Tuesday, July 5, 2011

kaler tidak matching..

dah baca tajuk belum..ok, sudah?
tu dia zaman skrang punya trend.
kadang2 terlalu ikut trend pun, kepala jadi pusing.
baju kaler oren, suar kaler biru.
baju kaler hijo, suar kaler ungu.
pelik jelik itu kamu.aku juga sometime.
macam nak termuntah tgk matching2 yg ntahpahapentah.


tapi jgn cepat melatah dude.kalo kene dengan matchingnya.
bisa jatuh cinta.jatuh tangga.jatuh hati.jatuh ke bawah.
walaweh dah nama pun jatuh.mestilah ke bawah bukan.
bahasa menunjukkan bangsa.idea menunjukkan kepandaian.
jgn mensasarkan point yg ada sehingga orang tidak dapat membacanya.
apatah lagi mengagak.hanya burung gagak aje yg paham..!%#!@%#@%#


korang perasan tak.skrang macam2 tudung yg telah distailkan.
tudung telah mengalami arus pembangunan insan yang sering gemar kelainan dalam berfesyen.ada yang menarik hati.kreatif betul rakan-rakan kita.
aik.berbalik pada hati ni.bertudung kerana iman atau fesyen? jangan terlalu berfesyen sehingga yang patut tutup tidak ditutup.yang patut terbuka..(eh, ada ke?..)ada tapi area pembukaan kawasan tidak luas dan terhad ya dude.jgn berangan nak tayang mem'blind pig' ya.nanti dipandang jelik.terusik hati untuk menyampaikan ke lidah.uish, bergosip di sana sini.bukan saya ek.orang len.eh, bukan orang len juga.hahaha..


sape mau jadi model?angkat tangan pls?tak payah dua-dua tangan.satu sudey.
ada cukup pakej?tak perlu bertubuh langsing.tak perlu berdahi licin.tp janganla pipi berjerawat batu yang perlu diservice dengan kertas pasir gred A.owh.adakah saya memenuhi kriteria-kriteria di atas.maaf, saya tidak mau bergelar model.apatah lagi bergelumang dalam dunia glamourous.sbb saya tidak ada pakej2 di atas.haha..


bukan ape,dok usha2 blog seronok juga tgk kawan2 kita ni berposing ala-ala superstar.
tetapi adakah mereka benar2 selebriti atau somebody yang saya tak kenal.

tidak mengapa.biarkan mereka gembira melalui hari-hari mereka sebagai superstar.

masih tiada gambar2 yang bisa ku tepekkan di sini.
harap maklum.perkhidmatan jalur lebar sangatlah terhad.
sekian terima kasih



Sunday, July 3, 2011

suker-suki tak gosok gigi..

gile aku rindu kat blog ini.ahhhh..
alhamdulillah skrang aku sudah berkerjaya kembali.tidak penting diketahui umum.
tapi aku nak bgtau juga..haha.

9mths on+9mths off+9mths on+9mths off=:)

macam teruja bukan.nak tahu?
maklum saje ayu si minah propa bikin angin di luar sana kecoh sikit.
hati-hati, ada mata memerhati..

9bulan tanam anggur hijau yang pahit rasanya.
tetapi 9bulan jugak mengandung si cilik darwisy yg sekarang sudah berusia 9 bulan.
angka 9 menjadi bualan di status fb yg menimbulkan tanda soal di benak pemikiran yang membacanya.yang meluat pun baca sama.ikut suka kamu la.janji aku sgt gembira.

kesusahan bukan untuk ditangisi.benar.

eh, tatkala dia lalu depan mata ku..hati berdegup kencang.
bagai direntap keinginan memilikinya.owh.
tersangat gile kentang.

merepek sambil makan kerepek memang sedap.tp hakikatnya aku tak suka kerepek.
hah ambil.sape suruh baca entry langsung tak memberi manfaat ini.sudah.
skrang mode: ctrl+alt+del=log out.

chop! nape tak de stori mori about my cilik.
u know what.dia sangatla tidak menggedik tatkalah ibunya pulang rehat.
OMG..adakah sudah tiada bibit-bibit kerinduan.uawaawawa
tak ape..itu tandanya dia sudah pandai membiasakan persekitaran dengan cuaca alam.
alhamdulillah...semua ni rezeki dari langit..

tadi makan nasi goreng paprik ayam..urm..sedapnya.

cit..merapu meraban.

p/s:tiada stori pasal tajuk di atas.harap maklum.carilah di kemudian entri pun tak mungkin jumpe.daa
Photobucket

Thursday, June 2, 2011

wakil bulan ini

galak?bermata galak?galak membaca?galak galak galak.
hahahhaha..ada galak membaca.tampar laju-laju kang baru tau.

no time no see la my blog.aduyai.ada rindu dalam taman hati.

malam ini di suatu saat yang hening.ewah.ku merajinkan diri
membina coretan ini buat tatapan kalian.mari dekat sini.

kasi rapat.jangan kata tidak.kalo tidak, aku ngajuk nanti..

kewek si ting tong person sudah mari.


mau tido la.sok mau drive jauh2 ke umah nenek kesayangan.

teluk anson namanya dulu.makan masa kurang lebih 3 jam jugak.

dengan kadar pemanduan yg agak berhemah.perlu lebih mementingkan
jiwa dan perasaan si penumpang.walaupun aku juga dalam kategori penumpang.

bukan ape, dok pinjam keta orang bukan.itu bukan menumpang la.

hahaha.ada?ada?.............


ari ni bersuka ria ke jusco?WHAT??????JUSCO?ONLY?

itu pun suka?OMG ( owh, merapu giler)..

ada g JUSCO pun suka bagai menari ria.ceh.kasi malu kompeni je.

hahahah..biarla.aku pun pasal kan..g beli buku..paling tak tahan.

gua men game di pusat permainan game tu..disaksikan oleh si cilik Darwisy.

inikan riadah namanya.haha.pastu kan, gua men kuda tau.uish.ape ni?

ko men kuda ke kewek oi..haram tu..eh silap la..gua nek kuda..haha..dok pusing2

ntah bape round.kepala sudah nek pusing.tak tahan.nasibla tidak terhuyung-hayang.

ala llalallala tok..perut lapar...tolongggg!! (slang versi nyanyian sape ek..lupa sudey)..


makan punya makan.jalan punya jalan.

balik time.seronot.tapi belum abis lg..

giant time..WHAT?again punya terperanjat..ONLY?GIANT?

owh..no taste la ko ni kewek..ape tempat shoppin ko pegi ni.

orang kata..orang kata lah..ukur baju di badan sendiri..

maklum ar..skrang dah pandai ukur baju darwisy.. :)


so sweet.


harap maaf.cerita ini tidak didatangkan dengan bukti pembelian dan sebarang

gambar sebagai saksi.kekurangan teknologi bercitarasa tinggi masih diawang-awangan.


harap maklum.


later gua nak tepek lak pic adik gua kawin..comei comei comei aku..

hahaha..takkan nak puji pengantin llak kan.

tapi kan adik gua ni sedikit overlak..2-3 ari sblm majlis berlangsung..

adalah dia suh gua buat ape ntah..eh eh eh..dengan slumber gua sound menggunakan

woofer namun bercirikan komedi,"sori sikit, raja sehari cuma sehari je ek..bukan hari2..

so,kalo nak tolong..akan dibantunya hanya pada hari majlis shj"...hahahaha


adik terkedu.


suka.gua mmg suka.sbb dapat kenakan orang.


okla.sekadar nak kasi bagitau uolls yg gua masih wujud di alam blogging ini.

cukup untuk cite ini.dan mungkin ini adalah wakil bg bulan jun ini.


jgn lupa ya..5 june ini, i sambut besday la..aish, sudah blushing2 ni.

tak pe..simpan ucapan kalian tu.dah tau dah.mmg nak wish kan..

tenkiu la yang..


aku d'perasan.


daa.

Photobucket

Saturday, May 14, 2011

M.A.L.A.S aka Malas Atau Lazy Adalah Saya

Photobucket

Sunday, May 8, 2011

saya sayang ibu saya

today is mother's day.wah.semua orang sambut bukan.mcm2 yg dilakukan untuk ibu masing2.
walaupun aku tak reti nak tunjuk kasih sayang aku pada ibuku, tapi ketahuilah aku sgt2 sayang pada ibuku.moga Allah s.w.t sentiasa letakkan ibuku di dalam hatiku sepanjang hayatku.walaupun ada ketika aku merasa sedih dengan dugaan yg datang.aku teringin sangat berkongsi masalah aku dengan ibuku.ingin memeluk ibuku.owh..berdosakah aku?

aku tersangatlah sedih di kala ini.mau menitis air mataku.sabar.sabar.sabar.

Friday, May 6, 2011

random pic of darwisy...

ni pic paling latest..ahad lalu..1 mei..comei kan..mcm ibu dia..hehe

lihat si cilik ini..umurnya baru sahaja mencapai 6 bulan 3minggu (24 april) tatkala gambar ini diambil.maklumlah fizikalnya kecil..ditambah kelasakan dan kelincahan yg momentumnya sangat la tinggi.uh..anakku..ibu dok berfb.anak kat belakang dok cuba berdiri.nasib la tak terlentang anakku.


anak ibu yg noty, pandai pulak dia berdiri di katil, pegang laptop lagitu..aduhai kamu.

kenangan bersama jiha.picha ni kat putrajaya.dalam bulan mac kalo tak silap

ni pun pic time bulan 3 aritu.

betapa aktifnya darwisy.time ni baru berusia6bulan.dah nak sit up gitu.

p/s: actually byk lagi picha2 darwisy..tp tak larat nak upload..hehe
Photobucket

mana anak ibu ni..

kurang lebey 2 jam darwisy dibawa ayahnya ke gelanggang badminton..ibu nak ikut, tp ibu ada tuisyen lak..tiba2 dok selak2 fb sambil mendengar syarahan ustaz samsuri ahmad ni..tetiba rasa kerinduan akan anak kecilku..owh, mana anak ibu ni..cepatla balik..dah abis banyak folder darwisy ibu bukak ni dok tgk gambar je...cepatla ayah..nak peluk cium darwisy..rindunya......

isteri solehah diceritakan dalam satu hadis adalah seumpama seekor gagak putih di kalangan 200 ekor gagak hitam.tatkala encik2 suami pulang ke rumah..cuba tengok.kot2 keserabutan terpancar di muka encik suami..rajin2 la buatkan kopi ke..teh ke..pegi la tanya sat, abang, layanan saya kurang memuaskan ke?si suami dok geleng..uish, selamat kita.cewah..cuba try tanya, abang, nak kawin lagi ke?hahahhahha..ada beran ka..ni mau rambut serabut serabai terus straight mcm baru lepas rebonding...guna jari pun boleh..haha.

cam ner nak kenal isteri yang jahat?perempuan yang hodoh perangai itu mendukacitakan suami.owh, Ya Allah jauhkan aku dan kami2 daripada golongan isteri yang jahat ini..

damn.idealess.

out dulu la.nak upload pic ke?erm.kalo tenet berpotensi laju.akan ku upload k..


Photobucket
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails