Tuesday, January 15, 2013

Sekolah Berkesan-Pengetua pencetus budaya

Kajian Geltner (1981) tentang "Teacher perceptions of the Principal's Leadership Behaviour as Related to Schoo Effectiveness" menjelaskan keberkesanan sesebuah sekolah ada kaitan dengan kepimpinan pengetua iaitu :


a. Pengetua - ahli falsafah

b. Pengetua - model pendidikan

c. Pengetua - penyokong pendidikan

d. Pengetua - rakan sependidikan dengan murid dan ibu bapa

e. Pengetua - orang yang memulakan perubahan pendidikan (educational innovator), inovasi sekolah dan action research

Mengikut Sergiovanni, lima peranan pengetua :

a. Sebagai pemimpin teknikal

b. sebagai pemimpin manusia-mahira, cekap dan motivate staff

c. sebagai pemimpin pengajaran-kurikulum, diagnosis, penyeliaan, penilaian

d. sebagai pemimpin simbolik

e. sebagai pemimpin budaya

Photobucket

Monday, January 14, 2013

Take Serious..... Ibu Mengandung!!!

Perkara yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung :

a. Celak dan Bedak yang disapu di muka untuk hiasan diri sebenarnya banyak mengandungi timah hitam atau lead oxide yang boleh menjejaskan bayi dalam kandungan. Keracunan timah boleh menyebabkan keguguran.

b. alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan ketidaknormalan pada bayi seperti mata menjadi kecil, kepala kecil dan berat berkurangan.

c. penggunaan dadah boleh menyebabkan kecacatan mental dan fizikal bayi yang dilahirkan.

d. Terdedah kepada penggunaan plumbum yang tinggi semasa mengandung, boleh mengganggu perkembangan bayi.

e. Ibu mengandung yang merokok boleh menyebabkan bayi pramatang, kecacatan pada jantung bayi, mengalami keguguran dan bayi mati dalam kandungan f. Tabiat memakan kepala ikan perlu dihentikan oleh ibu mengandung kerana mengandungi asid yang menjejaskan perkembangan otak bayi.

g. Pancaran sinar-x yang keterlaluan(terutama 3 bulan pertama) boleh menjejaskan perkembangan otak bayi, gangguan pembentukan tulang dan kerosakan tempurung kepala bayi. Selain itu, berlakunya perubahan yang kekal dalam gen sel yang mungkin memberi kesan pada generasi berikutnya (mutasi), melahirkan bayi yang menghidap penyakit leukemia dan kemandulan.

Photobucket

Motivation

Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN.

Perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Oleh itu, kita boleh definisikan bahawa : 

"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."

Oleh itu, bolehlah kita buat kesimpulan di sini bahawa: 

"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan dalaman yang sentiasa ada dalam minda dan hati yang ada sepanjang hayat untuk menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan.“

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.

“A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning.”

Motivasi terbahagi kepada 2 : Instrinsik dan Ekstrinsik  
MOTIVASI EKSTRINSIKSAEDAH SIRAJ ET. AL (1996): Konsep motivasi ekstrinsik ini berkait rapat dengan pengukuhan/ peneguhan.

Pengukuhan = proses apabila sesuatu kejadian atau peristiwa terjadi disebabkan oleh suatu rangsangan dan menyebabkan rangsangan itu meningkat.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), tujuan peneguhan diberikan adalah untuk memuaskan kehendak individu dan untuk mengurangkan tekanan serta merangsang otak.

Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Pengukuhan terdiri daripada 2 iaitu :
Positif   : Memberi sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan dan menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

Negatif : Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

MOTIVASI EKSTRINSIK DALAM BILIK DARJAH
Guru mesti tahu jenis pengukuh yang hendak diberikan dan sekerap mana patut diberikan.

Pengukuh yang boleh diberikan dengan kerap seperti pujian, sokongan atau pujukan.

Namun, pemberian motivasi ekstrinsik dalam bentuk ekonomi, token dan lain-lain hanya mengakibatkan Pelajar mengenepikan kebolehan mereka untuk menyelesaikan tugas yang diberi atas kerelaan dan kesanggupan masing-masing.

Hukuman atau deraan ialah suatu bentuk pengukuh yang negatif dan ia tidak patut diberikan.

Hukuman yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri.

Boleh mengakibatkan gangguan emosi yang berpanjangan.

MOTIVASI INTRINSIKDefinisi : Motivasi intrinsik sebenarnya wujud dari dalaman anda - Choong Lean Keow (2008)

MOTIVASI INTRINSIK DALAM BILIK DARJAH

Berlaku apabila aktiviti p&p serta persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah berjaya memotivasikan murid-murid.

Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik mesti:

mewujudkan suasana pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengawal .

mesti tentukan pelajar itu boleh melakukan sesuatu dengan cemerlang.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI INTRINSIK

a. Persepsi Kebolehan
    - Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsikan dari penilaian tentang kebolehannya oleh orang lain.
    - Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar itu, semakin besar kemungkinan pelajar itu menilaikan dirinya sebagai berkebolehan.
    - Kebolehan = Pengaruhi bagaimana pelajar itu rasa mengenai dirinya.

b. Persepsi Kawalan

Pelajar menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah adalah disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan keupayaan berusaha dalam keadaan sebenar.

CONTOH:

Berupaya berusaha dalam keadaan sukar.
Pelajar sedar bahawa kejayaan atau kegagalan bergantung pada usaha mereka sendiri.

c. Perasaan dalam Pembelajaran

    - Merangkumi sikap, nilai, minat & pilihan yang ditunjukkan oleh seseorang terhadap sesuatu benda, perkara / orang
    - Di sekolah : perasaan yang ditunjukkan oleh pelajar berkait rapat dengan mata pelajaran, guru dan sekolah
    - Perasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran mempengaruhi pencapaiannya dan pencapaian ini akan mempengaruhi motivasinya.


Kaitan motivasi ekstrinsik dan intrinsik

Seseorang yang tidak mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi ekstrinsik agar lama kelamaan motivasi intrinsik akan terbina dalam dirinya.


Seseorang yang telah mempunyai motivasi intrinsik pula perlu diberi motivasi ekstrinsik supaya motivasi intrinsik yang ada terus berkekalan dalam dirinya.

Manusia biasanya tidak akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik dan kadang kala bermotivasi ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan individu.

 
Photobucket

Sunday, January 13, 2013

Best Tips for Teachers- Part 1

A. Techniques for effective teaching and classroom management

1. Meeting a class for the first time
    a. Don't forget to introduce yourself
    b. State clearly what you expect of your pupils
    c. Learn your pupil's names as quikly as you can
    d. Help pupils to learn each others names
    e. Help pupils to get to know each other
    f. Make sure your pupils know how they will be assessed
    g. Use the first lessons to find out what pupils already know
    h. Explain which resources are available for pupils to use

2. Gaining attention and settling a class down
    a. Try doing nothing first
    b. Don't shout (yet)!
    c. Take advantage of human curiosity
    d. Drop a non-attender in it!
    e. Have ways of making pupils listen.
    f. People love praise.
    g. Begin with a task.
    h. Select some targets
    i. Don't take chaos as personal affront
    j. Few want to be left out of som fun

3. Coping with interruptions
    a. Accept that you are in fact being interrupted
    b. Keep track of where you were.
    c. Accept that some interruptions will be important and necesasry
    d. Be patient with colleagues.
    e. Turn interruptions into positive learning experience
    f. Keep individual feeling for individuals
    g. Have somehing to do ready for anyone who interrupts
    h. Watch your distance
    i. Look for the cause of interruptions
    j. Learn from colleagues

4. Learning namesd
    a. Let pupils decide their names
    b. Be careful with nicknames
    c. Address question to named pupils.
    d. make a map of the names.
    e. Once you've got them, use them.
    f. Make names visual
    g. One step at a time
    h. Take care with the repetitions
    i. Make sure you have their names right.
    j. Be persistent.

5. Avoiding disruption in your class
    a. Establish a few clear rules for behaviour in your class.
    b. Reward good behaviour immediately with positive feedback.
    c. Deal with any misdemeanours before they become major incidents.
    d. Establish what the sanctions will be for transgressing the rules.
    e. Avoid unreasonable expectation of pupils - but don't demean them either
    f. Look for signals.
    g. Provide 'cooling-off' time
    h. Investigate the causes of bad behaviour
    i. Have ready something interesting to give the class to do.

6. Using blackboards
    a. How visible are your etchings?
    b. Aim for the top
    c. Show your agenda
    d. If your are left-handed, you may find writing on the blackboard difficult
    e. Be heard as well as seen
    f. Be prepared
    g. Get your pupils' words on to the blackboard
    h. Let pupils have a turn with the chalk
    i. Use the blackboard as a classroom resource
    j. Be careful with the rubber

7. Organizing pracitcal lessons
    a. Check through the materials you require before the lesson starts.
    b. Assemble your materials in labelled boxes or trays
    c. Engage the help of the class
    d. Make sure you have enough materials for everyone
    e. Give short, clear instructions about the task required
    f. Make demonstrations snappy
    g. Establish firm rules of behaviour
    h. Avoid the necesstiy for pupils to queue for your advice or opinion
    i. Bring the class back together at intervals.
    j. Evaluate the activity

8. Doing yard/bus/break duites painlessly
    a. Get a whistle
    b. make sure you know the rules
    c. Be seen and heard
    d. Wrap up warm on cold days
    e. Try pairing up with a colleague
    f. Pave the way
    g. Have contingency plans for what to do if things go wrong
    h. Keep your eyes peeled
    i. If fights break out, think carefully about your interventions
    j. Use suct duties as occasions when you can buil up good relations with pupils outside the classroom.


9. Ensuring equality of opportunity within your teaching
    a. Check that you are behaving in the same way towards all pupils
    b. Arrange that the group work is done in mixed-gender groups
    c. Get your tongue round all your pupils names
    d. Avoid discriminatory type-casting
    e. Help colleagues to avoid discirmination

    f. Watch your sense of humour
    g. Raise pupils awareness of equality issues
    h. Be on the look out for pupils whoe may be affeccted by inequality

    i. Reflect equality in your own work
    j. Don't let pupils get away with bias

Photobucket

BEHAVIOURISME TEORI

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURISME


TEORI PELAZIMAN KLASIK

- Di antara tokoh yang penting : Ivan Pavlov (Bapa Pelaziman Klasik)

- Pemerhatian daripada seekor anjing (anjing mengeluarkan air liur sblm melihat makanan yang akan
    dihidangkan)


Daging                     >>>>>>>>>    Daging Air Liur
(Rangsangan s/jadi)                          (G/balas s/jadi)

- Kekurangan :

  Tidak menghuraikan dengan jelas ke semua bentuk2 pembelajaran dalam kehidupan
- Kekurangan ini cuba diatasi dengan teori2 pelaziman operan

TEORI OPERAN

- Antara tokoh terlibat : E.L Thorndike dan B.F Skinner

a. Thorndike

- memberi laluan dlm penerokaan bagi menjelaskan mengenai pembelajaran
- subjek kajian : kucing
- Kucing diletakkan dalam sangkar, makanan di luar. Untuk keluar, ada butang selak pintu.
  Kucing tadi 
akan bergerak sec rawak utk dptkan makanan. Apabila tertekan butang, automatik pintu akan
   terbuka.

- mengutarakan HUKUM KESAN
- sesuatu t/laku diikuti dengan ganjaran, t/laku yg sama akan berulang.


b. B.F Skinner

- mencipta kotak khas : Kotak Skinner- subjek kajian : Tikus- ada kotak khas, dalamnya ada tuas. Apabila tuas itu diusik, makanan akan keluar dr balang.

- KONSEP PENEGUHAN – bkn makanan sj. Pujian2.

- Peneguhan ada 2 : +ve dan –ve- peneguhan –ve juga dikenali sebagai pelaziman elakkan

- kesimpulan : organisma lebih mempelajari sesuatu yang menyakitkan daripada sesuatu perkara
   melalui 
peneguhan +ve
- Peneguhan xdiberikan secara berterusan kerana mengurangkan kualiti keberkesannya

TEORI PEMBELAJARAN SOSIALa. Albert Bandura - memperincikan ruang yang tidak dipedulikan seperti :
  - Kapasiti seseorang utk belajar
  - Kecenderungan seseorang utk belajar mengikut kecenderungan
  - Faktor-faktor sosial yagn mempengaruhi pembelajaran
  - Aktiviti peniruan

- Menurut beliau, apabila berlakunya gerak balas, pembelajaran dikatakan berlaku- untuk melakukan aktiviti atau tindak balas, hal yg penting adalah kemampuan seseorang sejauh mana mengambil input/ maklumat daripada tingkah laku individu lain yang telah diperhatikan.
- Seseorang pelajar itu memulakan proses belajar dengan meniru sesuatu watak, situasi dan tingkah laku.
- Albert Bandura mempersoalkan proses S-R (stimulus dan respons)
- Latar/ persekitaran yang menjadi asas pada proses imitatif adalah terhad atau sempit.
- Albert Bandura juga mempersoalkan pendekatan eksperimen.
- Peranan ganjaran dan hukuman juga tidak dapat menggerakkan perbuatan apabila darjah atau aras ganjaran dan hukuman masih tidak mampu memberikan stimulus kpd pelaku untuk menggerakkan tingkah laku.
- Untuk menjelaskan pembentukan tingkah laku dan hubungannya dengan persekitaran dan pengaruh peribadi, Albert Bandura telah memperkenalkan satu hubungan dalam bentuk segi tiga.


Photobucket

Friday, January 11, 2013

30 Larangan bagi WANITA...

Hah tu dia, kita tak perasan kan selama ini ada yang terlepas pandang dalam melaksanakan kehidupan sehinggakan tidak tau batas2 kita terutama seorang WANITA..Jom kita lihat 30 larangan bagi WANITA ISLAM yang telah disyariatkan..Moga-moga mendapat keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat.

1. Larangan Bersanggul
2. Larangan Bertatu, Mencabut Bulu Kening dan Mengikir Gigi
3. Larangan Keluar Rumah dengan Memakai Perfum (Wangi-wangian)
4. Memperlihatkan Perhiasan (Bersolek) di hadapan lelaki lain
5. Larangan Menolak Panggilan Suami untuk Tidur Bersama
6. Larangan Menyebarkan Rahsia Hubungan Suami-Isteri
7. Larangan Berpuasa Sunat tanpa izin Suami
8. Larangan Membelanjakan Harta Suami, Kecuali apabila telah diizinkan
9. Larangan Derhaka kepada Suami
10. Larangan meminta Cerai kepada Suami Tanpa Sebab yang Jelas
11. Larangan Kufur terhadap Kebaikan Suami
12. Larangan Berdua-duaan dengan Lelaki yang Bukan Mahram
13. Larangan Memandang lelaki yang Bukan Mahram
14. Larangan Bersalaman dengan lelaki bukan Mahram
15. Larangan Menyerupai Lelaki
16. Larangan Menceritakan ciri-ciri wanita lain kepada suami
17. Larangan memandang Aurat wanita lain atau bersentuhan badan dalam satu pakaian
18. Larangan Bermusafir Tanpa adanya muhrim
19. Larangan Keluar Rumah tanpa ada Keperluan
20. Larangan Masuk ke Tempat Pemandian Umum
21. Larangan memukul-mukul tubuhnya dan Merobak-rabik bajunya ketika mendapat musibah
22. Larangan meratapi kematian
23. Larangan berdandan dan memakai perfume kerana meninggalnya seseorang
24. Larangan menghantar jenazah
25. Larangan mendatangi dukun dan ahli nujum
26. Larangan tidak bertegur sapa dengan sesama muslim lebih dari 3 hari
27. Larangan menyumpahi anak-anak
28. Larangan menganiya pembantu
29. Larangan mengganggu tetangga
30. Larangan Wajib memathi Larangan Allah swt.

Photobucket

Thursday, January 10, 2013

UAI di UIA

Malam itu saya menelefon adik saya di UIA. Saya menanyakannya sama ada dia akan balik awal bulan nanti atau tidak. Dia memberitahu saya, dia mungkin balik lambat sedikit. Dia terlibat dengan program orientasi dan 'summer semester'. Rupa-rupanya perbualan kami didengar oleh anak saya yang baru bersekolah tahun 4.

"Mak! Bukankah Acik itu bertugas di UIA di Malaysia. Malaysia ada 'summer' ke?"

"Term atau istilahnya sahaja Adik. Sebab UIA itu menampung pelajar antarabangsa, lebih sesuai jika digunakan istilah yang diterima sejagat. Kalau di Amerika, semester biasanya terbahagi kepada 2 semester. Semester awal tahun dinamakan Spring Semester dan semester akhir tahun dipanggil Fall atau Autumn Semester.

Mereka selalu cuti panjang pada musim panas atau summer. Jadi bagi mengelakkan pembaziran masa mereka yang dari luar negara atau mahasiswa tempatan yang berminat, pihak universiti menawarkan semester pendek secara optional. Yang Acik kamu terlibat itu, semester pendek itulah. Sesetengah unversiti menamakannya special semester.

"Oh begitu..."

"Sudah fahamkan ?"

"Faham. Mak! Boleh adik telefon Acik sekejap?"

"Hal apa?"

"Adik mahu tanya dia, how is summer in Gombak?"

.
.
.
Lor, mana UAI nya?? tak ada???aish si penulis ni la kan...
Sori kengkawan..selamat membaca...
Photobucket

Panduan membantu anak kecil

1. Jadikan diri anda (ibu bapa) sebagai contoh
2. Biarkan anak menikmati kehidupannya
3. Anda perlu berjiwa positif terutama apabila berhadapan dengan kesukaran
4. Terima anak kecil seadanya
5. Biarkan anak melakukan sendiri perkara baru
6. Jangan terlalu banyak menegur
7. Stabilkan jiwanya
8. Elakkan berleter
9. Anak kecil perlu dilayan sebagaimana orang dewasa
10. Anda seharusnya berlatih mendengar secara aktif
11. Berikan anak kecil kasih sayang tanpa syarat
12. Jadikan diri anda contoh manusia jujur
13. Elakkan menjerit, bersikap kasar dan keras
14. Janji perlu ditepati
15. Jangan terlalu bertolak ansur
16. Apabila anak takut, jangan cuba menidakkan rasa takut itu
17. Jangan mencela anak kecil
18. Ajar anak berfikiran sihat setiap masa
19. Didik mereka menyanyungi atau menghargai kehidupan
20. Anda perlu sentiasa mengingati diri bahawa anak itu masih kanak-kanak


Photobucket

Nak anak cerdik, mak bapak kena lah cerdik jugak!!!

Wah, kasar sungguh title aku pada hari yang berbahagia ini..
Dah la menyepi utk sekian waktunya..al-maklumlah seorang ibu dan isteri yang sibuk menguruskan kehidupan realiti yang kusut-masai dengan pelbagai dugaan dan cabaran..
Tatkala hati diruntun masih ada yang sayang kan..

Alolololo...bila sampai je kat parit king ni mula lah hati berdegup kencang..
berkobar-kobar semangat datang bagai menarik-narik kaki untuk melangkah ke tempat kesukaanku..
Mana lagi lah kalo bukan pusat bank ilmu terbaik pernah aku jumpa...Library UTHM...
Jari-jemari bagaikan menggeletek untuk mengetuk papan kekunci yang untuk sekian lamanya terperusuk dalam beg tu kan..bz katanya...konon..

Merapu mmg nombor satu..
Final around d'corner ni..inilah semangat yang cuba didahulukan....
Blog didahulukan..Final diutamakan...motivasi untuk hari ini...

Dalam hati penuh dengan kekacauan emosi dalam ketakutan untuk menghadapi kertas bertulis tanpa jawapan next week...aku dah serabut perut dengan kehidupan yg tidak terurus ini..terlalu bersenang2 sehingga lupa akan misi lebih penting minggu hadapan...owh....

Tidak mengapa..aku kata,"Tak dapat semua, JANGAN tinggalkan semua"

Nice quote kan...boleh pakai ni..hehehe.....

Berbalik pada title yang bikin panas di atas kan..
Kita ni sebagai ibu bapa seringkali inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita...
Kita juga adalah anak tetapi mengapa kita tidak lakukan yang terbaik untuk diri kita??
Adakah kerana faktor keluarga..persekitaran..rakan2...ilmu pendidikan..pendedahan media..dan sewaktu dengannya (tolong jgn guna perkataan "dan sewaktu dengannya...dan lain2..dan sebagainya dalam exam ye) :)

Hah, amik kau..baru kamu-kamu sedar bahawa ilmu keibubapaan adalah sangat penting dalam mengurus anak-anak..bukan itu aje..ilmu tu penting untuk menguruskan diri IBU BAPA tu sendiri..
Tapi hari ini bukan nak share Pengurusan IBU BAPA tetapi yang melibatkan IBU BAPA lah kan...
Jalan-jalan kat tingkat 2 library ni..faberet tempat la ni..terjumpe buku ni

TIPS MENCERDASKAN IQ ANAK- Zulkiflee Yazid
Moga-moga dapat berkongsi dengan readers sekalian...

1. Membentuk Intelek anak daripada Alam Rahim
    Peringkat pertama ini mestilah dilakukan oleh ibu bapa lah kan..takkan anak pulak..mana lahir lagi..
    Lebih-lebih lagi ibu yang mengandung perlulah menjaga tertib, akhlak dan perlakuan ibu
    - Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang
      dan tidak mudah meragam
    - Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan
    - Perdengarkan beberapa jenis bahasa (bukan tgk kartun je..sinetron alih bahasa ke.. :) ) muzik
       terutamanya zikir dan ayat Al-Quran
    - Sentiasa bercakap dengan bayi
    - Lakukan isyarat2 mudah : menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang
      perut perlahan-lahan dan usap lembut untuk menenangkan
    - Rakam suara ibu, ayah dan ahli keluarga
    - Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap
   
    ++ Ibu bapa perlu banyak Mengingati Allah
    ++ Banyak melakukan Ibadat
    ++ Banyak membaca Al-Quran

2. Tahap Penting dalam Meningkatkan Kualiti Daya Fikir dan Otak
    Manusia harus sedar bahawa kehidupan yang baik lahir daripada dalaman yang baik (tenang dan tidak   stres). Sekiranya kita berada dalam keadaan yang stres, segala urusan kehidupan sukar dilakukan. Apabila kita tenang, tawadhu', sabar, berniat baik, suci hati, mulia, besar hati, mudah rasa senang, tawakal otak, kita akan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil 'endorphis'. Bahan ini memudahkan sistem otak-saraf kita berfungsi.
    Sebaliknya apabila kita stres, kita akan mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil 'adrenaline' dan 'cortisone'. Kesan negatif akibat penghasilan bahan kimia ini ialah :
a. Banyak bahan-bahan yang diperlukan untuk fungsi intelek terpaksa digunakan (terbakar) untuk tenaga yagn keras, kuat atau marah.
b. Tubuh badan, sel dan tisu mudah rosak
c. Kita mudah letih
d. Keuzuran lambat dipulih
e. Susah faham, cepat lupa dan hilang tumpuan
f. Kebiasaan untuk cepat marah, benci, dengki, rasa jahat dan emosi negatif akan menjadi respon tabii yang mudah tercetus
g. Mendapatkan tabii ketenangan atau aman bertambah rumit
h. Kita mudah rasa gagal, putus asa dan 'give up'

bersambung...


Photobucket
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails