Thursday, August 13, 2009

Syarifah Khasif2

Fasih berbahasa Arab, si manis, bersama-sama abang sulungnya, sudah dilatih untuk mengaji lima kali sehari."Kami mengaji setiap kali selepas solat. Walid sangat bersungguh-sungguh melatih kami mengaji kerana minatnya yang mendalam dalam pengajian al-Quran.

Tidak pernah sekali pun dalam hayat beliau tidak dapat mengkhatam al-Quran melainkan semasa beliau menerima jemputan memperdengarkan bacaan di Iran pada tahun 2005.
"Kebetulan pula waktu itu bulan Ramadan. Kerana sibuk memenuhi undangan, saya tidak sempat menghabiskan kesemua 30 juzuk. Walid marah tapi saya ke sana pun untuk mengaji," katanya.

Bersiap sedia untuk berhari raya, Sharifah Khasif, pada tahun ini beraya dengan empat pasang baju baru.

"Ini tahun pertama beraya tanpa walid. Sedih mengenangkannya, tetapi kami perlu teruskan hidup. Jadi kami beraya ala kadar saja", jelasnya lagi.

Tahniah kepada Syarifah Khasif yang telah memenangi Tempat Pertama dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-51 Tahun 1430H / 2009M.

> Tumpang bangga di atas Syarifah Khasif yang juga merupakan senior saya di SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh Tahun 1999. Semoga kejayaan dan keredhaan Ilahi mengiringi setiap langkah kebaikan yang dilakukan beliau... Tahniah.

No comments:

Post a Comment

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails