Balasan baik hindari marah
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki
memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya.
Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat,
Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari
situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata:
"Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab
maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua
makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau
membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya
tidak suka duduk bersama syaitan."
Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika
sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan
Allah."
Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu
daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk
dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa
yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan
mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut

No comments:
Post a Comment