakan.tak kemana-manapun.
cuma.
seronok sbb darwisy dah banyak akal segala.
dia pergi tengok lembu..hehehe..keseronokan terpancar..
Boleh tak nak isytiharkan tahun ini tahun bermalas-malasan.oh no.
Tuhan tidak suka akan hambanya yang pemalas.bangkit segera.


iye.saya tahu.tp semangatku jauh..jauh..jauh..dan jauh.
lihat sahaja penglibatan penulisan blog saya yang agak naif ini..
dalam jiwa sibuk nak mengarang.
bila dah ada depan blogspotdotcom langsung tak menyinggah pun.
lalu gitu je.alih-alih facebookdotcom jugak yang dihadapnya 24 jam.

Tapikan, sem 2 ni best la.subjek2 menarik walaupun nampak cam killer.
tp aku suka.aku suka..paling aku suka kelas Ustaz Hussin (Psikologi)
banyak yang dipelajari.paling best, lain daripada yang lain.
Ustaz mesti bagi doa..macam2 doa gitu.alhamdulillah..ingat!!!don't be SE..
apakah SE itu?hehehe (Super Ego)..tapikan super ego ada yang baik.
Cuma kalo tidak dikawal dengan baik ianya akan jadi negatif gtu.




Kelas Prof Madya Wan Azlinda pun aku suka..i loikeeeeeeeeee very much how she deliver the knowledge..dari kaca mata aku dia seorang ibu yang berdedikasi...smart..menghormati pandangan orang lain..
Pn Marlina??wow...she is the one of lecturer yang sangat bertolak ansur..but...she is the straight person..kelasnya santai..tp tu lah..cam aku katakana tadi, dia sangat tegas orangnya...baik hati di luarnya...
How about En Azani??ini lecturer aku masa sem lepas..baik orangnya..juga mudah dibawa berbincang..bertolak ansur..tp jangan pandang ringan tugasan yang diberikan...hehe..eh lupa, beliau adalah penggemar soya..iye air soya..izzar lah slalu membodeknya..
Killer subject aku rasa macro teaching lah...adoi, serabut perut dibuatnya..dup dap dup dap....masa nak cabut undi tu cam nak tercabut usus perut aku...bukan ape..takut dapat orang yang terawal..apatah lagi no 1..uh..nasib...tp tu lah, jauh sgt la plak..orang ke 33 daripada tigapuluhempat..oh mak ai..ni lagi buat aku bermalas-malasan nak buat koroje..oh damn..berlegar-legar set induksi apa yang nak buat...aktiviti apa yang buat..walaweeeeeeeeeeeeeiiii...30 minit macam 30 jam lak aku rasa...
Sosiologi dan Masyarakat..subjek yang diajar oleh En Zaid aka warden Taman Melewar...kelasnya agak santai...kami group pertama uoalllls present..berdebar cam tak penah present..tp layankan aje.. projek masyarakat yang kami buat adalah pergi ke mukim peserai...kg Tuan Haji Hasan..u know what..kami dibahagikan kepada family angkat...tp masa perbincangan itu, aku tidak datang kelas.. tetiba pagi tu rasa tak sedap badan..menggigil dalam kelas En Azani..aku siap baring bawah meja dalam makmal lagi..menahan kesejukan..sampai tahap tak tahan...abis je kelas tu, gegas aku balik.. berselimut bagai..konon2 taknak makan ubat..yes say no to medicine..but..................jam menunjukkan pukul 1, masih tidak kebah...arghhhhhhhhhhhhhhh...kutelan jugak lak panadol..pas 30 minit gtu..baru rasa berpeluh..keesokkannya mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan yang suka suki untuk melihat aku pregnant lagi..iye saya tahu itu rezeki..saya juga tidak menolaknya..(tetibe bertukar menjadi saya..hahhaa)...apapun...Allah swt yang menentukan..the save answer...selamat...lor, nape tetiba cite ni kuar...bukan tadi dah sampai peserai ke?...
Tak apalah...nanti kita cite lain ye pasal khidmat masyarakat peserai..banyak pic2 yang menarik.. 



Photobucket

Saturday, November 3, 2012

today is sabtu..

ye arini sabtu.walaupun jam paparan lappy aku menunjukkan tarikh ari jumaat. 2.11.2012...
kiranya lappy ikut tuan la yang tak berapa nak betul ni kan..ting tong sesaje..
yeebaaaaaaaa..yeebbbbba...gembiranya dalam hati (sila ikut irama lagu P.Ramlee-Madu Tiga)..oh no no no..i tak rela dimadukan ya..mode : tetiba.. :)

hati..semangat..ingatan..berkobar-kobar nak buat asgmnt terhabis baik..
tp tatkala melihat ada wireless free lak kan..tiba-tiba segala yang terhabis baik, dibiarkan berlalu begitu sahaja...semangat berblogging lagi berkobar u olllsss....esemen tu kita buat time tak de tenet la kan..
kurang sikit gangguan alam...(oppps, jgn disalahkan makhluk yang bukan hidup)...ingat, setiap baik buruk datang daripada diri kita...jgn lupa merefleks dan muhasabah diri k...(tetiba kajian tindakan) dipelajari terkesan dalam diri...yeah..refleks diri...keyword untuk hari ini... diulang...refleks diri...

si anak kecik, my syifa sedang sibuk bermain lego..yeszaaaaaaaaa...semangat ibu berblogging semakin meninggi...biarkan anak dengan dunia kekreativitiannya(istilah x betul ni)...cikgu oh cikgu..
kualiti gambar yang tidak memuaskan tp cukup sekadar untuk moment yang terbaik..



apa nak diceritakan..erm...
berfikir sejenak..dua jenak..tiga jenak..
.
.
.
.
.
.
cam tak dapat pikir je...hehehe..
jom layan pic2 my little caliphs nak?tak nak?whateva..







Disebabkan ini tahun Izz Zara Insyirah dilahirkan..semua adalah gambar beliau...namun jangan dilupakan si abang yang semakin banyak akal..letak sikit je..(eh, anak jgn kecik ati ye..nanti ibu design terbaik punya)

Photobucket

Sunday, December 18, 2011

need some rest........give me alone..

need some rest........give me alone..


aku tak nak stori perasaan yang berlaku sepanjang hari ini..
air mata menjadi teman selain anak kecil di sisi..
apa yang aku rasa bercampur baur..


nyata kesedihan hilang bila masih mampu melihat anak ketawa riang ria.
awesome...so cute dear...anugerah Ilahi tiada tandingannya..



pelbagai musibah melanda yang menuntut muhasabah yang tinggi.
penat.letih.capek.lelah.
semua ada.hanya DIA yang mengetahui segala kesusahan dan kesakitan ini.
full stop....

Tuesday, December 13, 2011

semakin membesar..

wah apakah yg semakin membesar tu..usia? dah tentuanak? dah tentu, tapi mungkin hanya pada usia juga. bukan pada fizikalnya.. :)masalah? boleh jadi, tapi perlu sentiasa berfikiran +ve.tindakan pasti +ve..duit? ahaks..tersedak aku.adakah duit semakin membesar beranak pinak..moga diberi kelapangan..keluarga? uish...adakah bilangan keluarga sudah bertambah? belum..belum lagi..updates sehingga tarikh hari ini..hehehehe...ragam anak? iye betul tu.semakin..semakin dan semakin..

full stop.........


meh nak cite ragam anak yang semakin meragam...


*******************************************************************************************


**dia semakin pandai berkata-kata


antara kata-kata yang telah bisa dituturkan..


- amik..yah (stand 4 ayah)..bird..no no no..keta =kereta..ball..pin pin=upin dan ipin..bo bo bo = boboi boy..ya Allah(tp pelat sikit)..baby..baby.walaupun panggil kucing..



**dia semakin pandai beraksi


- paling membuat jantung gugup dan adrenalin berada di tahap putaran kencang..tatkala anak bergayut dalam kereta...kira budget buat aksi gymnastik artistik la ni...tup tup..dia lonjakkan badannya laju melipat (gambaran seperti orang sedang lipatkan badan melakukan aksi di air terjun)..dapat bayang tak?...meh nak cari pic sekejap..



- turun naik katil..turun naik kerusi..tp pada tahap rendah la..sbb dia pun rendah kan..hehehe


- nampak je ibunya pakai tudung..dia dah siap pegang kaki..kadang2 terus sibuk kat pagar..tandanya nak ikut..hahahha...walaupun ibunya bergaya bibik nak g sidai kain pun..rasa dah abis lawa la tu..


- kalo bab panjat-memanjat..mmg hobinya..huhu..atas orang tido pun dia suka panjat..sambil meloncat2..adoi..sakitla..


- menghantukkan kepala..pastu dok gosok2 kepala konon2 bg reaksi sakit la tu..padahal kita yg sakit..huhu


- menari2..tp musykil sbb gaya cam nak men netball..kaki pacak satu..pastu wat pusingan..


- bila main kejar2..konon dia kejar orang la..pastu yg kelakarnya dia leh potong orang tu jadi cam men lumba lari lak..konpius kat situ..



**dia sudah pandai melaksanakan beberapa arahan mudah


- sebut sahaja salam, dia terus menghulurkan tangannya..tp cuba sebut "amin"..dia buat dek je..hehehe


- apabila kita bukakan baju dan seluar..dan katalah "letak"..dengan pantas dia akan masuk bilik dan letakkan baju dan seluarnya dalam bakul baju kotor.. :)


- jom mandi...dengan laju akan terus melangkah ke bilik air..tp kena je air, terus peluk kaki..tanda kesejukkan..hahahhaha


- kasut mana kasut? terus dia akan bergegas ke rak kasut dan mengambil kasutnya..dengan arahan "duduk"..akan duduk sambil menghulurkan kakinya..dan yg ini tanpa disuruh..terus ke pagar..kadang2 menggoncangkan pagar tanda protes untuk bukak pintu dengan pantas..kaki jalan..hahaha..



**dia sudah pandai minum susu tapi..bercampur dengan horlick..


- kalo susu semata, alamatla..



*******************************************************************************************


anak oh anak..ragam oh ragam..miss u alwiz..

Monday, October 24, 2011

hepi anniversary ke-8

saya nak tulis jugak.walaupun mata seakan layu minta ditongkatkan sebatang pencungkil gigi. namun dengan rasa gigih dan menghargai tarikh ari ini.akanku gagahi jua.


tau tidak.tidak bukan.

hari ini, bersamaan 24.10.xx merupakan tahun ke-delapan saya mengenali kekasih hati saya merangkap encek suami yang kadangkala tidak setia pada saya.ahaks...opppppppppppsss..

tp saya tau dia amat sayang pada saya dan keluarga.


sebesar-besar rahmat atas kurniaan insan diberi nama "Ahmad Bazli bin Ali" ke atas diriku ini. walaupun ku tahu, dia tidak sempurna dan aku juga begitu.

terima kasih sehingga saat ini.



Inilah jejaka dimaksudkan. Luv u so much.


Individu yang sangat kusayangi. Tara..my ibunda...

Semoga Allah s.w.t memberikan kesihatan yang baik...

kehidupan yang baik di sana nanti..

-Emak Jamilah-


my 2nd ibunda.sangatlah sporting and pandai memasak seperti 1st ibunda saya.

senang berbicara.dan diajak berbincang.

semoga Allah s.w.t memberikan ketabahan yang tinggi dan kebahagian dunia akhirat.

-Emak Radhiah-


our zuriat.

lovely lovely...so lovely..

Terima Kasih atas anugerah tidak terhingga ini.

Seorang bayi yang comel.bijak.menghiburkan.byk mulut.byk ragam pun ya.

si Ahmad Darwisy Syifa'

1 Hepi Famili..sampai keakhirnya.Amin.


Wif adam my kesayangan juga.tp tak mau dengar ckp.geram.

Peneman setia Ahmad Darwisy Syifa'.

Juga si mangsa buli anakku.hehe.


My kesayangan...

-Hargailah Keluarga selagi masih bernyawa-

Photobucket

Sunday, July 10, 2011

majlis persandingan shida & zaki




malam sebelum persandingan berlangsung.

berposing-posing atas pelamin anganku cantik.

sungguh cantik pelamin ini. (nada sepah)..hahaha

aku ngan hajar.berposing aje kojenya.

macam biasalah.akunya posing mengalahkan pengantin yang kayu itu. hahaha..i loike.

wif erni.kawan sekampung.eh silap.setaman.

cantikkan mereka.merpati dua sejoli.tp tak clear plak.
kecantikan tidak terserlah.kualiti gambar tidak menarik.
kalo ada yg cun-cun.akan diupdate later.
tu pun kalo punya waktu yg banyak.

Photobucket

majlis pernikahan shida & zaki




masjid ini menjadi saksinya.amin.


selamat sudah menjadi suami isteri.moga kalian menjalani kehidupan berumahtangga dengan baik.


my small famili.abah, faiz, firdaus a.k.a mamat, adam n khairul(anak jiran)


upin dan ipin :)


wif nurya.kazen darwisy syifa'


we all the sedara mara


aku yang gorges.

darwisy yg kecik molek.


wif lid n hajar.thanks bebanyak.


aku n pengantin yang dulu baru.

sekarang dah lama lapuk dek hujan.hahahaha.


cik jah wif anak-anak daranya.

sapa mau.eh, maaf ini tak jual ek.

hehe

Photobucket

Tuesday, July 5, 2011

kaler tidak matching..

dah baca tajuk belum..ok, sudah?
tu dia zaman skrang punya trend.
kadang2 terlalu ikut trend pun, kepala jadi pusing.
baju kaler oren, suar kaler biru.
baju kaler hijo, suar kaler ungu.
pelik jelik itu kamu.aku juga sometime.
macam nak termuntah tgk matching2 yg ntahpahapentah.


tapi jgn cepat melatah dude.kalo kene dengan matchingnya.
bisa jatuh cinta.jatuh tangga.jatuh hati.jatuh ke bawah.
walaweh dah nama pun jatuh.mestilah ke bawah bukan.
bahasa menunjukkan bangsa.idea menunjukkan kepandaian.
jgn mensasarkan point yg ada sehingga orang tidak dapat membacanya.
apatah lagi mengagak.hanya burung gagak aje yg paham..!%#!@%#@%#


korang perasan tak.skrang macam2 tudung yg telah distailkan.
tudung telah mengalami arus pembangunan insan yang sering gemar kelainan dalam berfesyen.ada yang menarik hati.kreatif betul rakan-rakan kita.
aik.berbalik pada hati ni.bertudung kerana iman atau fesyen? jangan terlalu berfesyen sehingga yang patut tutup tidak ditutup.yang patut terbuka..(eh, ada ke?..)ada tapi area pembukaan kawasan tidak luas dan terhad ya dude.jgn berangan nak tayang mem'blind pig' ya.nanti dipandang jelik.terusik hati untuk menyampaikan ke lidah.uish, bergosip di sana sini.bukan saya ek.orang len.eh, bukan orang len juga.hahaha..


sape mau jadi model?angkat tangan pls?tak payah dua-dua tangan.satu sudey.
ada cukup pakej?tak perlu bertubuh langsing.tak perlu berdahi licin.tp janganla pipi berjerawat batu yang perlu diservice dengan kertas pasir gred A.owh.adakah saya memenuhi kriteria-kriteria di atas.maaf, saya tidak mau bergelar model.apatah lagi bergelumang dalam dunia glamourous.sbb saya tidak ada pakej2 di atas.haha..


bukan ape,dok usha2 blog seronok juga tgk kawan2 kita ni berposing ala-ala superstar.
tetapi adakah mereka benar2 selebriti atau somebody yang saya tak kenal.

tidak mengapa.biarkan mereka gembira melalui hari-hari mereka sebagai superstar.

masih tiada gambar2 yang bisa ku tepekkan di sini.
harap maklum.perkhidmatan jalur lebar sangatlah terhad.
sekian terima kasih



Tuesday, January 18, 2011

emi & adib wed's part 2

sudah kubilang begini jadinya.ahaks.
silap2 ada lak versi emi & adib the series..hahaha..
maklum ar waktu senggang bukan slalu nak free.
bz mengalahkan orang berkerjaya.hello.full housewife juga adalah org berkerjaya ok.

so.tong.haha.
pagi2 si suami celik mata berkata,"kita makan roti canai ari ni".ok saje la si isteri.
best2.siap2 si cilik darwisy.anak ayah pegi dulu.
owh......break time k..

sambungan.
poyo je.padahal post ditulis setelah breakfast.
bagi gimik sikit.baru mengancam keselamatan dan sosial hidup pagi2 ni.

owh,ibu memberi si anak susu penuh keberkatan.ewah.
anak pun mata terkedip2 sayu je.dlm hati si ibu.hoorayyyyy..
blogging time.angkat penuh kasih sayang.

NAMUN.

anakku tidak jua tido.hahaha.kubiarkan sebentar.
sbb tu la leh tulis cite ni hah.ok, sound sudah mau berbunyi.
kasi layan darwisy kejap ek.picha2 akan di upload later.

daa..

hi.kembali semula.anak di pangkuan ibu.
adakah si cilik bakal mewarisi sifat2 berblog si ibu?? :)


kasi gegar.maklumla kamera cap ayam versi murah.
kak wati wif danish.
seangkatan wif darwisy.
ibu darwisy yg vogue sambil pemakaian tidak mengikut acara.
owh.

anak dara mana ni.still slim river.
ayu belaka.

Monday, January 17, 2011

emi & adib wed's part 1

eh, bukan ke dah ada entry pasal wed ni pagi td.
tu yg tak official la.haha..kiranya stori untuk pra weds.
amboi.memandai-mandai je.bukannya nak citepun.
saje nak tepek pic.nanti ada ar cite kat bawah pic tu kan.
tp kenapa tajuk entry tu part 1.rajin bebenor ke nak update untuk part 2.
atau terlalu byk stori ke sampai nak wat part2 ni.
jawapannya.untuk orang2 yg malas mcm saya ni.begitula keadaannya.
kadang2 mood mendesign datang, rajinla.
kalo tak pun, anak tiba2 menjeritkan suaranya yang merdu.
mahu meminta sesuap nasi.ewah.mana lak nasi.susu la ibu, darwisy tiba2 berkata.

MALAM BERINAI

emi dan shahida yang still maintain slim walaupun sudah punya anak 3.wah gitu.vogue kan

gaya rutin dari kakak a.k.a erni

effa kegedikan.hahaha.

mereka lg.

adorable.

alamak!!!
kan dah cakap, bukan nak ada2 kan cite.tp mmg itu rutinnya.
si cilik darwisy dah wake up.
tak sempat ibu nak upload pic ibu yg vogue lagi vast.ahaks..



Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails