chup..chup..kedengaran si anak mengisi kekosongan perut dengan titisan susu yg sememangnya enak bg level mereka.bukan masalah besar sgt tp still menjadi isu yg masih di tali gantung tanpa ada jalan penyelesaian.sape tahu susu ibu adalah d’best ever n ever.betul bkn.iye.itulah yg sedang disumbangkan.mencari yang halal itu fardhu.(tiba-tiba).si cilik masih tidak mahu menggunakan khidmat teknologi puting tiruan untuk susuan penuh berkrim.sekadar minum susu menggunakan sudu sudah boleh dilayan.dari yg murah ke mahal.dr yg dibeli sehingga yg diberi, still menemui jln buntu
sekiranya anda mengutarakan mslh anda kepada doktor betapa anak anda tidak mahu susu botol..ataupun masalah puting botol..dgn selambanya akan mendapat jawapan seperti ini,
“bagusla bby xmahu susu botol.bg sahaja susu badan.air masak kurang pun xape.susu ibu sudah cukup”.
owh, betapa berbelah-bahagi sungguh.orang tua pula akan mendesak penggunaan botol.diselangi susu tepung.alasannya, mudah untuk bergerak atau ditinggalkan..hati si ibu meronta-ronta dek kerana desakan beberapa penjuru yg bertubi2.sungguh terkilan.
puting berbentuk tidak seperti sedia kala.
puting dari jenama NUK.berharga lebih kurang rm13++
ikhtiar si ibu dengan harapan anak akan mendapat manfaat
boleh juga didapati seperti di kedai di atas..
penah dgr pasal “kolostrum”?menurut encek wikipedia :
Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:
1. mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
2. mudah dicerna
3. memiliki efek laksatif
4. memiliki kandungan imun yang tinggi
5. melindungi saluran pencernaan bayi
6. mengandungi sel darah putih
ape yang penting sangat susu ibu ni?
sama2 kita lihat betapa tingginya nilai yang anugerah Tuhan berikan kepada kita.betapa kita diberikan kesempatan mempunyai cahaya mati.masih ramai lg yg berkira2 berdoa siang mlm untuk mendapatkannya.dengan penuh kesabaran menunggu kasihNYA ILLAHI menganugerahkan permata hati.terusik bukan.susu ibu juga merupakan d’amazing thing yang mungkin dlm xsedar kita terlepas pandang.di antara kebaikan susu ibu ialah :
1. ia mengandungi kesemua nutrien dan zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan
perkembangan otak bayi
2. mudah dihadam
3. susu ibu itu tidak basi (penggunaan secara terus dari ibu ke anak) dan sentiasa
tersedia pada suhu yang tetap
4. bayi yang menyusukan susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang
pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
5. mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain
ini adalah kerana susu ibu bersih dan bebas bakteria.
6. mempunyai bahan yang mampu melawan jangkitan penyakit.
7. kajian fakta mengatakan bahawa susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic
dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk
pertumbuhan sistem tumpuan nervous.
sebenarnya, terdapat banyak lagi kelebihan yang ada pada susu ibu.mungkin boleh diupdate dari semasa ke semasa.bg ibu-ibu yang mahu kelihatan langsing semula.penyusuan ibu mampu menguntungkan kita.selain itu juga, rahim cepat mengecuti.yang paling penting, Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.dan yang paling sungguh tidak ternilai, naluri keibuanku terserlah.ewah malu lak.boleh bayangkan tak ayu kamalia menyusukan anak.owh, dulu punya la tomboi belaka.itulah amazingnya anugerah Tuhan.Syukur dan berterima kasih.
“Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."
No comments:
Post a Comment