Monday, January 31, 2011

pink itu lembut..auwwww

tiba2 create entry seakan menjilat ludah sendiri.owh tidak.
bukan begitu.berbalik pada tajuk entry, mmg betul bukan.
teringat plak..ni budak netball la ni yang mmg suka pink2 ni..tak leh blah..lagi2 si yumici yg sekarang lebih selesa dengan panggilan puan yumici.tak abis.kasut nak pink.baju nak pink.beg nak pink.adoi..segala bagai nak pink.

tiba-tiba.hah cuba korang tgk.blog ni pun dah kene penyakit sawan.semua pink belaka.
kira menyonsang dari kegemaran hakiki yg tidak seberapa minat kepada pemilihan kaler ini.tp begitu sweet bukan.hahaha.maklumla..kadang2 warna pilihan hati akan berubah mengikut peredaran usia yang semakin mencari kebahagiaan.bukan semakin tua ok.kiranya budget mcm sweet la dah tua2 ni pakai pink.dapat menutup segaris urat yang semakin mengendur.ape merapu ni.dah mula ar tu.

pink lady's di luar sana.sudah2 la tu.cemburu warna-warna yang lain.ahaks.

hari-hari..dah 2-3 hari cuaca seakan bermain emosi.kejap redup.kejap renyai.kejap lebat.panas tak muncul tiba.seakan merajuk.setiap cuaca itu kan rahmat.cumanya.kain tak dapat dikeringkan sebaiknya mengikut jadual waktu yang ditetapkan.kain semakin bertimbun.jadual waktu untuk berlepas ke kampung semakin hampir.pakaian si ibu mengalahkan pakaian si anak.gile kentang.

no idea sudey.bye.


glitter-graphics.com

Saturday, January 29, 2011

saya sangat punya masa..

masa sangat tidak berbayar.it's for free.
masa juga tidak terluang untuk sesuatu yg tidak bermanfaat.
blogging.blogging.itu bermanfaat jugak kan.hahaha.ada aku kisah.ko lagi tak kisah.
24hours sgt mencukupi dan kadangkala bagai mengira satu.dua.tiga.owh, baru 60 saat.lambat plak masa ni.begitu bukan.

dok skodeng blog orang len.menggeletek je rasa nak buat macam tu.
skodeng lagi.skodeng lagi.adoi, mcm tak terlarat nak update persekitaran blog saya ni.
kenapa.bagaimana.mereka2 mempunyai masa yg terlalu banyak untuk mencantik hiaskan blog mereka.owh,sgt cemburu ok.tp tak pe.go slow babe.aku berazam untuk membuat perubahan minda blog sehari sekali.lama2 pasti berubah bukan.kalo tak dapat sehari sekali.maybe seminggu sekali.haha.alih2 setahun sekali.al-maklum la, kalo tahun baru, sepertinya harus bermuka blog baru.iye tidak.TIDAK.tak payah nak ikut2 orang.ikut kemampuan diri sendiri.yeszaaaaaaaa..smlm dok wat banner baru.arini nak upload slideshow pulak.kemajuan yang sangat membanggakan.i'm proud.i'm proud.

%#!@%#^%$*%-(maaf, ini bukan kata-kata mencarut lagi karut)
ini adalah salah satu gelombang melodi menandakan masuknya waktu untuk bersarapan.
bisa menggelodak jiwa raga tanpa sesuap makanan.moh kita.

pagi-pagi celik..

pagi-pagi celik je di pagi-pagi buta ni terus on tenet.
usha2 mana2 blog yg best.sambil si cilik juga melilau matanya melihat sama.seakan mengerti.maklumla window shoppin di alam maya juga perlu melibatkan si anak kecil agar tidak terabai.jalan2 sambil menyusu lg.senaman jari la katakan.ahaks.ditambah lg dgn posisi yg hampir2 di bwh kipas.confirm.tak peluh.

tiba-tiba.aku jadi confius.fius akal hampir terputus.ni blog ibu atau blog anak ni.hai darwisy, men kasar nampak.dah la hampir semua cite mesti ada terselit update si cilik punya aktiviti dan ragam.banner pun penuh dgn picha2 si cilik.di side bar juga ada picha2 si cilik.bukan men skrg ek.kecik2 dh pandai memonopoli blog org.terkesan sungguh.

eh..dah tdo la.ibu lapar la yang.
mati idea di sini.daa

sesudah saje pic ni di upload, si tuan punya gambar telah membangunkan dirinya..owh, tido tak sampai 5 minit.hehe.oklah.mau membuat rutin seperti biasa.kutinggalkan blog ini kepada kalian untuk ditatapi.kalo sudi la.

Friday, January 28, 2011

tido itu enak

berus gigi 3kali sehari..berus gigi 3kali sehari..
llalalalala..gila meroyan dah kembali.

haloooo.alam maya tiada bermaya.owh,sgt keletihan.
walaupun tidak berbuat ape2.serupa dengan berbuat apa2.
intro kasi hepi2 gila2 sikit.maklumla kan dah malam ni.
so, kena la g berus gigi.

amacam banner blog sy kali ni.mengancam keselamatan tak.
ada rasa tergugat nak kasi challenge tak.ikut suka mu la.hahaha.
tak mau amik kisah.sbb blog ni pun masih di takuk permulaan.
cuba g menggedik kat sesawang len, pasti jumpe yang cun2.

seperti biasa.sejak dua menjak ini, title entry tidak akan bersamaan dengan story yang mahu digebangkan.ntahpahapentah.hidup seakan mati.
macam mana tu.sehinggala rutin menjadi aksi2 yang kurang menunjukkan kecemerlangan diri.rasa kehebatan diri mula terbatas dek kerana semakin maju dalam perusahaan membasuh pakaian berkali2.kalo2 rasa berkesempatan bentar, kasi cuci pinggan mangkuk yang tak putus2 ada sahaja dalam ruangan sinki.uwek.uwek.uwek.belum ditambah dengan khidmat tulus menyusukan anak.kalo tidak sehingga kenyang pun, perlu diberi perhatian untuk adegan mengagah agar si anak tidak rasa bahawa diri keseorangan.

senyum.senyum.tak perlu kata apa-apa.
senyum.senyum.dah tentu tak leh kata apa-apa.nama pun bayi yang baru sahaja menyambut ulang bulan kelahiran yang ke-4.membesar secara johan di hadapan kedua belah mata dengan penuh kasih sayang.walaupun sepertinya si cilik lebih menyayangi si ayah.namun.
si ibu dengan rasa tanggungjawab mencuba untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya.kadang2 baran yang tiba tidak mengundang.maaf ya si anak ibu.

malam begini kesunyian.si anak melelapkan matanya untuk beberapa jam pertama yang selalunya memakan masa 3-4jam.si ayah tiada di sisi.touchingnya.si ibu mengadap skrin dengan penuh berkobar2 untuk merealisasikan hasrat untuk menulis entry yang terbuku semenjak pagi tadi.bukan kerana tidak berkesempatan.tugasan yang lain lebih penting untuk dilakukan.kami akan balik kampung.kulim gitu.yare yare.

laptop ku sumber cahaya kegelapan.wah gitu.bukan ape, lampu tido telah tidak menunjukkan tanda kebolehanfungsian.lantas.sejak 3-4 malam ini, kami tido dalam kegelapan yang diterangi oleh cahaya laptop yang memberikan keyakinan untuk meneruskan mimpi.mampukah laptop ini berfungsi 20 jam sehari.owh tidak.siang terus bekerja.malam juga terus bekerja.kalo lah laptop ni boleh bercakap.pasti sudah terkeluar perkataan2 yang mampu menggugat keamanan sejagat.maklum la.menda jarang2 sekali nak mencarut.mencarut itu kan karut.uish.apa ni.tak bek.nahe.nahe.

oklah.stop here.eh, sini bukan bus stop la.
sudah mau mimpi.lalalalla





Wednesday, January 26, 2011

GA Lainaz & Closet

sy sgt tidak gemar apabila kelajuan untuk surfing di tahap membosankan.
tp saya mcm gemar untuk join GA.maklumla..sapaan dari si gadis yg acapkali memasuki sarang blog saya ini telah menerbitkan bibit-bibit malu yang agak menebal.owh.

tanda berterima kasih.kepada princess.saya juga insan biasa.ewah.maafla tak dapat celoteh panjang.mahu memenuhi permintaan untuk join GA ni saje2 di petang ari sblm anak memberi amaran untuk susuan penuh berkrim.ahaks.

mari.mari.mari.

1)mestilah join blog sahabat kita ni >> Hatiku Hati Getah & Lainaz Closet
2)bikinla sikit cite2 agak membodek untuk sahabat kita ni gak.nak hadiah tak.nakkk..nakk..hahahaaa.silakan.
3)tag kawan2 yang lain >> wan sajidah | yumici | wan fadhilah
(owh, bkn tag kwn2 ni ek, ni kwn saye..awak2 tag la kwn2 awak tp kalo depa ni kwn awak, xsalah tag juga)
4)letakkan banner di side bar.mudah bukan.

tu dia.my cilik sudah wake up.daaaaa.

boleh kata slalu si gadis ini meninggalkan jejak kasihnya di tinta sy.rasa kemaluan semakin menebal jika tidak membalas dengan baik sapaan si gadis ini.tu dia.siap tag saya untuk follow GA lagi.tak cukup baik lagi tu.tenkiu tenkiu.

kelewatan membuat entry ini adalah disabitkan oleh pelbagai rintangan yang kadang2 tidak tertempuh.lalu.membiarkan sahaja blog ini kesunyian.tanggungjawab lain lagi penting dude.eewah.

merepek sambil makan kerepek.mmg superb.mari kita memulakan GA yang dimaksudkan.
bukan mahu sangat nak merapu sambil menipu untuk beberapa keadaan.tenet yang meloadingkan page "Insan Biasa" ni terlalu terbatas lantas si merapu di sini terjebak dengan adegan2 yang berunsurkan gaya bebas.setelah diteliti syarat2 penyertaan perlu ke page hatikuhatigetah dan Lainaz Closet.tenet menyiput kembali.argh..damn tul la..



Tuesday, January 25, 2011

anakku anakmu jua

oh ya?betul ke ni.mau tersedak seisi perut mendengarnya.
besalah.skrang ni kan, di merata ceruk,pasti.confirm.topik anak akan menjadi bualan meniti dari bibir ke bibir mengatasi segala isu semasa hangat yg ada.
oh bertuahnya kamu si anak.permulaan cite akan bertanyakan kabar si anak.

"anak sihat?dah bape bulan?masa lahir bape kilo?anak dah pandai ape?"

pengumuman.pengumuman.

anak sedang menjalani kesihatan di tahap memerlukan penjagaan yg lebih.beliau dijangkiti selsema dan batuk2 yg semakin pulih.
28.1 ni hampir genap 4 bln.hooraaayyyyy..dah besar anak ibu.
pertimbangan berat buat masa ini tidak dpat di agak secara tepat tetapi secara halusnya semasa beliau berusia 3bln seminggu sudah menjangkau 5.1kg.kecik.betul.memang kecik.janji sihat.
anak skrang dah pandai memblogging.ahaks.yg ni nampak sgt klentong abis.haha.

see.semua persoalan di jawab dengan tenang oleh si ibu.
semua soalan berkisarkan kehidupan si bayi.bertuahnya kamu si anak.
hehehe.

u know what.fasha sanda n jejai dah berpisah.owh.apsal tetiba selingan cite dua makhluk bercinta ni.ada aku kisah.tak kisah pun.tp tulah.aku tak rasa la nape cite depa ni menjadi paparan utama di halaman hadapan muka surat kabar.tak menjamin kesejahteraan dan kemajuan negara.penting ke.macam tak penting.tu la dia, pelaris akhbar di zaman ini. melebihkan hal2 yang sensasi dari fakta yang berkualiti.ok stop.

sudah.tak usah dok wat cite bebukan.hal2 yang tak pasti, tak bek cite berjela2 nanti jatuh fitnah.berdosa tak tertanggung.tadi masa dok jalan sambill memangku anak kesayangan, berangan2 kalo dapat makan ikan keli, kan best.lama betul tak makan.sekali sampai je kat umah, terpacul la ayat ni,

"mak, laparla".

ahaks.anak oh anak.kalo dah namanya anak.bermanja itu harus.hehe.si mak pun berkata,

"ko pegi beli rempah n amik daun kari, mak nak masak ikan keli".

owh.betul ke ni. Ya Allah.bukan sekali.bukan dua kali.tapi berkali-kali terjadi.apa yang terlintas.mcam tiba2 terjadi.(only bab makan2).apa kata aku dok berangan-angan makan yg best2.agak2 jadi kenyataan tak.ketam masak cili padi ke.kerapu tiga rasa ke.adoi, bisa meleleh air liur aku.hati membuak2 kencang.perut berlagu indi band.
oh, aroma semakin menusuk kalbu.sedapnya.enaknya.

kepandaian-kepandaian si anak berdasarkan kad kemajuan peribadi

menurut kad kemajuan anak, si cilik sudah berjaya menunjukkan peningkatan yg agak memberangsangkan.lihat di atas sana.darwisy sdh berjaya menarik sarung tgn lalu membuat aksi-aksi kurang macho dgn menghisap jari-jemari.dengan pakej bunyi2an chup chap chup chap.


kepandaian seterusnya.si cilik sedang menempa nama di arena modelling kerana bijak manyajikan pose2 agak memberangsangkan.lihat saje anak matanya, pasti akan mengekori bayangan lensa tidak mengira posisi.bijak bukan.ikut sape ni??pastilah si ibu kan.hobi kegedikan di hadapan lensa diwarisi dengan baik sekali dan mengagumkan.


"walau sepayah mana posisi itu, akan kuberikan pose yg menarik, tertarik..confirm dabooom,"darwisy berkata.


amazing achievement.yang ni paling superb cos si cilik telah membuktikan keupayaan yang ketara tatkala mampu menggunakan puting sebaik mungkin.wow.bangga si ibu lantas merekod kejadian dlm format video agar menjadi bahan bukti di kemudian hari.

**pembinaan entry di hadapan si cilik dengan menunjukkan sikap2 yang menyenangkan
**si mak telah memanggil si ibu untuk melantak kari ikan keli.pasti terliur bukan
**x sabar nak buat entry untuk seseorg yg telah men'tag' saya join GA.tenkiu2.nantikan nanti.

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails