Sunday, August 14, 2011

Nasi Tomato sedap tidak terkira..

Hari Isnin yang lepas kalo tak silap. Encek Suami minta untuk masak nasi tomato.
haha.tergelak besar.mana nak reti.Geng double A, ingat lagi tak kita masak Nasi Tomato.
mcm nak jadi, tapi nasinya lembek kan..Hahahaha..

Tp suami kata, kalo ingkar nanti tak dapat masuk syurga.uish.
bukan si isteri tak tau hukum tu, cuma tak tau nak masak menu tu.

Owh, dengan rasa berkobar. Kuteruskan jua hasrat itu.
Tak sangka, bg aku yg beginner ni.boleh tahan gak rasanya.

Bahan Untuk Menumis :
3 sudu mentega
Bawang merah (3 biji - tumbuk ngan bawang putih)-aku suka banyak2..sedap
..
Bawang putih (3 biji -tumbuk ngan bawang merah)
2 sudu cili blender
Kulit kayu manis (2 btg)
Bunga lawang (3 kuntum..hehe)
Buah pelaga (2-3 biji)-aku tak letak, sbb tak de..

3 Cawan Beras Basmati ( Tp aku pakai Beras Wangi je)
2 Biji tomato-dipotong dadu (Tp aku tak pakai yg ni, aku pakai 1 tin Tomato Puree)
*Tp rasanya memadai guna 3/4 daripada 1 tin Tomato Puree, sbb kalernya aritu merah sgt
3 Cawan air
3/4 daripada 1 tin susu cair
Sedikit Garam
Daun Pandan (aku lupa letak)

Cara-cara mempraktikan :

1. Panaskan mentega. Masukkan semua geng tumis. Masukkan sedikit cili blender dan tomato puree.
2. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Tos/tapiskan.
3. Dah agak-agak masak step 1, masukkan beras, susu cair, air, daun pandan dan sedikit garam.
4. Masak seperti masak nasi biasa.
5. Taraaaaaaaaaa...siap da... senang bukan..

Owh, lupa. Lauknya bleh ar dimatchingkan dengan ayam masak merah. Tp saya buat ayam rempah sahaja.

Bahan-bahan Ayam Rempah :

Ayam
Serai (3 Batang)
Halia (sebesar ibu jari)
Bawang Besar (3 Biji)
Bawang Putih (2 Biji)
Cili Blender (3 sudu)
Gula (3 sudu)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit skali (kalo kunyit hidup lagi bagus-tumbukkan)

(Gaulkan semua)--> Perap
Goreng.


Cubalah.Kalo tak cuba mana nak tau sedap ke tidak.
Bulan Ramadhan bulan untuk menambah amal kebaikan.
Bulan Ramadhan juga bulan untuk menambah ilmu masakan.
cheeeeeeeeeese.....

Maaf lagi sekali dipinta, saya mmg tidak bercadang untuk mengambil gambar.
Kondisi kamera tidak mengizinkan. Jadi, lihatlah sahaja gambar hiasan di bawah ini.


http://alifaimanaqil.blogspot.com/2011/04/nasi-tomato-lagi.html



No comments:

Post a Comment

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails