Friday, December 31, 2010

kronologi pahit manis 2010

wah..budget aku orang terkenal la ni.. :)
siap ada kronologi pahit manis 2010..ada aku kisah..ko pun belum tentu kisah pasal aku kan..
suka2 la tgn aku nak menggedik ketik papan kekunci ni..
erm...kita mesti mulakan dgn bulan januari kan..itu biasa yg dilakukan..let's go..

januari 2010 - diterima sbg gstt dan bermulala tanggungjawab sbg seorang guru..aku bangga dan terus bangga

februari 2010 - tak ingat dah..hahahaaha

mac 2010 - hah..tarikh mmg tak ingat..tp aku rasa dah hujung2 kot..aku baru start pegi check up pregnancy..Ya Allah Maha Agung, ni la detik paling bermakna n hadiah untuk aku dan suami tersayang..dia sayang aku tak??erm...............susah nak jawab ni..sbb kalo tanya, mmg tak dapat jawapan dari mulutnya..tp aku tau, dia (Ahmad Bazli Ali) mmg sayang kat aku..walaupun dia mcm sayangkan awek2 dia yg len..hahahhaha...1st time tau tgk baby dlm perut..amazingnya..tak leh bayangkan ada satu lagi nyawa yg hidup dlm my stomach..wah..kagum dan syukur..

april 2010 - handball team (p) smkc dpt mewakili zon pudu..proud of them..maaf ye, kalo ada terkasar bahasa semasa training..erm..slalu gitu..

may 2010 - ape ek...tak perasan dah..

june 2010 - besday sy dlm bulan ni..tp tak de pape yg special.. :( tp..tp..rasanya dpt wish sms from my hubby..erm..thanks sgt sbb..dia mmg susah nak buat semua ni..

july 2010 - awal bln kot,..keputusan darah tidak dapat dikesan..kene amik lagi..erm..sedih sgt sbb arghhhhhhhhhhhh....tak mau cite..hanya saya, suami ngan Tuhan yg tau..menangis saat ni..tp alhamdulillah everything ok..

august 2010 - pose tinggal 5 ari..ooooooopssss...keterangan secara terbuka ni..hehe..tak tahan dude..apa nak buat..perut rasa lapar sgt..sampai pedih2 ulu ati..diexcusekan kan..kan..

september 2010 - tu dia...tiada tarikh yg len lebih bermakna selain tarikh ni...28.9.2010 (selasa 6.00 petang)..my Ahmad Darwisy Syifa' bin Ahmad Bazli selamat dilahirkan..sakitnya dari pagi senin..aduih..sakit gile..naik trauma aku dibuatnya..mmg tak tahan..tp yg paling ajaibnya, lahir je baby comei ni..sakit terus hilang..mmg ajaib la..sampai skrang rasa tak percaya ada nyawa hidup dlm perut ini..n anugerah yg paling tak terhingga..

october 2010 - masih dlm pantang..i hate dis time...tak suka..tak suka..tradisional vs moden...

november 2010 - apa nak cite..tak de pape yg menarik..

disember 2010 - keputusan pmr telah diumumkan...tahniah pada student aku yg dapt A dlm sejarah..dan yg sedihnya..tanggal 30.12.2010..gstt tak dapat..tak mau cite dh...tu dia..kehidupan aku yg tak berapa nak best ni..

blogwalking award..

jalan punya jalan..setapak.2 tapak.bertapak-tapak.
melilau punya jalan tanpa ada arah tujuan dlm kotak fikiran.
tiba2..tiba2..punya suspen..sbb jalan2 sambil nyusukan si comei Darwisy ni..
tup tup.mata tertumpu kepada sesuatu yg menarik tertarik...kau mmg dabbbbbbbbbbbbbbommmm...
ni dia..taraaaaaaaaa...


pic mmg kecik kan..nek juling mata..tp saje je nak bg korang tgk wlaupun tak nampak...haha..yg highlight kaler kotak warna kuning tu..adalah nama saya...wah gitu..bangga riak sekejap ada orang bg award..eh..kita tak kenal kan..iye, mmg sah tak kenal..tp kira orait ar tu, awak yg baik hati telah memberi award sebegini bangga..cuma pembetulan di situ, saya bukan cik lagi..ewah2, malu plak..skrang..skrang..skrang..sudah puan la miss blog..hehe
kalo sape2 nak intai blog sahabat kita ni, leh ar g blog dia..(kene bg award lagi ni)..ahaks..
http://hanacraxie.blogspot.com


mungkin belum rezeki untuk memihak..

tiba2 rasa sedih menyelubungi kalbu.stop the nonsense.
eh,,,aku punya suka la..sibuk je..uawawaa
mcm nak ngs tp tak de air mata..erm..
smlm member ckp yg gstt untuk smkc tidak disambung.
huh..mcm dah agak..tp still nak agak mcm ada harapan..
so, now..perlu tinggalkan semua kenangan jauh2..
tp bukan salah untuk dikenang..
tak apelah..biarkan masa yg menentukan..
DIA lebih tahu apa yang terjadi dan direncanakan..
mungkin belum rezeki untuk memihak.

Monday, December 27, 2010

nuffnang membiak

great.speechless.zooooooooooooooooooom in.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/

kahkahkah...

result oh result..

pagi khamis.cirit birit.owh mcm ada satu kehidupan dok menghuru-harakan my stomach.itu dia penangan untuk tahu sgt apakah yg penting sgt bakal berlaku.PMR announcement.semangat mengalahkan student.student mmg semangat tp nebes lg lebih.hehe :)

honestly, target peribadi tidak mencapai sasaran.kecewa.menangis dlm hati.tp apakan daya, my student already make their full effort..kepd yg cemerlang, tahniah sgt..kepada yg tidak, bukan di sini jln penamat kejayaan itu.ingat.ya.ingat.jalan ke hadapan tanpa menoleh lg.studi.studi n studi lg k.


wif my fren >>shahin, aine n chikon..
also wif d'best student fudzla busyra
PMR 9A


d'best among d'best


all hapy wif their best result..congrate dear..


wink..wink..we again ~

dah2 la tu..hehe



yeahhhhhhhhhhhhh....we got it!!

but..for me..
.
.
.
.
.
.
still waiting for d'result..suspen2

picha2 si cilik yg comei lagi kusayangi..

entry adalah sambungan yg lepas..skrang kat kulim..tenet sgtla superb..mari kita mendownload..

comei kan..iyarkkk..mari kita berjogging..ada gaya cam atlet tak..walaupun ni pic lama, tak kira, dlm blog ni masih baru segar bugar..mari ke pic len..
.
.
.
.

alahai...time ni hari ke bape ek...alamak lupa sudey..yg pasti dlm 2 minggu slps kelahiran..
ngs pun comei, tu suka sgt tu..i loike..
.
.
.

pic sms genap 2 bln..kat klinik ni..mau cucuk..kelako time ni..tunggu punya tunggu dari kul 9 pg..kul 1.30 br dpt cucuk..lama kan..uh..darwisy sempat la bgn tido bgn tido..dah nak dkt cucuk tu, darwisy ngs nak susu..saje tak mau bg sampai kenyang..nanti dia tido sian lak nak cucuk..ms nak cucuk ngs lagi..masuk je jarum..sound woofer terus meningkat n terus diam..wah..biar betul ni..hehe


Wednesday, December 22, 2010

lama sudey...

seumpama sudah lama mati bicara..hehe..maklum ar bz menguruskan rumah tangga yg agak tidak konsisten..maklum saje semenjak..eh, tidak penah lagi memperkenalkan buah hati pengarang jantung sy..si cilik Ahmad Darwisy Syifa' bin Ahmad Bazli..telah dilahirkan pada 28.9.2010 jam 6 ptg..tak mau cite byk2..no idea..mehh tgk baby comei saya...taraaaaaaaaaaa...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll punya scroll pic masih tak kuar..sori dear, tenet sgt slow di kala kini..update later ek..daa

Wednesday, July 14, 2010

Apabila Hati Orang Lain Disakiti..

Seorang wartawan begitu gembira kerana tulisannya tersiar di dada akhbar utama. Ulasannya mengenai sebuah majlis besar disifatkan sebagai tulisan yag paling lengkap, menyeluruh dan menyentuh perasaan.

Pagi itu, dia melihat ayahnya sedang menatap akhbar tersebut.

“Ayah dah baca tulisan saya?” tanyanya dengan riang.

“Sudah,” jawab ayahnya.

“Saya mengambil masa yang lama untuk membuat pemerhatian yang tajam. Segala sudut saya lihat dan fikirkan. Daripada pencahayaan sistem lampu, audio visual hinggalah kepada pakaian pengacara dan menu hidangan utama,” ujar wartawan itu dengan bangga. Dia sangat puas hati kerana kerja kerasnya berbaloi.

Ayah diam sahaja. Selalunya si ayah banyak member kata-kata dorongan kepadanya.

“Bukankah ayah seorang pengulas dan pengkritik tulisan saya yang baik?” katanya secara bergurau.

Ayahnya tetap diam.

Melihat itu, dia tidak puas hati. Tentu ada sesuatu. “Ayah kritiklah tulisan saya!” desaknya.

“Satu sahaja kritikan daripada ayah…”akhirnya ayahnya bersuara.

“Apa itu ayah?”

“Satu tulisan yang baik tetapi kau menyakiti hati banyak pihak!”.

Si wartawan itu terdiam. Di dalam hatinya dia mengakuinya. Apa tidaknya, hampir seluruh unit, segmen dan individu yang terlibat dalam majlis besar itu telah disentuhnya. Namun tanpa sedar, dia telah menyakiti hati ramai orang.

“Anakku, apa gunanya satu hasil kerja yang baik, dipuji dan dianugerahi pelbagai hadiah, tetapi dalam proses menghasilkannya kau menyakiti hati ramai orang!”.

Wartawan itu terdiam. Diam yang panjang. Kali ini kritik ayahnya lain daripada yang lain. Pendek tetapi sangat mendidik!

Pengajaran : Persaudaraan dan kasih sayang adalah perkara yang paling tinggi nilainya selepas iman. Menjaga kasih sayang dalam proses penyampaian sesuatu khidmat atau produk perlu menjadi keutamaan. Muslim terbaik ialah Muslim yang diselamatkan Muslim lain dengan kata-kata dan perbuatannya.

Saturday, July 10, 2010

aku jiwang ke??

orang kata aku jiwang.hati karat.jiwa lendir.
ada.ada aku kisah.
hahaha.apalah orang2 tu tau pasal jiwang2 ni.
kadang2 jiwang tu kan perlu.eh, aku slalu ek.tak pun.
jiwang mengajar kita erti keindahan perasaan tau.
bg hati2 yang tidak berapa nak keras ni,selalunya bermuhasabah melalui jiwang
betul ke ni.tak pe.teruskan ko punya prinsip tu kewek.
maklum ar jiwa ini kadang2 menjadi terlalu sensitif.
dek kerana cuaca sekeliling yang memaksa untuk berubah angin emosi.
apa nak dikata.
aku adalah aku.
biar keras lahiriah.
aku masih mempunyai hati untuk tersentak.
aku masih mempunyai hati untuk terasa.
aku masih mempunyai hati untuk menangis.
aku masih mempunyai hati untuk tercuit.
ahh..adakah kamu2 mengerti.tidak bukan
hah, apalagi..g men jauh2..tetiba.

ramalan sotong vs ramalan cikgu

mari kita lihat siapa yang kena..
jeng.jeng.jeng
ramalan sotong >> sepanyol juara
ramalan cikgu >> potensi kehadiran akan merosot isnin ini..

kita akan lihat nanti siapakah lebih berkuasa..sotong atau cikgu..
just kidding dear.

jenama susu yg tidak halal.

tadi dikejutkan oleh panggilan oleh makcik yang bertanyakan susu tidak halal.
search punya search dpat artikel ni.sape tau leh kongsi sama kebenarannya.thanks.

Sekarang ni dah macam-macam produk ada kat pasaran dan ada antaranya kita tak tahu samada produk tu betul-betul halal atau sebaliknya. Malah lebih teruk lagi ada yang cuba mengelirukan kita sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam dengan meletakkan tanda halal walhal status halal produk tersebut adalah sebaliknya.

Ok, kat sini kami kongsikan kepada anda dengan emel yang kami terima mengenai status 1 produk yang dikatakan haram iaitu susu bayi keluaran Abbott Laboratories. Namun kesahihannya tidak pula diketahui. Tapi sebagai umat Islam, ada baiknya perkara syubhah seperti ini dijauhkan. Sila baca kandungan emel kat bawah ni.

- – -

Peringatan:

Bagi yg bakal melahirkan Dan sudah melahirkan, diharap hindarkan jenama yg merosakkan aqidah Islam. Demi anak-anak yg soleh Dan solehah.. Susu similac ini adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:

1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure

Berkaitan status halal / tak halal TU, harap Kita dapat information a.s.a.p. Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu *SIMILAC*.

Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be.. And please inform this to ur ‘mummy’ friends ok

Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna Islam Malaysia .. Susu formula *SIMILAC* diragui status halalnya.

Susu ini pun quite famous.. Ada di pasaran. Susu TU dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya.

Susu TU pun dah dikategorikan TAK HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.

Inform kawan2 ok!..

saturday blues...

pagi2 dah bgn mcm awal.dok belek2 muka depan blog2 yg mcm best n semestinya best.tp suka nak ditekankan sbb antara byk2 blog yg penting ada lagi yg penting.iyaaaa tu dia.blog si wan sajidah.akhirnya.update gak barang baby kan.ni yg aku suka ni.walaupun aku dh cari list kat tenet.tp ini pun berguna gak.
eh, wan.aku rasa ko dah lupa something la.ko tak ingat ek.ape la
barut untuk ibu2.hahhahaha.
tidak mahu jd cam kamu.kahkahkah
gelak guling2
papepun thanks a lot ek.
tak sabar nk jumpe ko lagi.cpt2 balik sini
daa

Friday, July 9, 2010

Cinta si Gagak dan Mawar Putih...

Ini kisah dongeng. Kisah cinta antara dua darjat. kisah dimana hati dan perasaan tidak dapat menipu, walau mungkin disedari ia tidak akan menjadi kenyataan, atau mungkin saja perlu ada pengorbanan yang harus dilakukan.... Tersebutlah kisah, kononnya... ada seekor gagak yang sangat mencintai sekuntum mawar putih. Pada suatu hari, setelah sekian lama memendam, gagak melahirkan rasa kasih dan sayang nya pada mawar putih itu..bermulalah dialog antara mereka.

Gagak : Sudi tak Cik Mawar terima saya menjadi pasangan??

Mawar : I’m sorry... Cermin lah diri kau sikit..

Gagak : Saya betul2 sayangkan Cik Mawar.. Saya akan jaga Cik Mawar.

Mawar : Kau sedar tak yang kau tak layak langsung dengan aku...

Gagak : Tapi saya ikhlas...

Mawar : Dah la hitam, kurus... Boleh ke kau nak jaga dan sayang aku..

Gagak : Tolong lah terima saya...

Mawar : Baiklah, aku akan terima kau dengan satu syarat...

Gagak : Baiklah, apa syaratnya...

Mawar : Aku akan terima kalau kau dapat ubah warnaku “kecantikanku”...

Gagak pun rasa sangat sedih dan kecewa... Tapi masih belum berputus asa...

Keesokan harinya gagak bertemu mawar lagi... Gagak terbang di atas mawar putih itu, lalu gagak menghiris2 kulitnya dengan pisau... Mengalir lah darah gagak di atas mawar putih itu... Mawar putih berubah menjadi merah.. Mawar putih sangat terkejut dengan pengorbanan sang gagak. Tetapi malangnya sang gagak sudah tiada lagi di dunia ini... Mawar menangis dan menangis kerana baru tersedar tentang kesungguhan gagak, malangnya ia telah hilang pasangan yang betul2 menyayangi nya dan barulah dia sedar dirinya yang cantik takkan kekal cantik,sampai satu saat dia sendiri akan layu.

Moral : begitulah hidup, kita sering memburu dan menanti kesempurnaan, lalu ada waktunya kita terlepas pandang akan keistimewaan yang ada pada mereka yang kita anggap kurang.. begitulah andai cinta dilandaskan asbab...

maka itu, terimalah pasangan kita seadanya, belajar menghargai dan melihat sisi unik perbezaan antara kita dan dia. Usah berusaha merubah pasangan menjadi seperti apa yang kita mahu, kerana itu bukan cinta. itu sekadar bayangan diri sendiri yang dibias oleh pasangan. bersyukur kerna kita diberi peluang oleh Allah untuk merasa dan menikmati cinta.

Asbab ada orang yang dalam hidupnya tidak pernah merasakan betapa indahnya hidup dalam cinta yang diredhai Ilahi, bilamana dalam hatinya penuh resah dan gelisah, penuh rasa tidak puas dan terlalu ingin sebagaimana kemahuan sendiri.

Baginya, pasangan yang ada itu, tidak memuaskan hati,. malah tidak mahu menerima apa yang telah dianugerahkan Allah swt untuknya.

Belajarlah memberi .. dari sekadar ingin menerima..
hargai dan sayangi apa yang kita ada.
bukan mengejar apa yang bukan kita punya....




sotong mcm2 sotong..

tiba2 subjek di atas berlegar2 di kotak penalti aku.hah.kenapa lak ni.
maybe isu sotong adalah sgt femes di kala cuaca agak panas kadang2 suam kuku.
act, subjek ni nampak cam tak penting bg aku.untuk bual2 kosong memenuhi ruang lingkup masa yg terluang leh ar layan kan.tp tiba2 terdetik untuk ketuk2 papan kekunci ni mau bercerita pasal sotong.

sotong oh sotong.

bermula dari perjalanan kaki melangkah balik td, tiba2 aku dgr student ckp, "hah, mlm ni masak lemak sotong la".aku diam je la.sbb budak tu pun lalu blkg sambil berkata kpd kawannya.sudah tentu budak itu tiada kene-mengena ngan aku kan.tp tiba2.jeng jeng jeng.berlegar2 hal sotong di sekitar corner kehidupan aku 2menjak ini.baru teringat...malam tadi mak masak >> sotong masak lemak cili api.hah.kan sotong tu.

keduanya >>topik perbualan sotong paul yang melanda demam kejutan piala dunia.oh rupanya Paul itu nama sotong.aku pikirkan tuan punya sotong itu bernama sotong.eh silap, bernama Paul.hahahha.bernama.

ketiganya >>ink kat bilik guru tiada.tiba2.eh, mungkinkah dakwat berwarna hitam itu telah ketiadaan akibat sotong bz dgn piala dunia ni.mogok ke ape?eh,...jgn la gitu.anak bangsa perlu dididik dengan secalit pen marker..hehe

sedapnya sotong goreng tepung.tiba2.tak masuk dlm kotak penalti ni.dah la tu.g la dapur, nasi dah jadi bubur kot tu.maklum la, adam demam teruk.so, menjadi seorang bakal ibu yang penyayang.hahhaa..daa

Thursday, July 8, 2010

tensen sudah selesai..

dah tau cite kan.tgk title apa ditulis..uwaawwawa.
tenet slow kembali.mcm mana leh guna tenet lebih dari 3g selama 10 hari.
macam ajaib tapi tak pelik.melayang wit cos kene topup space kat maxis.
mcm ni pun boleh.menghilangkan mood untuk berkarya sekali lagi.
bile dah ada idea menjunam2 tp dispoilt kan dgn masalah remeh-temeh line tidak berapa nk ok.mengeluh panjang gua.ish,keyboard ni pun satu.dok jump2 g baris mana2 aje sesuka at mengikut rentak irama sendiri.aku nak update blog pun payah la cam gini.g mandi dulu la..

Tuesday, July 6, 2010

pisang apa tu??

pagi2 tadi mcm rajin membawa bekal pisang goreng ke destinasi pekerjaan bagi mengisi kelaparan yang tidak akan memberi sebarang warning.macam besanya akan membeli sebungkus nasi lemak dan beberapa ketul kuih untuk santapan di pagi ari.tp ari ni tak nak.nak goreng gak.

sesampai di sekolah, aku mempelawa kawan makan..kecuali si effa sbb dia pose. yg menjadikan lucunya perbualan di pagi ini ialah...>>sila lihat dialog di bawah :

rajes >> pisang apa ni?
effa >> pisang nangka.bau dia pun wangi je..sedapnya.
mus >> ntah, yang aku tau pisang goreng...............
ayu >> gelak tak leh control sbb jawapan mus tak betul n tak jugak ada sebarang kesilapan bahasa di situ..hahhahha..

lawak2.lawak tak?mcm tak gelak je..

lihatlah dunia..aku dapat sen dari nuffnang..

kahkahkah.
budget gud2 nak kasi gempaq cm dapat wit riban2..
mari gelak guling2.seronot tak terkira sbb dapat wit.
eh iye ke..
berjayakah aku??

kalo tak caye..mari zooooooooooooooooom bawah lagi..
mari lihat bahan bukti ni.
woit, awat gelak.korang gelak lagi.hampeh.
tak pe.gelakkan korang tidak mematahkan semangat aku..hahaha
poyo ronos punya statement..

lalala mari makan lala..

hati berlagu riang.semacam dunia ini ana yg punya..eh silap, ayu yang punya.mau tak girang selepas bermalam2 tidak dpt surf tenet.ish, rasa jiwa kosong merantai kalbu.argh.

ini semua gara-gara maxis oh maxis.sangat tensen tul. tpon pompuan simpanan je mesti dpt angsa yg sama..eh answer la..ape da..geram la.tau tak nak menunjukkan rasa geram ni mcm mana.mode meluat skrang ni.aku tak leh nak update blog aku.eh, tolong ar.dimaklumkan bahawa coverage network maxis kat puchong mengalami gangguan mental yang bisa meruntun sesawang hati untuk berkarya.kamu2 telah menyekat idea saya.arghhhhhhhhhhhhh.damn.

lalala..lalala..mari makan lala.tetiba.bengong sekejap. tp lg bagus tenet tak hang.mmg mau kasi gua naik hanggggggggggggggg tu..
stop.sekejap.nanti sambung.

Sunday, July 4, 2010

Wanita boleh sanggul tinggi selagi menutup aurat

Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.

Anda Musykil Dr Mashitah Jawab
Sumber >>

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitabolehsanggultinggiselagimenutupaurat/Article/indexp_html

Tangisan Maradona..

Dalam hati mmg nak argentina menang.tp bile tgk skuad german.mmg selayaknya german menang
.stop.tak mau ulas.semua rasa ada.main tak lawan langsung.bungkus 2 pasukan yg aku rasa g final.biarkan berlalu.bye bye Brazil n Argentina..

Saturday, July 3, 2010

cik yumici transfer to puan yumici..

tak nak cite..
biar gambar2 ini yang celoteh k..coz, dah cite panjang dlm entry yg lepas..


aku dah tau..di sinilah puncanya satu perjalanan yg sungguh panjang..
aku telah mengikut arrow ke kanan
arah tujuan ke Tampin..Melaka
(*nisa, ko perasan tak..sebenarnya kan..lampu isyarat tu dh bg petunjuk pada kita..tp kita leh lak ikut kanan..arghhhhh..)


lajunya si kewek memandu..ahaks


inilah dia destinasi terchenta.. :)


kami berempat..hehe


saya suka latar itu..


gambar ini tidak perlu diedit sebarang effect2.
mmg secara semulajadinya telah cantik begini.
lagi2 diserikan oleh objek hidup di atas..


banner di atas semacam di 'designed by kewek' la..
jgn marah pn yumici.

♥ semoga berbahagia pn yumici & en chenta hati ♥


walking..walking..now blogwalking.. hehe

tadi mmg walking2.sekadar walking2 alone2 di jj.hehe..
skrg walking2 gak tp di alam maya ni hah.maklum ar blog sudah new born la.
mcam berpuas ati sikit.nama je dak it.
tp keje semudah ini pun dok mengelabah serang orang bertubi2 dgn mcm2 soklan.
ceh.
tak pe.kata orang.ilmu kalo tak dicari rugi sendiri.
malu bertanya sesat jalan.walau pun ko dok jalan dlm blog saje.
mau lost tak tentu pasal.alih2 lost temper.haha

td kan.td kan.
jalan2 kat jj kan.
alahai comei tgk baju2 baby.geram.nak tgk barang2 baby.
tp.tp.
tak reti nak beli ape.
aku dok tunggu ko ni wan sajidah.bile nak update blog ko ni.
tp aku ada search tenet n bertanya kpd yg pakar.
apakah yg perlu disediakan menjelang kelahiran new born d'cute litle.
wah gitu.
jeng.jeng.jeng
scroll bawah lagi...tara........

Senarai barang baby

1. Baju Baby (lengan panjang) - 4 pasang

2. Baju Biasa - 4 pasang

3. Sarung tangan - 3 pasang

4. Topi / tudung baby - 1

5. Barut Perut baby - 3 helai

6. Lampin pakai buang (Drypers New Born)

7. Minyak Telon

8. Drapolene

9. Bedak, Shampoo, Baby Bath, Baby Lotion

10. Nail clipper, hair comb, thermometer & Nasal Aspirator(selsema)

11. Wet Tissue

12. Tuala & sapu tangan

13. selimut

14. Botol Susu

15. Berus & Bekas simpan botol susu

16. Sabun cuci botol (Pureen)

17. Sabun basuh baju baby

18. Bantal, Selimut & Tilam

19. Thermos

20. Susu Formula

21. Kapas, Bekas Mandian Baby & Changing Matf

22. Beg travel baby

23. Kelambu kecik

24. Bakul baju baby

25. Beg baby

26. Maternity pad

Meletakkan iklan nuffnang..

hampir 2-3 jam dok mengadap menda ni.
geram pun ada.boleh terdelete coding bg asalnya.
arghhh..anggapla ini proses pembelajaran..

cuba try guna cara ini yang rasa aku cam mudah gak la nak letakkan iklan nuffnang tu.
selamat mencuba.

1. Register nuffnang.com.my

2. Pergi pada Dashboard > Blog Manager > Add A Blog > Jawap beberapa soalan survey

3. Pergi Add Ads. Ada 3 jenis code - Leaderboard, Sidebar ( Skyscraper ) dan antara entri blog ( Large Rectangle )

Mula-mula copy mana-mana code yang dikehendaki. contoh Leaderboard

4. Pergi ke Dashboard blog > Layout > Edit Html > Tick Expand Widget Templates

Cari code ini:



]]>






Letak code nuffnang tersebut di bawah code




Kalau nak letak di sidebar, cara mudah guna Layout > Add a gadget > HTML/JavaScript. Paste code sidebar yang di copy dari Nuffnang.


Kalau nak letak antara contents - iklan nuffnang antara post .

Cari code : dan letak code nuffnang di atas


brazil oh brazil..

bukanla nak mengatakan diri aku ini kaki bola.cuma sekadar pemerhati yg tidak berapa tegar.
tak tau pun sape yg main..boleh ke cam tu..

tp.tp.smlm ingat brazil boleh ar menang..aish..dgr cite brazil sudah mendahului 1-0.ayoyo.awat la tak maintain je.tp orang kata bola tu bulat.iye ke?iye kot..

tak tau nak kata ape.tp kalo boleh nak brazil g final.uawaawaaa..ape da..

Wednesday, June 30, 2010

nuffnang..

wah!!! congrate..congrate..telah berjaya membuatkan blog ini mempunyai nuffnang..
tapi still tak jelas lagi apakah kefungsian dan kelebihan nuffnang ini..
thanks kepada blog ini >> http://blog.dinberamboi.com/category/buat-duit-dengan-nuffnang/

telah mengajar saya bagaimana untuk meletakkan nuffnang dlm blog ini..
ish..bangga gile la..sangat seronot tidak terkira..
sape ada experience, leh ar cite sikit apakah itu nuffnang dgn lebih lanjut..leh kan..hehe

Tuesday, June 29, 2010

semangat yang hilang

terduduk aku seketika.buntu.guilty.empty.infinity.
arghhh...y..y..y..y..
lepas satu, satu..
lepas satu, satu..
skrng dah lepas satu, dua lak..
ditambah lak yg ketiga..
arghhhhhhhhh..umpama ada batu besar yg sedang menghimpit benak fikiran
kesusahan di hati dipamerkan dengan senyuman..
keresahan di hati diperlihatkan dengan gelak tawa..
kebimbangan di hati dijelaskan dengan keceriaan..
apa harus ku buat..
harap dan terus mengharap
doa dan terus berdoa
Oh Maha Pencipta..apa yg sedang direncanakan..
begitu hebat dugaan ini..
air mata ini tidak lagi terbendung..
perasaan ini tidak lagi tertahan..
mengalirla ia menjadi butir-butir mutiara agar mampu mencuci segala dosa..
berlalulah ia menjadi titik-titik emas agar mampu menghapuskan segala noda..
kuatkah aku sehingga diuji begini
mampukah aku untuk menghadapinya
tiada kata selain sentiasa merasakan ia datang atas dosa yang penah dilakukan
adakah ini balasannya
seteruk ini kah aku sehingga harus merasai kepahitan ini

Ya Rabbi,
berikanlah aku kekuatan atas kelemahanku ini

Friday, June 11, 2010

apa yg kau rasa..

pagi2 dlm kul 7.15 dpt msg dari sape ntah.tak tau.tak nak amik tau.haha.tp tiba2 rasa cam..eh, jarangnya ada orang msg pagi2 buta cam ni kan.bukak saje inbox, haaaaaaaaaaaaaaaaah!!biar real??

ini msgnya :

"Salam.alhamdulillah wan dah selamat bersalin bb gurl kat spital kajang..mcm mana wan leh bersalin kat sini tunggu ja cite nanti.hehe."

aik..siap ada hehe lagi di belakang penceritaan.ko ni biar betul wan.si suami pun terkejut.eh, wan yg kat putrajaya ke?aku lagi terkejut.bukan ke patutnya minggu ni kita layan wayang wan.ish, aku pun dok congak2 la tarikh sepatutnya kawan saya ni nak deliver.eh, mcm awal 2 minggu je.apa dah jadi.ish, bergelodak jiwa raga.menggeletek usus nak mengetahui apakah sudah jadi.tak kira.nak jumpe gak wan.bukti.bukti.bukti.

malam tu(kira malam tadi) g la umah wan ngan nadia faseeha..wah, nad amik.merasa naik kete baru nad.sangat suka.maklum la, apa nak buat.bumper kete ferrari saya telah terjatuh.huhu.kete antik di zaman paleolitik yg mcm tak berapa nak stabil kan.huh.penuh scene betul.eh, dah la tu.sambung ar cite wan tadi.yg ko melalut cite ko ni ape.tak nak.tak nak.say tak nak.hahaha..ok2.

sesampai umah wan.huh.terujanya.wow, wan u ar mother right now.so sweet dear.baby gurl yg sgt2 comei.merah2 mukanya.sgt geram+aku lak nervous(sbb nak tau cite kan)+terasa kebesaran Ilahi(mcm rasa diri byk wat dosa je)+mcm nak dukung(tp tak reti)..hahaha.tp si cilik Damia ini sedang menikmati hidangan malam yang sgt menyelerakan.tp bile tak dapt.dia mula menangis..uwek.uwek.uwek.eh, mcm tu ke?tak lah..memandai je.lepak punya lepak king.rupanya sudah mencecah 10 lebih.apalagas, mari bergegas.

tp tidak terus balik.hehehe.g mana lagi mak buyung oi malam2 buta ni.pegi balik.en suami sedang menunggu tu(eh, dia selsema la)..hehe.kami g makan.teman nad.tp aku yg selera lebih. sbb kue tiau dia sgt sedap+lak ngan menu yg dibelanje oleh nad.tp..tp..tp..hset tak tau kat mana.aish.cari punya cari.mmg tak de.jgn la cicir.walaupun tak berapa nak mahal.jgnla.jgnla.oh, rupa2nya tertinggal kat umah wan.hehe..ni kenapa ni.saje ke ape.hehe.tak lah.betul.ini cite betul.

oh, pagi tadi g umah wan untuk sekian dua kali nya.mcm byk kan.tak.sikit je.lepak lagi.tgk damia si cilik yg comei.kali ni, dia tdo.wah, comei.geram.ish.damia oh damia.dapat pegang tau.tp sedikit sebanyak sangatlah gugup sbb tak berani.tapi serius.mantap badannya.tak lembik.ish, senang pegang.tp gugup tu lagi byk dari rasa nak pegang.takut.oh, mcm mana daku nanti.tgk wan seronok je.wan tak sakit ke...huhuhu..semoga aku pun akan selamat melahirkan baby yg comei.

*p/s >>tak kira.nak wat pesanan gak.wan, jgn lupa tau update blog ko.upload gbr damia.n paling penting list barang tu..hehe..aku tak nak jadi cam ko wei.bengkung pun tak dan beli.ada hati lagi nak g tgk wayang..mmg Lagenda Anak Wan..hehehe..so sweet.tak sabar nak tunggu ko balik nanti.miss u.take care dear.

Thursday, June 10, 2010

orang kata..

orang kata saya lately nampak macam makcik2..haha..
tak perlu untuk specific sapekah "orang kata" itu..ayat ini bukan merujuk kepada segala perasaan touching di kala ini..bkn tiada perasaan ttp rasa seperti harus mengakui hukum alam mmg saya kelihatan agak makcik2 dua kala tiga kala ini.adakah mungkin kerana faktor2 ini :>>

**tumit tinggi : oh, sudah lama tidak menyarung kaki dengan sepatu bertumit tinggi apatah lagi untuk mempunyai lintasan perasaan memakainya..langsung mmg tak ada nafsu.bile terpandang akan "dia", hati langsung tidak berdetik untuk mendampinginya lagi(tatkala ini)..

**jeans : adakah mungkin jangkauan usia sudah tidak remaja lagi.adoi.saya mmg suka memakai jeans.tp kelihatannya seakan tidak sesuai untuk memakai jeans.bukan tidak mahu kelihatan ranggi tp keadaan amat tidak menyesuaikan.bermulalah episod memakai suar yang agak2 longgar..skirt..what????skirt?ayu crazy?are u crazy?..ish, mcm tak caya tp kene caya gak.aloha.i'm macam pretty gile bile menyarungkan skirt..oh tidak...hahaha..

**make up : bukan nak kata selama ini muka diconteng sgt.tp mmg kadang2 rasa mcm make up tu perlu gak ikut keadaan dan cuaca pada hari itu kan.tp lately mmg langsungla, kadang2 make up pun nampak semakin huduh.oh tidak.kenapa begitu huduh diriku.adakah lukisan pada raut wajah tidak sekata atau tidak menimbulkan rona-rona cahaya diri sgt cantik.

**berbaju kurung : oh, baju kurung yang langsing lagi comei lote.tatkala menyelak dedaun pintu almari,mata akan terpaku kepada kejelitaan si pemakainya..haha.(episod perasan memuji diri tinggi melangit)layannnnnnn..namun, bila skrang memakai baju kurung, bukan baju itu tidak cantik, sekali imbas mmg si pemakainya kurang nampak berseri dan sepertinya tidak kene sahaja dengan pakaian itu.tidak harus dibuang kan.tpi nak pakai baju apa ni.(soklan yg tiap2 pg akan berlegar2 di ruang kotak fikiran untuk pergi ke destinasi yg perlu ditujui).rupa2nya kain sudah tidak muat lagi.ia semakin membesar.keranamu sayang.

**mini dress : ini saya suka.mmg suka.ada link "like" tak.pls vote for me..kahkah.tp satu yg sy tak suka.nape mesti ada reben atau tali lebihan untuk diikat di pinggang. adakah untuk memberikan pandangan agar saya kelihatan lebih ramping.mcm tidak.apakah fungsinya.oh, masih tercari2.tak mau pikir.pakai je.macam comei.tp malu lebih merajai diri.

**gaya berjalan : faktor ini pun leh jadikan aku mcm makcik2 ke?wei, jgn ar gitu.tau ar dah tak leh jalan laju sgt.apa nak buat.masih ingin menyatakan keadaan yang membuatkan aku begini dan akan terus begini but.....hanya untuk seketika my dear.sabar k.

yang paling penting.walau apa orang nak kata.saya bakal mendapat hadiah yang paling bererti dariNYA.terima kasih Ya Tuhan.sangat menghargainya.

wif luv.
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails