30 Luahan Perasaan Suami.
nampak tajuk di atas??so, buat ms skrg..hanya nak tulis sedikit dulu k..moga2 dapat dimanfaatkan bersama.
1. “Isteriku, Iktiraflah kelakianku”
-memahami mengenai hak dan kelebihan seorang suami
-memahami ciri-ciri tersendiri suami
-menjiwai watak kelakian suami
-bersangka baik pada suami
-reda dengan kelemahan suami
-sabar pada kekurangan suami
-akur dan sentiasa menggambarkan kata-kata penghargaan kepada suami
2. “Isteriku, Jagalah Rumahku”
-menjaga kehormatan diri semasa suami tiada di rumah
-menjaga harta benda suami dan rahsia rumah tangga
-jangan menerima tetamu tanpa izin suami
-jangan memberi barang dari rumah tanpa izin suami
-sentiasa membersihkan rumah
-perbanyakkan ibadah dan doa di dalam rumah
-sentiasa kreatif dalam melahirkan suasana rumah yang harmoni dan selesa
3. “Isteriku, Janganlah Leteri Aku”
-bergaul dengan orang yg berhemah tinggi
-mempelajari dan mengambil contoh skp yg baik
-berbincang bg menyelesaikan masalah
-berfikiran positif
-sentiasa bertenang dan bersabar
-mengenalpasti kelebihan dan kelemahan suami
-sentiasa mengingatkan diri mengenai keburukan tabiat itu
-marah perkara yg betul dan berhati2 semasa menegur suami
-jgn berdendam dengan suami
4. “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
-sentiasa menjadi pendengar yg baik
-sentiasa bersikap empati pd perasaan suami
-jauhkan diri dr segala perlakuan yg tidak disukai oleh suami
-sentiasa peka dengan perlakuan bukan lisan yg ditunjukkan suami
-susah senang bersama2
-sentiasa mengormati pilihan dan keputusan suami
-jangan mencabar ataupun melawan kemarahan suami
5. “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
-sentiasa bersedia apabila mahu melakukan perbincangan
-menjadi pendengar yang baik
-berusaha menambah ilmu pengetahuan
-mampu menyumbangkan idea yang bernas
-berusaha memahami suami semasa berbincang
-jangan membuat kritikan dan tuduhan semasa berbincang
-perbincangan mesti mempunyai isu yang spesifik
-memberikan tindak balas yang sesuai dan tepat
-faham mengenai isu yang diperbincangkan
6. “Isteriku, Hiasilah Dirimu”
-menjaga kesihatan fizikal dan mental
-melakukan senaman dan riadah
-memperbanyakkan ibadah
-menghias diri dengan akhlak yang mulia
-mengawal timbangan berat badan
-pastikan fikiran sentiasa tenang dan positif bagi memancarkan keceriaan pada
wajah
-dapatkan tidur dan rehat yang sempurna
-sentiasa membersihkan diri
-mengubah tabiat makan dan menu harian
7. “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku”
-jangan membantah suami dengan cara menunjukkan tingkah laku dan tindak
balas yang tidak sopan
-tangani apa jua masalah dengan bijak, tenang, sabar dan toleransi dgn suami
-semasa melayan suami, lakukanlah dengan penuh tertib, bersopan dan wajah
manis
-semasa berbincang, lakukanlah dengan tenang, sabar dan mengeluarkan
pendapat secara sopan
-sentiasa mengucapkan terima kasih atas kebaikan yg ditunjukkan
-jangan memanggil suami dengan panggilan nama atau gelarannya
-sentiasa menjadikan sifat malu dan sabar sebagai perhiasan diri
-semasa berbual, selitkan gurau senda untuk menambah kemesraan
-sentiasa membenci sifat marah
8. “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
-menerima pemberian suami dengan penuh kesyukuran, penuh minat dan bangga
-mengucapkan terima kasih dengan ikhlas dan berwajah gembira
-sekiranya, pemberian suami tidak menepati cita rasa anda, jangan merungut
dan mengkritik pemberian itu
-jangan terlalu memikirkan nilai zahir sesuatu sebaliknya hargailah nilai ingatan
dan kasih sayang suami
-mendoakan suami semoga sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki
-menjaga dan menyimpan dengan baik apa juga barang pemberian suami
9. “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
-membersihkan hati dan bersikap kasihan pada anak-anak
-sentiasa memikirkan mengenai kesan negatif akibat amalan pilih kasih
-sentiasa ikhlas, berfikiran matang dan bertanggungjawab dalam memikul
amanah mendidik anak-anak
-bersedia mengubah sikap dan menyesuaikan diri dgn suasana hidup dan
tuntutan berkeluarga
-sentiasa reda dengan ketentuan dan takdir Allah
-sentiasa mengingati tentang hari tua anda
-berusaha mendidik dan memperbaiki akhlak anak-anak, bukan dengan
membiarkan mereka begitu sahaja
-menghapuskan sikap suka berleter, cerewet, cemburu dan pemarah
-meminta maaf daripada anak-anak dan menyesali perbuatan