Pagi itu, dia melihat ayahnya sedang menatap akhbar tersebut.
“Ayah dah baca tulisan saya?” tanyanya dengan riang.
“Sudah,” jawab ayahnya.
“Saya mengambil masa yang lama untuk membuat pemerhatian yang tajam. Segala sudut saya lihat dan fikirkan. Daripada pencahayaan sistem lampu, audio visual hinggalah kepada pakaian pengacara dan menu hidangan utama,” ujar wartawan itu dengan bangga. Dia sangat puas hati kerana kerja kerasnya berbaloi.
Ayah diam sahaja. Selalunya si ayah banyak member kata-kata dorongan kepadanya.
“Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yang baik?” katanya secara bergurau.
Ayahnya tetap diam.
Melihat itu, dia tidak puas hati. Tentu ada sesuatu. “Ayah kritiklah tulisan saya!” desaknya.
“Satu sahaja kritikan daripada ayah…”akhirnya ayahnya bersuara.
“Apa itu ayah?”
“Satu tulisan yang baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!”.
Si wartawan itu terdiam. Di dalam hatinya dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yang terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa sedar, dia telah menyakiti hati ramai orang.
“Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yang baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dalam proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai orang!”.
Wartawan itu terdiam. Diam yang panjang. Kali ini kritik ayahnya lain daripada yang lain. Pendek tetapi sangat mendidik!
Pengajaran : Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yang paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yang diselamatkan Muslim lain dengan kata-kata dan perbuatannya.
No comments:
Post a Comment