Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

isu semasa dari semasa ke semasa

wah..dah macam pembaca berita dunia jam 10 yang rasa nak maki2 je bila siaran ceritera menarik terpaksa di sambung.1 jam tu.lama siot.tapi itu dulu.eh, sekarang ada lagi ke.hahaha..maklum ar jarang tgk tv rtm ni.bukan eksyen nak kata ada astro.telinga capang cam piring astro pun tiada bayang langsung.amboi, senang ko dah ada astro ek.tumpang tumpang..umah orang la kalo nak tengok astro.hahaha..maklumla nama dok bandar tp siaran semut mengalahkan dok pedalaman benua afrika.jauh dah melalut.ahaks.

aku pasti.sure.confirm.korang pun tau news ini.tidak bermaksud aku lambat nak buat entry kerana baru tahu.tp terdetik ingin menyuarakan jugak pendapat aku berkenaan tragedi yang menarik hati aku.dari sehari ke sehari.semasa ke semasa nak karang.tp karangan tak berapa nak menjadi.mood di seru-seru, juga tidak sampai.alih-alih pandang saje belog tanpa rasa bernafsu.

ada dengar cerita pasal kanak-kanal berusia 2 tahun dilanggar tanpa dipedulikan oleh sekurang-kurangnya 18 orang lalu lalang yang sekadar jadi lalang. ala yang berlaku di negara China tu.hah.ada bukan.tp ada tengok tidak videonya.cubala try test tengok cam ner.pasti hati meruntun, sebak tidak tertahan.emosi menjadi berlebih-lebihan tatkala melihat video tersebut.sekadar baca melalui surat kabar, mungkin perasaan sedih dan geram tu tidak diadun menjadi sebati.tp bile tgk videonya..aduhai, syahdunya..zaaaaaaaaaaaaaaaassssss...tiba-tiba terbayangkan, kalaulah itu anak aku... Ya Allah mohon sangatlah dijauhkan.sedih bukan.

seperti biasa orang akan kata, binatang pun tahu sayang anak.
inikan pula manusia.tp ini manusia berjiwa binatang ka?manusia bertopengkan binatang ke?
jawabla sendiri.sudah.habis cerita di situ.saya melaporkan dari tempat keje.bukan di tempat kejadian harap maklum.

ok.kaitannya dengan realiti yang berlaku di Malaysia.
see.
korang pasti setuju dengan aku.
fakta di Malaysia yang kadangkala kita pikir mesti auta yang ditambah dengan bahan perasa penyedap cerita.
hah amik ko.

di Malaysia :
buang bayi sudah
bunuh bayi sudah
liwat bayi sudah
tikam bayi sudah
campak bayi sudah
flush bayi sudah
gugur bayi sudah
tanam hidup-hidup bayi sudah
cuma yang belumnya, seperti kejadian di China je belum.
wahai insan yang diberi akal fikiran yang sempurna, gamak sungguh kalian lakukan perkara begini ke atas insan cilik yang dikandung waima cukup bulan ataupun tidak. tp yang pasti kebanyakkan berlaku pada hubungan tidak sah.

dan..kadangkala bila pikir balik pada fikiran waras kita, tak mungkin ada orang buat begitu.
sedar atau tidak.mereka yang terlibat di dalam gejala kurang sihat ini, mungkin mengalami satu tekanan perasaan dan emosi yang amat mendalam.dats y, mereka melakukan sesuatu di luar jangkauan.

bukan untuk menyokong gejala negatif lagi dilarang oleh agama.tetapi, nasihat yang mungkin relevannya.yang berlaku biarkan berlaku.dah mengandung apa kita nak buat.kelalaian sendiri.keseronokan sendiri.jadi.bertanggungjawablah.janganlah menjadi penyumbang kepada jenayah pembunuhan pula.ambil iktibar atas apa yang berlaku pada diri.jumpa dengan orang agama.minta diberi petunjuk dan didikan agama yang betul.supaya tidak terpesong ke jalan hitam itu lagi.jagalah anak cilik itu, walau apa jua statusnya.yang salah KAMU.KAMU.KAMU.tetapi bukan ANAK KECIL ITU.

janganlah terlalu mengambil jalan singkat. ianya tidak menyelesaikan masalah.malah menambah masalah lagi ada.dosa pun tambah.

ada terpikir?renung-renungkan.selamat beramal.


Photobucket

Wednesday, July 14, 2010

Apabila Hati Orang Lain Disakiti..

Seorang wartawan begitu gembira kerana tulisannya tersiar di dada akhbar utama. Ulasannya mengenai sebuah majlis besar disifatkan sebagai tulisan yag paling lengkap, menyeluruh dan menyentuh perasaan.

Pagi itu, dia melihat ayahnya sedang menatap akhbar tersebut.

“Ayah dah baca tulisan saya?” tanyanya dengan riang.

“Sudah,” jawab ayahnya.

“Saya mengambil masa yang lama untuk membuat pemerhatian yang tajam. Segala sudut saya lihat dan fikirkan. Daripada pencahayaan sistem lampu, audio visual hinggalah kepada pakaian pengacara dan menu hidangan utama,” ujar wartawan itu dengan bangga. Dia sangat puas hati kerana kerja kerasnya berbaloi.

Ayah diam sahaja. Selalunya si ayah banyak member kata-kata dorongan kepadanya.

“Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yang baik?” katanya secara bergurau.

Ayahnya tetap diam.

Melihat itu, dia tidak puas hati. Tentu ada sesuatu. “Ayah kritiklah tulisan saya!” desaknya.

“Satu sahaja kritikan daripada ayah…”akhirnya ayahnya bersuara.

“Apa itu ayah?”

“Satu tulisan yang baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!”.

Si wartawan itu terdiam. Di dalam hatinya dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yang terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa sedar, dia telah menyakiti hati ramai orang.

“Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yang baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dalam proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai orang!”.

Wartawan itu terdiam. Diam yang panjang. Kali ini kritik ayahnya lain daripada yang lain. Pendek tetapi sangat mendidik!

Pengajaran : Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yang paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yang diselamatkan Muslim lain dengan kata-kata dan perbuatannya.

Friday, July 9, 2010

Cinta si Gagak dan Mawar Putih...

Ini kisah dongeng. Kisah cinta antara dua darjat. kisah dimana hati dan perasaan tidak dapat menipu, walau mungkin disedari ia tidak akan menjadi kenyataan, atau mungkin saja perlu ada pengorbanan yang harus dilakukan.... Tersebutlah kisah, kononnya... ada seekor gagak yang sangat mencintai sekuntum mawar putih. Pada suatu hari, setelah sekian lama memendam, gagak melahirkan rasa kasih dan sayang nya pada mawar putih itu..bermulalah dialog antara mereka.

Gagak : Sudi tak Cik Mawar terima saya menjadi pasangan??

Mawar : I’m sorry... Cermin lah diri kau sikit..

Gagak : Saya betul2 sayangkan Cik Mawar.. Saya akan jaga Cik Mawar.

Mawar : Kau sedar tak yang kau tak layak langsung dengan aku...

Gagak : Tapi saya ikhlas...

Mawar : Dah la hitam, kurus... Boleh ke kau nak jaga dan sayang aku..

Gagak : Tolong lah terima saya...

Mawar : Baiklah, aku akan terima kau dengan satu syarat...

Gagak : Baiklah, apa syaratnya...

Mawar : Aku akan terima kalau kau dapat ubah warnaku “kecantikanku”...

Gagak pun rasa sangat sedih dan kecewa... Tapi masih belum berputus asa...

Keesokan harinya gagak bertemu mawar lagi... Gagak terbang di atas mawar putih itu, lalu gagak menghiris2 kulitnya dengan pisau... Mengalir lah darah gagak di atas mawar putih itu... Mawar putih berubah menjadi merah.. Mawar putih sangat terkejut dengan pengorbanan sang gagak. Tetapi malangnya sang gagak sudah tiada lagi di dunia ini... Mawar menangis dan menangis kerana baru tersedar tentang kesungguhan gagak, malangnya ia telah hilang pasangan yang betul2 menyayangi nya dan barulah dia sedar dirinya yang cantik takkan kekal cantik,sampai satu saat dia sendiri akan layu.

Moral : begitulah hidup, kita sering memburu dan menanti kesempurnaan, lalu ada waktunya kita terlepas pandang akan keistimewaan yang ada pada mereka yang kita anggap kurang.. begitulah andai cinta dilandaskan asbab...

maka itu, terimalah pasangan kita seadanya, belajar menghargai dan melihat sisi unik perbezaan antara kita dan dia. Usah berusaha merubah pasangan menjadi seperti apa yang kita mahu, kerana itu bukan cinta. itu sekadar bayangan diri sendiri yang dibias oleh pasangan. bersyukur kerna kita diberi peluang oleh Allah untuk merasa dan menikmati cinta.

Asbab ada orang yang dalam hidupnya tidak pernah merasakan betapa indahnya hidup dalam cinta yang diredhai Ilahi, bilamana dalam hatinya penuh resah dan gelisah, penuh rasa tidak puas dan terlalu ingin sebagaimana kemahuan sendiri.

Baginya, pasangan yang ada itu, tidak memuaskan hati,. malah tidak mahu menerima apa yang telah dianugerahkan Allah swt untuknya.

Belajarlah memberi .. dari sekadar ingin menerima..
hargai dan sayangi apa yang kita ada.
bukan mengejar apa yang bukan kita punya....




Tuesday, July 6, 2010

pisang apa tu??

pagi2 tadi mcm rajin membawa bekal pisang goreng ke destinasi pekerjaan bagi mengisi kelaparan yang tidak akan memberi sebarang warning.macam besanya akan membeli sebungkus nasi lemak dan beberapa ketul kuih untuk santapan di pagi ari.tp ari ni tak nak.nak goreng gak.

sesampai di sekolah, aku mempelawa kawan makan..kecuali si effa sbb dia pose. yg menjadikan lucunya perbualan di pagi ini ialah...>>sila lihat dialog di bawah :

rajes >> pisang apa ni?
effa >> pisang nangka.bau dia pun wangi je..sedapnya.
mus >> ntah, yang aku tau pisang goreng...............
ayu >> gelak tak leh control sbb jawapan mus tak betul n tak jugak ada sebarang kesilapan bahasa di situ..hahhahha..

lawak2.lawak tak?mcm tak gelak je..
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails