Friday, May 6, 2011

mana anak ibu ni..

kurang lebey 2 jam darwisy dibawa ayahnya ke gelanggang badminton..ibu nak ikut, tp ibu ada tuisyen lak..tiba2 dok selak2 fb sambil mendengar syarahan ustaz samsuri ahmad ni..tetiba rasa kerinduan akan anak kecilku..owh, mana anak ibu ni..cepatla balik..dah abis banyak folder darwisy ibu bukak ni dok tgk gambar je...cepatla ayah..nak peluk cium darwisy..rindunya......

isteri solehah diceritakan dalam satu hadis adalah seumpama seekor gagak putih di kalangan 200 ekor gagak hitam.tatkala encik2 suami pulang ke rumah..cuba tengok.kot2 keserabutan terpancar di muka encik suami..rajin2 la buatkan kopi ke..teh ke..pegi la tanya sat, abang, layanan saya kurang memuaskan ke?si suami dok geleng..uish, selamat kita.cewah..cuba try tanya, abang, nak kawin lagi ke?hahahhahha..ada beran ka..ni mau rambut serabut serabai terus straight mcm baru lepas rebonding...guna jari pun boleh..haha.

cam ner nak kenal isteri yang jahat?perempuan yang hodoh perangai itu mendukacitakan suami.owh, Ya Allah jauhkan aku dan kami2 daripada golongan isteri yang jahat ini..

damn.idealess.

out dulu la.nak upload pic ke?erm.kalo tenet berpotensi laju.akan ku upload k..


Photobucket

Sunday, April 24, 2011

aku dah keje la..

nak tulis..nak tulis..suka suka suka..
hujan lebat di luar tidak mematahkan semangatku untuk berkarya..ahaks..
lama sungguh tidak update cite2.byk sudah yg terlepas.
kesempatan harus diambil.maklum la my ensem boy sudah tdo la.ayoyo anakku si darwisy syifa'..
ibu sibuk berfacebook.dia sibuk jugak.bila ibu dok toleh belakang, tup2 tgk si anak sedang berdiri kat almari.owh, bisa menakutkan gitu.kamu itu kan kecil lagi si anak.no no no.noty ek.
mana si ayah ni tak balik lagi.tak cadang bawak kami jalan2 ke.hehe.bosan gile ni.
hari minggu rasa macam hari isnin...selasa..rabu..khamis..jumaat..

sepatutnya kan..esok..esok..esok..owh,tak nak cite.
ayu kamalia.sedarlah diri tu sikit..anda tidak layak.carilah kat tempat lain plak.
sound mcm sedey kan.memang sedih.sedih tidak tertanggung.tp orang akan kata..sabar.sabar.sabar.tp nak sabar tu pun pahit jugak kan.cuba ko ada kat tempat aku tgk.ko boleh tak sabar.hahahahaha.belum tentu kan.sbb Allah itu hanya bagi ujian pada hambanya yang layak sahaja..seeeeeeeeee...i layak tau.i layak diuji oleh Allah s.w.t.Thanks Allah s.w.t.

slalu akan ada orang tanya.tak keje ke?tak cari keje ke?dah keje?agak2kan jawapan klise cam ner lagi yg aku nak bagitau.ada cadangan tak??komen komen.

meh sini aku bgtau sebab yang paling utama :
>si anak masih tidak mahu menggunakan khidmat puting botol.jadi hati si ibu sangatlah kasihan tatkala melihat anak akan menangis teriak2 bila dicuba berkali2 menggunakan botol.saya mmg mahukan anak saya minum susu ibu ke tahap yang saya mampu.saya tidak sanggup meninggalkan anak saya.owh.orang lain bisa mengata macam2.saya tidak ajar dari awal la.salah saya la.kenapa asyik nak salahkan sahaja.kenapa tidak cuba memahami.susah sangat bukan untuk memberi dorongan.lebih bahagia menuding jari tidak tentu hala.lantaran itu, saya memikirkan untuk mencari rezeki bila anak saya bisa ditinggalkan dengan selamat penjagaan makan dan minumnya.hati ibu tidak akan tenteram.Hanya padamu Ya Allah aku berdoa.Engkau Maha mengetahui segala yang terbaik.terima kasih.

uish.tiba2 jadi touching plak.hehe.senyum balik.kutip-kutip senyuman itu.pegi jauh-jauh kedukaan.segalanya hanya sementara.selagi hidup.jalani hidup dengan bahagia.

baru kutahu letih juga menjadi surirumahtangga sepenuh masa.bila dipikir-pikir balik. surirumahtangga itu juga satu pekerjaan yang mulia kan.hehe.so, aku dah keje la.yeah.yeah.yeah.yabedabedoooooooooooooooooooooooooooo.

kurang lebih seminggu lagi.sepupu aku akan berkahwin.wah.seronot tu.nanti kita upload pic k..
Photobucket

Saturday, April 23, 2011

kacak luar kacak dalam

Kacak luar kacak dalam, kacak dengar sini.lalala.amboi2, hati berlagu riang nampak.si kacak mana yg dipanggil tu.haha.tp aku ada si kacak seorang ini.owh, buah hati pengarang jantung.sedang lena nampaknya dibuai mimpi.walaupun tidak tido berbuai.hanyalah atas tilam sahaja.namun, dia masih kacak di mataku.no no no.bukan si bapa yang kacak itu.mestilah si anak.jangan marah ya si encik suami.anda sudah tidak kacak di mataku lagi.hahahaha..gurauan kasar di malam hari.

Hari ini.sudah masuk berumur 6 bulan 3 minggu si anak hidung tinggi bersama2 di samping aku.bahagia.mmg bahagia.owh..semakin mendapat akal gitu.ke sana ke mari.tidak mengira usia. Setiap saat kepala berpusing memikirkan pekerjaan yang boleh dilakukan.sambil sebelah tangan menggaru2 kepala yang tidak tahu kebenaran akan kegatalan itu.namun, dari riak wajah sudah menampakkan bahawa si anak cerdas bertindak.pantang tidak berjaga.sudah beralih posisi.sangat kurus dibuatnya. Lagi-lagi tatkala diletakkan di dalam ‘baby walker’..alahai, sangatlah pantas tindakan itu.ke utara ke selatan.ke barat ke timur.dengan langkah mengetam.posisi mengereng sahaja.seperti kata pepatah,”ketam mengajar anaknya berjalan”.tidak tersentap oleh si ibu.kerana, kalo digunakan pepatah ini,”ayah kencing berdiri, anak kencing berlari”..hahahaha..pepatah sekeluarga.kadang2 menggeletek jiwa. Sangat sinonim dengan situasi semasa.

Itu belum lagi.bebelan yang diungkapkan.lucu.kelakar.bising macam siapa?cer teka…haha..ibunya ka??ayahnya ka?dua-dua?boleh jadi..baka bebelan tiada henti..non-stop talking.eh, skrang semakin rancak mendapat hidangan bubur nasi yang di+ ayam + karot + bayam + perencah ayam..bukan setakat si anak yang mendapat layanan begitu.si ibu menumpang mulut dan perut sama.eh, tidak salah bukan. Sedapnya…nyum..nyum..nyum.. namun begitu, masih tidak berhasil mahu menyusukan anak menggunakan material2 yang sedikit menyenangkan..tidak mengapa..saat menyusukan anak adalah detik terindah..Thanks Allah.memberikan kami rezeki sebegini besar faedahnya.Engkau Maha Segala. Mengetahui segala keperluan hambamu.moga tidak putus susuku ini untuk titisan-titisan kekenyangan si anak.

bila mulut sudah comot2..baju pun sudah comot2..molot ibu sudah terkumat-kamit.jom kita mandi………sangatlah disukainya. ‘kugembira sentiasa, badanku sihat dan kuat’..sambil berjalan menuju ke bilik rendaman yang tidak sampai beberapa langkah itu..cukupla sekadar melodi ini sahaja.cukup juga menggembirakan hati si anak.tatkala desiran air paip itu menerjah ke dalam baldi biru, si anak menoleh2 kepalanya seakan mahu memusing 360 darjah, pusing 2 kali..seakan teruja.kaki terkinja-kinja tanda suka.tatkala si ibu menyusap air ke muka, si anak dengan lantasnya menjelirkan lidah.uish, sedap ke?hahahahaha…ok sudah..proses pemakaian pakaian sangatla rumit di kala ini.tidak seperti dulu.ibu sangat berhati2..pelan..pelan..takut la terseliuh ke apa kan.tp skrang, si anak ni..ligat..ke kiri..ke kanan memusing..alih2 dah meniarap..owh, sungguh memakan masa yang agak panjang..
Rekod kemajuan si anak di tambah dengan aksi menonton televisyen.di antara sari rancangan yang menjadi kegilaan si anak ..oh, sudah pasti bukan Maharaja Lawak..bukan Akademi Fantasia..maklumla, sedang si anak itu masih dalam tumbesaran yang tidak mampu memahami rancangan2 yang memerlukan minda berfikir lebih jauh. Jeng jeng jeng..betul betul betul. Si upin dan ipin..matanya, tubuh badannya..agak2 fikirannya juga terus berfokus pada cerita katun ini..seperti memahami mesej yang disampaikan..1 lagi program menjadi feberetnya..bisa terkinja-kinja di hadapan tv..apabila melihat aksi perlawanan bola sepak.owh, salah aku ke?tidak.si anak sangatla suka melihat BOLA..GOLLLLLLLLLLLLLLLL.

saat menidurkan si anak kadang2 menguji kesabaran.punya la semangat menyusu dengan mata terpejam..tup2, selepas kekenyangan.si anak seumpama sedang mengecas tenaga untuk beraksi semula..padahal hati si ibu sudah berbunga riang. kembali beraksi si ibu.owh..namun, bila si anak sudah memejamkan matanya..Alhamdulillah.syukurla sesangat.dipeluknya bantal kesayangan. psttttttttt...jgn bagitau sesape tau..bantal tu, letakkan bucu bantal betul2 kat mulut si anak...punyalah rakus dia menyoyot nanti..macam habit la plak..haha..so sweet..

gambar?erm..ada gambar..tp tak rasa nak upload la.sori naik lori...tenet sangat tidak memberangsangkan.

Pejam.

Mata sudah lalok.tidak lalu untuk merangsang otak menjana minda mengarang dengan lebih panjang.cukup sekadar di sini.saya sangatla penat.namun, si anak akan bangun untuk penyusuan penuh berhikmah sebentar lagi.kalo sudah tidur, mata sudah tidak lagi mampu menongkat.owh…nikmatnya…

Moga masih diberi kesempatan untuk esok.


Photobucket

Tuesday, April 12, 2011

wink..wink..

dah lama tak membebel di blog anganan kosong ku ini..
masalah demi masalah bertimpa..
namun, tidak mematahkan semangatku untuk memberikan yg terbaik untuk hidup..

bila dihitung2 macam lambat masa berlalu..
tanpa dibilang, sudah menjangkau usia 6 bulan 2 minggu darwisy berada dalam dakapan kehidupan kami..aku bahagia..sangat bahagia..
tp kan..huhu..smlm darwisy jatuh katil..tersentak..mcm nak gelak tp tiba2 air mata mcm nak mengalir..kutahan...darah mula mengalir dari hidungnya..oh Tuhan...moga tidak diapa2kan dia.
alhamdulillah..diberikan kesihatan yg baik..cuma selsema dan batuk seketika..huhu..

darwisy semakin menunjukkan aksi2 lincah..dan semakin lincah..
akalnya semakin menjadi2..ragam sungguh mempesona...amazing...
kupanjatkan kesyukuran kerana darwisy masih menyusu badan..
walaupun banyak2 kata2 yg bisa mengguris hati aku..aku redha..aku mahu berikan yg terbaik untuk anakku..walaupun aku tau, ia bukanlah semudah itu...

aku sayang dia dan kamu...
Photobucket

alhamdulillah

1001 rahmat di sebalik 1001 kekusutan..
alhamdulillah ku panjatkan setinggi2 kasihmu Tuhan atas kehidupan yang diberi..
kesusahan mengajar aku erti kehidupan..
kepayahan menyuntik aku semangat ketabahan..
keperitan menyulam buih-buih kesyukuran..

tiada ungkapan selain alhamdulillah..
aku masih bernyawa..
aku masih mampu melihat alam ciptaanMu..
aku masih bisa melihat orang2 tersayang disekililingku..
bertuah atas kurniaan ini.
terima kasih Allah s.w.t..
moga aku masih diberikan kesempatan untuk esok..
memejamkan mata untuk seketika meminjam mata untuk keesokan pula..

moga Engkau meredhai perjalanan hidupku Ya Rabbi..

Photobucket

Sunday, March 20, 2011

darwisy oh darwisy

guess what??
hahaha.pikir pikir na na na na na...
selama ini telah kunanti-nantikan detik pertumbuhan akal yang bakal diraih..
sejak seminggu lalu..darwisy telah mula menunjukkan tanda-tanda untuk meniarap..
1...2..3..4.. kali sahaja darwisy baru mahu meniarap..mmg boleh dikira bukan..
tetapi..please be attention..hahaha..khamis MALAM jumaat..pssssssssssss..jgn ckp kuat2..
darwisy telah meniarap untuk sekian 5,6,7,8,9,10 .................. kali-kali-kali-kali...
sudah tidak boleh dikira lagi aktiviti ini kerana potensi semakin rancak..siap boleh ke hulu ke hilir untuk mengambil sesuatu yg menawan di hati..hati si ibu melonjak girang...........
hoorayyyyyyyyyy....namun begitu, masuk hari ini..genapla usia darwisy dlm tempoh seminggu ini tidak membuang bahan buangan..oh, sgt merisaukan hati..semoga anak sihat2 selalu..
pic tak de...ada tp tak rasa nak upload lagi..later ek..
ni pinjam laptop orang.berukband pun orang punya.hanya blog ini sahaja saya yang punya.

selamat membaca!

Photobucket

Friday, March 11, 2011

entry membabi buta..

ini adalah entry busuk di malam hari..
kiranya pembukaan entry yg ntahpahapentah menunjukkan rasa kewujudan masih ada..
entry pertama bg bulan MAC.oh, apa sudah jadi.macam2 terjadi.
sgt tidak mahu menulis lagi.adakah.tidak.bukan begitu.owh.

laptop kesayangan telah menunjukkan tanda2 tidak mahu beroperasi sejak sebulan yg lalu..
kerosakan melanda dan bukan tidak mahu memperbaiki..tetapi..
masih merasakan keperluan lain lebih wajib diutamakan.
maafkan compaq ku sayang.pengabaian harus dilakukan.

tatkala hati membuak2 mahu bercoleteh.semangat tidak mahu tiba.
hati dan semangat merupakan dua aspek yang berbeza.sgt berbeza.
tidak mahu dirungkaikan.

malam2 begini, sgt teruja dengan laluan jalur lebar yang berprestasi tinggi.
walaupun bil tertunggak sudah minta untuk dijelaskan.
tiba2 rasa semangat mencari resipi karamel n kek gula hangus.
harus dicuba.padahal penah mencuba.tp tidak menjadi.kali ini, harus..harus..harus.

akan ku upload later..kalo rajin k..
Photobucket
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails