Saturday, July 30, 2011

hari tidak ceria semalam-semalam

hari-hari dalam kepala otak aku nak update belog.
bawak kete boleh tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.
sbb idea menulis belog hadir tanpa diundang.malang sekali.kita harus salahkan malang.
kerana tatkala ingin meluahkan isi hati di paparan belog, idea mati begitu sahaja.
masa dibiarkan berlalu tanpa rasa bersalah.

owh.hati tidak keruan.sape tau.kamu tau.tidak bukan.
meh sini aku bgtau..sedih sgt..
si cilik darwisy mengalami tahap kesihatan yang tidak memberangsangkan.
owh.cepatla sembuh owh may darling.miss u ur kenakalannya.keletahnya.senyumannya.kebijaksanaannya.
hati menjadi sayup sungguh la.

semalam pegi ke klinik kesihatan bt 14.datang2 terus tak payah tunggu lama-lama.
terus check suhunya..oh mak ai, mencecah 38darjah celcius.panas tu.
nurse terus suh masuk jumpe doktor.doktor dengan biasanya akan memujuk si anak kecil, agar tidak meragam berlebihan.eh, "awak ni comei la"..namun puji-pujian itu tidak mematahkan hasrat si cilik untuk menunjukkan ragam kepanasan yang dialami dengan tidak kepura-puraan.semuanya lahir dari kesakitan yang dialami.kasihan sungguh si anak condition sangat merisaukan.doktor kata, "saya tidak boleh beri ubat batuk, ubat selsema mahupun ubat cairkan kahak. Ini adalah kerana bayi yang berumur 2 tahun ke bawah, tidak dibenarkan.Nanti boleh memberi effect kepada otaknya".agak-agak kamu, risau tidak dengan kenyataan di atas.

kompem bukan.

malam-malamku sudah tidak panjang lagi.mimpi indah tidak penah datang menjengah.
kerana tiada episod mimpi yang boleh disaksikan.apatah lagi, mimpi untuk ulangan tayang.

tinggal harapan.

aku masih di opis.hati di rumah.sambil meriba si cilik.cepatla my dear datang ngan my hubby.
lama benor ni.

arini buat pertama kalinya, aku keje direct sampai kul 8 pagi sok...mampukah??

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails