Monday, January 31, 2011

pink itu lembut..auwwww

tiba2 create entry seakan menjilat ludah sendiri.owh tidak.
bukan begitu.berbalik pada tajuk entry, mmg betul bukan.
teringat plak..ni budak netball la ni yang mmg suka pink2 ni..tak leh blah..lagi2 si yumici yg sekarang lebih selesa dengan panggilan puan yumici.tak abis.kasut nak pink.baju nak pink.beg nak pink.adoi..segala bagai nak pink.

tiba-tiba.hah cuba korang tgk.blog ni pun dah kene penyakit sawan.semua pink belaka.
kira menyonsang dari kegemaran hakiki yg tidak seberapa minat kepada pemilihan kaler ini.tp begitu sweet bukan.hahaha.maklumla..kadang2 warna pilihan hati akan berubah mengikut peredaran usia yang semakin mencari kebahagiaan.bukan semakin tua ok.kiranya budget mcm sweet la dah tua2 ni pakai pink.dapat menutup segaris urat yang semakin mengendur.ape merapu ni.dah mula ar tu.

pink lady's di luar sana.sudah2 la tu.cemburu warna-warna yang lain.ahaks.

hari-hari..dah 2-3 hari cuaca seakan bermain emosi.kejap redup.kejap renyai.kejap lebat.panas tak muncul tiba.seakan merajuk.setiap cuaca itu kan rahmat.cumanya.kain tak dapat dikeringkan sebaiknya mengikut jadual waktu yang ditetapkan.kain semakin bertimbun.jadual waktu untuk berlepas ke kampung semakin hampir.pakaian si ibu mengalahkan pakaian si anak.gile kentang.

no idea sudey.bye.


glitter-graphics.com

Saturday, January 29, 2011

saya sangat punya masa..

masa sangat tidak berbayar.it's for free.
masa juga tidak terluang untuk sesuatu yg tidak bermanfaat.
blogging.blogging.itu bermanfaat jugak kan.hahaha.ada aku kisah.ko lagi tak kisah.
24hours sgt mencukupi dan kadangkala bagai mengira satu.dua.tiga.owh, baru 60 saat.lambat plak masa ni.begitu bukan.

dok skodeng blog orang len.menggeletek je rasa nak buat macam tu.
skodeng lagi.skodeng lagi.adoi, mcm tak terlarat nak update persekitaran blog saya ni.
kenapa.bagaimana.mereka2 mempunyai masa yg terlalu banyak untuk mencantik hiaskan blog mereka.owh,sgt cemburu ok.tp tak pe.go slow babe.aku berazam untuk membuat perubahan minda blog sehari sekali.lama2 pasti berubah bukan.kalo tak dapat sehari sekali.maybe seminggu sekali.haha.alih2 setahun sekali.al-maklum la, kalo tahun baru, sepertinya harus bermuka blog baru.iye tidak.TIDAK.tak payah nak ikut2 orang.ikut kemampuan diri sendiri.yeszaaaaaaaa..smlm dok wat banner baru.arini nak upload slideshow pulak.kemajuan yang sangat membanggakan.i'm proud.i'm proud.

%#!@%#^%$*%-(maaf, ini bukan kata-kata mencarut lagi karut)
ini adalah salah satu gelombang melodi menandakan masuknya waktu untuk bersarapan.
bisa menggelodak jiwa raga tanpa sesuap makanan.moh kita.

pagi-pagi celik..

pagi-pagi celik je di pagi-pagi buta ni terus on tenet.
usha2 mana2 blog yg best.sambil si cilik juga melilau matanya melihat sama.seakan mengerti.maklumla window shoppin di alam maya juga perlu melibatkan si anak kecil agar tidak terabai.jalan2 sambil menyusu lg.senaman jari la katakan.ahaks.ditambah lg dgn posisi yg hampir2 di bwh kipas.confirm.tak peluh.

tiba-tiba.aku jadi confius.fius akal hampir terputus.ni blog ibu atau blog anak ni.hai darwisy, men kasar nampak.dah la hampir semua cite mesti ada terselit update si cilik punya aktiviti dan ragam.banner pun penuh dgn picha2 si cilik.di side bar juga ada picha2 si cilik.bukan men skrg ek.kecik2 dh pandai memonopoli blog org.terkesan sungguh.

eh..dah tdo la.ibu lapar la yang.
mati idea di sini.daa

sesudah saje pic ni di upload, si tuan punya gambar telah membangunkan dirinya..owh, tido tak sampai 5 minit.hehe.oklah.mau membuat rutin seperti biasa.kutinggalkan blog ini kepada kalian untuk ditatapi.kalo sudi la.

Friday, January 28, 2011

tido itu enak

berus gigi 3kali sehari..berus gigi 3kali sehari..
llalalalala..gila meroyan dah kembali.

haloooo.alam maya tiada bermaya.owh,sgt keletihan.
walaupun tidak berbuat ape2.serupa dengan berbuat apa2.
intro kasi hepi2 gila2 sikit.maklumla kan dah malam ni.
so, kena la g berus gigi.

amacam banner blog sy kali ni.mengancam keselamatan tak.
ada rasa tergugat nak kasi challenge tak.ikut suka mu la.hahaha.
tak mau amik kisah.sbb blog ni pun masih di takuk permulaan.
cuba g menggedik kat sesawang len, pasti jumpe yang cun2.

seperti biasa.sejak dua menjak ini, title entry tidak akan bersamaan dengan story yang mahu digebangkan.ntahpahapentah.hidup seakan mati.
macam mana tu.sehinggala rutin menjadi aksi2 yang kurang menunjukkan kecemerlangan diri.rasa kehebatan diri mula terbatas dek kerana semakin maju dalam perusahaan membasuh pakaian berkali2.kalo2 rasa berkesempatan bentar, kasi cuci pinggan mangkuk yang tak putus2 ada sahaja dalam ruangan sinki.uwek.uwek.uwek.belum ditambah dengan khidmat tulus menyusukan anak.kalo tidak sehingga kenyang pun, perlu diberi perhatian untuk adegan mengagah agar si anak tidak rasa bahawa diri keseorangan.

senyum.senyum.tak perlu kata apa-apa.
senyum.senyum.dah tentu tak leh kata apa-apa.nama pun bayi yang baru sahaja menyambut ulang bulan kelahiran yang ke-4.membesar secara johan di hadapan kedua belah mata dengan penuh kasih sayang.walaupun sepertinya si cilik lebih menyayangi si ayah.namun.
si ibu dengan rasa tanggungjawab mencuba untuk melaksanakan amanah dengan sebaiknya.kadang2 baran yang tiba tidak mengundang.maaf ya si anak ibu.

malam begini kesunyian.si anak melelapkan matanya untuk beberapa jam pertama yang selalunya memakan masa 3-4jam.si ayah tiada di sisi.touchingnya.si ibu mengadap skrin dengan penuh berkobar2 untuk merealisasikan hasrat untuk menulis entry yang terbuku semenjak pagi tadi.bukan kerana tidak berkesempatan.tugasan yang lain lebih penting untuk dilakukan.kami akan balik kampung.kulim gitu.yare yare.

laptop ku sumber cahaya kegelapan.wah gitu.bukan ape, lampu tido telah tidak menunjukkan tanda kebolehanfungsian.lantas.sejak 3-4 malam ini, kami tido dalam kegelapan yang diterangi oleh cahaya laptop yang memberikan keyakinan untuk meneruskan mimpi.mampukah laptop ini berfungsi 20 jam sehari.owh tidak.siang terus bekerja.malam juga terus bekerja.kalo lah laptop ni boleh bercakap.pasti sudah terkeluar perkataan2 yang mampu menggugat keamanan sejagat.maklum la.menda jarang2 sekali nak mencarut.mencarut itu kan karut.uish.apa ni.tak bek.nahe.nahe.

oklah.stop here.eh, sini bukan bus stop la.
sudah mau mimpi.lalalalla





Wednesday, January 26, 2011

GA Lainaz & Closet

sy sgt tidak gemar apabila kelajuan untuk surfing di tahap membosankan.
tp saya mcm gemar untuk join GA.maklumla..sapaan dari si gadis yg acapkali memasuki sarang blog saya ini telah menerbitkan bibit-bibit malu yang agak menebal.owh.

tanda berterima kasih.kepada princess.saya juga insan biasa.ewah.maafla tak dapat celoteh panjang.mahu memenuhi permintaan untuk join GA ni saje2 di petang ari sblm anak memberi amaran untuk susuan penuh berkrim.ahaks.

mari.mari.mari.

1)mestilah join blog sahabat kita ni >> Hatiku Hati Getah & Lainaz Closet
2)bikinla sikit cite2 agak membodek untuk sahabat kita ni gak.nak hadiah tak.nakkk..nakk..hahahaaa.silakan.
3)tag kawan2 yang lain >> wan sajidah | yumici | wan fadhilah
(owh, bkn tag kwn2 ni ek, ni kwn saye..awak2 tag la kwn2 awak tp kalo depa ni kwn awak, xsalah tag juga)
4)letakkan banner di side bar.mudah bukan.

tu dia.my cilik sudah wake up.daaaaa.

boleh kata slalu si gadis ini meninggalkan jejak kasihnya di tinta sy.rasa kemaluan semakin menebal jika tidak membalas dengan baik sapaan si gadis ini.tu dia.siap tag saya untuk follow GA lagi.tak cukup baik lagi tu.tenkiu tenkiu.

kelewatan membuat entry ini adalah disabitkan oleh pelbagai rintangan yang kadang2 tidak tertempuh.lalu.membiarkan sahaja blog ini kesunyian.tanggungjawab lain lagi penting dude.eewah.

merepek sambil makan kerepek.mmg superb.mari kita memulakan GA yang dimaksudkan.
bukan mahu sangat nak merapu sambil menipu untuk beberapa keadaan.tenet yang meloadingkan page "Insan Biasa" ni terlalu terbatas lantas si merapu di sini terjebak dengan adegan2 yang berunsurkan gaya bebas.setelah diteliti syarat2 penyertaan perlu ke page hatikuhatigetah dan Lainaz Closet.tenet menyiput kembali.argh..damn tul la..



Tuesday, January 25, 2011

anakku anakmu jua

oh ya?betul ke ni.mau tersedak seisi perut mendengarnya.
besalah.skrang ni kan, di merata ceruk,pasti.confirm.topik anak akan menjadi bualan meniti dari bibir ke bibir mengatasi segala isu semasa hangat yg ada.
oh bertuahnya kamu si anak.permulaan cite akan bertanyakan kabar si anak.

"anak sihat?dah bape bulan?masa lahir bape kilo?anak dah pandai ape?"

pengumuman.pengumuman.

anak sedang menjalani kesihatan di tahap memerlukan penjagaan yg lebih.beliau dijangkiti selsema dan batuk2 yg semakin pulih.
28.1 ni hampir genap 4 bln.hooraaayyyyy..dah besar anak ibu.
pertimbangan berat buat masa ini tidak dpat di agak secara tepat tetapi secara halusnya semasa beliau berusia 3bln seminggu sudah menjangkau 5.1kg.kecik.betul.memang kecik.janji sihat.
anak skrang dah pandai memblogging.ahaks.yg ni nampak sgt klentong abis.haha.

see.semua persoalan di jawab dengan tenang oleh si ibu.
semua soalan berkisarkan kehidupan si bayi.bertuahnya kamu si anak.
hehehe.

u know what.fasha sanda n jejai dah berpisah.owh.apsal tetiba selingan cite dua makhluk bercinta ni.ada aku kisah.tak kisah pun.tp tulah.aku tak rasa la nape cite depa ni menjadi paparan utama di halaman hadapan muka surat kabar.tak menjamin kesejahteraan dan kemajuan negara.penting ke.macam tak penting.tu la dia, pelaris akhbar di zaman ini. melebihkan hal2 yang sensasi dari fakta yang berkualiti.ok stop.

sudah.tak usah dok wat cite bebukan.hal2 yang tak pasti, tak bek cite berjela2 nanti jatuh fitnah.berdosa tak tertanggung.tadi masa dok jalan sambill memangku anak kesayangan, berangan2 kalo dapat makan ikan keli, kan best.lama betul tak makan.sekali sampai je kat umah, terpacul la ayat ni,

"mak, laparla".

ahaks.anak oh anak.kalo dah namanya anak.bermanja itu harus.hehe.si mak pun berkata,

"ko pegi beli rempah n amik daun kari, mak nak masak ikan keli".

owh.betul ke ni. Ya Allah.bukan sekali.bukan dua kali.tapi berkali-kali terjadi.apa yang terlintas.mcam tiba2 terjadi.(only bab makan2).apa kata aku dok berangan-angan makan yg best2.agak2 jadi kenyataan tak.ketam masak cili padi ke.kerapu tiga rasa ke.adoi, bisa meleleh air liur aku.hati membuak2 kencang.perut berlagu indi band.
oh, aroma semakin menusuk kalbu.sedapnya.enaknya.

kepandaian-kepandaian si anak berdasarkan kad kemajuan peribadi

menurut kad kemajuan anak, si cilik sudah berjaya menunjukkan peningkatan yg agak memberangsangkan.lihat di atas sana.darwisy sdh berjaya menarik sarung tgn lalu membuat aksi-aksi kurang macho dgn menghisap jari-jemari.dengan pakej bunyi2an chup chap chup chap.


kepandaian seterusnya.si cilik sedang menempa nama di arena modelling kerana bijak manyajikan pose2 agak memberangsangkan.lihat saje anak matanya, pasti akan mengekori bayangan lensa tidak mengira posisi.bijak bukan.ikut sape ni??pastilah si ibu kan.hobi kegedikan di hadapan lensa diwarisi dengan baik sekali dan mengagumkan.


"walau sepayah mana posisi itu, akan kuberikan pose yg menarik, tertarik..confirm dabooom,"darwisy berkata.


amazing achievement.yang ni paling superb cos si cilik telah membuktikan keupayaan yang ketara tatkala mampu menggunakan puting sebaik mungkin.wow.bangga si ibu lantas merekod kejadian dlm format video agar menjadi bahan bukti di kemudian hari.

**pembinaan entry di hadapan si cilik dengan menunjukkan sikap2 yang menyenangkan
**si mak telah memanggil si ibu untuk melantak kari ikan keli.pasti terliur bukan
**x sabar nak buat entry untuk seseorg yg telah men'tag' saya join GA.tenkiu2.nantikan nanti.

Saturday, January 22, 2011

mode:muhasabah diri

pendarahan jerawat.uish makin melata ianya tumbuh.
tidak mengira musim.sejuk.panas.mengawan.lampu merah hijau kuning.
semua dia langgar.datang tanpa penah dijemput.bila nak halau payah benor nak pegi.
bikin kejelitaan menurun seiring dengan confident diri yg makin serabut serabai.
teringat bila si suami penah berkata,"syg dah macam mak lampir abg tgk"..
nak marah pun mcm betul..hahaha..terbahak2 gelak bersama.
tanda keserasian mulai menemui bibit cinta yg syahdu tp selalunya over langsung tak de nak penah sama.ada saje yg tak kena.abis2 pun si isteri senyap lagi baik.
kadang2 tertanggung plak rasa ketidakpuashatian dlm diri.
NAMUN.
malam tadi baru je mendengar ceramah dari ustazah di tv9 dlm rancangan Tanyalah Ustazah. kalo tak silap la.terharu lak dgr istimewanya kita sebagai wanita dijadikan Allah s.w.t sebagai rahmat yg terulung.tiba2 rasa owh..aku la itu.sesuai dgn tajuknya. saya isteri saya ibu.
nice bukan. Thank u Allah menjadikan aku sesempurna ini.ku juga berdoa agar engkau memperkenankan doa2 rakan-rakanku untuk mempunyai cahaya mata. Semoga mereka juga merasa betapa hebatnya anugerah yg engkau berikan.tiada nilai.tiada tandingan.hebatnya pemberianmu.sehingga kini aku takjub bagaimana ada nyawa boleh hidup di dalam perutku. sehingga saat melahirkan.bagaimana bayi sebesar itu boleh keluar dari pintu rahim yg kecil. Masyallah Agungnya penciptaanmu Ya Allah.
ustazah ini berpesan.seburuk mana pun yang diperlakukan kepada kita, kita kena berbalik pada diri kita sendiri.sebelum melakukan apa2 ke atas orang lain, uruslah diri kita dahulu.dekatkanlah diri ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya dia yang mengetahui segalanya.kita serahkan diri kepadaNYA. sedang kita, lagi sesaat pun tidak mengetahui apa yg akan terjadi bukan.makanya.redha.redha. semua telah ditentukan.
BAGI DIRIKU.
bukan tidak penah tahu.Allah itu menjanjikan mana-mana syurga boleh dipilih asalkan kamu menjaga maruah, taat kepada suami, solat, berpuasa, menjaga iman.
TETAPI.
khilafnya kita sebagai manusia.alpanya kita sebagai khalifah.
lekanya kita sebagai hamba.egonya kita sebagai penumpang di muka bumi Allah ini.
sering kali ingin melanggari hukum Allah.Nauzubillah.
Moga kita mendapat petunjuk dari Allah.

Ya Rabbi. Ampunilah dosa-dosaku.dan seluruh umat Islam.
Amin


Friday, January 21, 2011

hati berbaju riang

dalam byk2 rutin yg aku buat.baru perasan, ari ni tak conteng blog lg.
erm.tiba-tiba xde idea nak tulih ape.
ahmad darwisy syifa'.seperti besa menunjukkan perasaannya yg seakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan si ibu.tp.hari ini lain sikit.demam ke?owh, mintak2 dijauhkan.maklumla skrg heboh pasal denggi(berita tersebar di kalangan ajk2 tingkap di pondok yg terdiri drpd kurg 10 org).sound mcm heboh 1 dunia.tidak mengapa.sesekali bikin propa yg tidak mengganggu akal org sekeliling.

aku pula kengantukan memuncak.lantas tidak terpikir pasal kehidupan blog.tdo masih tidak dapat nyenyak.diganggu oleh suara merdu si cilik.kan dia mcm xsht.asyik-asyik teriak sakan..dipujuk sebentar.diam pun sebentar.teriak lama.tulang belakang sudah hampir membongkok tiga.ayu si gadis tua.toink, boleh buat tajuk entry ni.ahaks.

nak pegi jalan2 pun, niat tinggal niat je.sedih merawan hati.skrg ni kuar je rumah, pakai duit.kuar je rumah pakai sen...eh, jgn dongeng ek..kuar g sidai kain mn ada pakai ongkosnya.. hello-hello, larat ke sekadar windows shopping seperjalanan pergi balik jemur kain saje.mood membazir tidak berkembang ok.

sudah.maghrib menjelma.tunaikan tanggungjawab anda.kalo x, sape nak jawab di sana nanti.


Thursday, January 20, 2011

coffee adict.gilos

Si cilik baru sahaja membuaikan mimpinya.menyimpul benang-benang keindahan di alam maya.
Si ayah telah lama berangkat ke kantor pencarian rezeki.
Si ibu juga telah menyiapkan keje2 rumah yg menjadi rutin.owh.begini lagi kah.
tiba-tiba nak stori pasal sarap pagi2 ni.u know what.i buat cekodok la.diulang.cekodok pisang.
mmg sedap tak terkata.walaupun rupa bentuk telah berubah.
daripada bulat2 menjadi segi2 yg tidak tau ada brapa.kiranya infiniti la ni.
tetapi harus diingat rupa bentuk tidak mengubah rasa ok.
same like my mom making la.terharunya.padahal baru cekodok je pun.ahaks.
gembira mcm dpt menghasilkan kek pisang.

1 more thing, now, i’m....malunya plak rasa nak cakap.
pipi mula dah nak nek blushing.
biar malu-malu.biar segan-segan.ewahhh..nyanyi lak.
coffee addict.betul ke ni.dah mcm orang tua lak.
iyela.setuju.tp mmg betul la.bukan secawan.bukan sekole.TAPI.sejag.
maklumla, reputasi kadang2 naik turun.tidak menentu.alang-alang nak minum,bikin sejag lg senang.

cerita kedai kopi.tiada hakim tiada saksi.cerita sensasi di kedai kopi.
hati berlagu riang.tetapi otak bersarang.
nak buat ape lagi ek.erm..kasi update blog, mcm menarik.
sbb tu la kuar cite yg bebukan ni.bukannya apa.
waktu ku simpul2 pisang tadi, asyik terkeluar je ayat2 nak menulis blog.
macam-macam.
tu pasal la, tulis blog sikit punya laju ni.dia dah main2 dlm otak.
tinggal nak ketik papan kekunci je.

Eh smlm kan.i jalan2.ada satu blog ni wat GA lagi.
mcm menarik la.i nak join.sbb dah ada pic yg i penah buat.
so, kasi tepek je la kan.mana tau.rezeki mengundang.ahaks
owh, my little prince sudah terbatuk-batuk.
itu amaran kecil petanda bahawa si cilik akan membangunkan dirinya sebentar lagi.
so, mungkin akan update pasal GA tu later.






Wednesday, January 19, 2011

nothing to be display

bukak.tutup.bukak.tutup.
ketidakbetulan sudah mari.
bukannya ape.mood berblog sekadar melintas di angin lalu je.
mmg tiada cadangan untuk penambahbaikan entry.
dok tumpang lalu sambil terbongkok-bongkok tanda menghormati blog aku ni.
sesekali menggedik ke blog kengkawan yg lain.
masih tidak punya nafsu mau tulis sepatah dua bebelan.

ari ini.tidak seperti biasa.
ada aku kaco ko.tak de kan(tiba-tiba).adoi.
dr sepanjg mlm, terjaga untuk pemberian susu rmt kepada anak tersyg je 4 kali.
agak penat tp masih boleh mengagah sambil si cilik tersenyum sipu.
oh tidak.tidak boleh dibiarkn mata melilau kasar.
momentum si bayi sgt luar biasa.bisa aje berjaga tidak mengira fenomena alam.
putaran alam berjalan mengikut paksi yg ditetapkan.
namun, si anak kecil mempunyai dunianya tersendiri.
pejam mengikut dayanya yg termampu.
kdg2 terkekek diagah dan dgn tiba boleh mengalunkan teriakkan yg sudah pasti bkn dibuat2.

pagi2 menyiapkan si cilik se comei2nya.
agar sedap mata memandang.iye sungguh authentik kan.ahaks..
hujung jari sesaja mencari pasal menekan butang laptop.
alam maya bakal dijengah.
tidak seperti biasa.ari2 ngadap muka buku.sampai xjemu2.
dok tgk status sorg2 kwn.sesekali dpt melihat buffering pic loading.
naik nyampah.naik darah pun ada.
tp diri xserik2 dgn kelajuan komputer setara kuasa kuda tp berfungsi mengalahkan kuasa tenuk.haha.

kepala pusing.hati runsing.tingkah tidak seiring.
asyik memikir2kan apakah pekerjaan yg bakal dikerjain.
rakan2 slalu berkata,
"ada tu rezeki org dah kahwin"
"ada la tu rezeki anak"....
owh, ayat penyedap rasa yg saban hari diungkapkan.
adakah ianya sekadar memujuk hati yg rawan ini.
mmg mujarab kata2 ini tetapi hanya untuk seketika cuma.
namun kutahu, DIA lebih tau.

dlm dok nyusu anak, masih boleh memblog sepanjang ini.
ok la.permisi

Tuesday, January 18, 2011

kesempatan perlu diambil

uish.mcm self-fish aje bunyinya kan.agak.
tp tak keterlaluan.masa perlu diagih-agihkan supaya hidup tidak terlalu bosan.
arghhhhhh.damn.
aku nak keje.tp syg nak tingal si cilik.hati berbelah bahagi.
setelah di tambah tolak=mesti keje.
dikalikan berkali2=mesti keje.
owh.jawapannya selalu mesti sama.
pagi2 buat rutin yg sama.mcm bosan.
bukannya ape.bila hujung bulan.tiada tentatif untuk pegi ke shopping mall.
memikirkan berjimat itu lebih penting.owh, aku kah itu.bukan aku kan.
sadis.tp tiap kali nak shopping, hanya mampu window shopping aje.
sound mcm sedihnya.knp begitu.bukan begini.
begitu begini kan adik beradik.olalala.tidak mengapa.
mana yg penting kita dahulukan.
anak juga rezeki bukan.mari kita membiakkan anak.hahaha.

okay.stop ya.
kasi tgk pic kawin emi lak ek.

pemakaian yg agak ayu.tp dispoiltkan oleh kamera cap ayam.
kokokokoko

we wink..wink..

k.a.m.i

bakal pengantin

kali ke3 bertemu..just bertemu di majlis2 kawin je..
1st>>ms diaorg kawin @ s.alam 2008
2nd>>ms aku lak kawin setahun kemudian dec 2009
3rd>>ketemu di sini(h.melintang) jan 2011



emi & adib wed's part 2

sudah kubilang begini jadinya.ahaks.
silap2 ada lak versi emi & adib the series..hahaha..
maklum ar waktu senggang bukan slalu nak free.
bz mengalahkan orang berkerjaya.hello.full housewife juga adalah org berkerjaya ok.

so.tong.haha.
pagi2 si suami celik mata berkata,"kita makan roti canai ari ni".ok saje la si isteri.
best2.siap2 si cilik darwisy.anak ayah pegi dulu.
owh......break time k..

sambungan.
poyo je.padahal post ditulis setelah breakfast.
bagi gimik sikit.baru mengancam keselamatan dan sosial hidup pagi2 ni.

owh,ibu memberi si anak susu penuh keberkatan.ewah.
anak pun mata terkedip2 sayu je.dlm hati si ibu.hoorayyyyy..
blogging time.angkat penuh kasih sayang.

NAMUN.

anakku tidak jua tido.hahaha.kubiarkan sebentar.
sbb tu la leh tulis cite ni hah.ok, sound sudah mau berbunyi.
kasi layan darwisy kejap ek.picha2 akan di upload later.

daa..

hi.kembali semula.anak di pangkuan ibu.
adakah si cilik bakal mewarisi sifat2 berblog si ibu?? :)


kasi gegar.maklumla kamera cap ayam versi murah.
kak wati wif danish.
seangkatan wif darwisy.
ibu darwisy yg vogue sambil pemakaian tidak mengikut acara.
owh.

anak dara mana ni.still slim river.
ayu belaka.

Monday, January 17, 2011

emi & adib wed's part 1

eh, bukan ke dah ada entry pasal wed ni pagi td.
tu yg tak official la.haha..kiranya stori untuk pra weds.
amboi.memandai-mandai je.bukannya nak citepun.
saje nak tepek pic.nanti ada ar cite kat bawah pic tu kan.
tp kenapa tajuk entry tu part 1.rajin bebenor ke nak update untuk part 2.
atau terlalu byk stori ke sampai nak wat part2 ni.
jawapannya.untuk orang2 yg malas mcm saya ni.begitula keadaannya.
kadang2 mood mendesign datang, rajinla.
kalo tak pun, anak tiba2 menjeritkan suaranya yang merdu.
mahu meminta sesuap nasi.ewah.mana lak nasi.susu la ibu, darwisy tiba2 berkata.

MALAM BERINAI

emi dan shahida yang still maintain slim walaupun sudah punya anak 3.wah gitu.vogue kan

gaya rutin dari kakak a.k.a erni

effa kegedikan.hahaha.

mereka lg.

adorable.

alamak!!!
kan dah cakap, bukan nak ada2 kan cite.tp mmg itu rutinnya.
si cilik darwisy dah wake up.
tak sempat ibu nak upload pic ibu yg vogue lagi vast.ahaks..



alahai..berkerak kelumumur..ahaks.

bukan apa pun.baru 3 ari tak update.jiwa jadi sasau.gelora di hati sarah.aik silap..
bila bawak kete kan.mencurah2 idea ni nak tulis.
rasa nak tulis je stori2 sepanjang perjalanan.cite orang melintas ke.
cite kambing sembang ngan lembu ke.aish..semua nak cite la.
tp bila dah ada dpn skrin bisu ni.terkelu jari-jemari tak tau nak cite ape.
nak mula pun tak reti.tu pasal la tajuk pun merapu meraban.
agak2 ada owang rindu kat aku tak.hahaha.

bukannya menghilangkan diri, cuma balik ke kampung halaman seketika.
untuk meraikan majlis perkahwinan jiran a.k.a kawan sepermainan.kawan sekutukan.haha..
tp yg kawin ni adiknya, si emi fazira.kakaknya bukan tak laku tp masih menunggu harga pasaran hantaran meningkat..haha.tipu je yg ni..jgn marah.

tak taula, kedatangan aku diundang ke tidak.tp mmg depa dah undang.sbb aku ni tak jemput pun, aku datang.maklum ar.dah kenal lama.seronok sembang ngan depa.
ish, kalo boleh nak dok lama2.aku mmg suka dok sembang2 ngan maknya, cik dah (tp tak sempat)..dapat la lepak2 ngan cik noza n cik yati.bestla.si kecik darwisy lagi seronok.ramai dok pegang.lagi2 kalo awek pegang.mmg senyum sakan.tp balik je umah.meragam nak susu.adoi.tolongla.mmg susah benor nak ajar minum susu botol.mmg akan ngs teriak2. sedih ibu.owh.sori2.entry bukan untuk mengenang diri sendiri.

berbalik pada majlis kenduri tu.aku kalo bab makan.no1.bab bergambo dah tentu.tak mau cite panjang la.kasi tgk pic ya..tp bukan skrang.after diedit k.daa


Thursday, January 13, 2011

Darwisy di buai mimpi indah

Owh.pagi2 dah bangun.tp si ibu buat dek je.mungkin kengantukan mengatasi segalanya. Bby dilayan oleh si ayah yang mmg menjadi rutin sblm ke kantor akan bermain2 manja mereka berdua.si obie junior akan senyum selang seli gelak.kejap lagi dia merengek.last2 nangis.si ibu yg dibuai tido walaupun bukan dlm buaian terus membuka mata sekecik2nya.memikirkan kalo2 tangisan tidak serius, boleh melelapkan mata kembali.ohh.ini bukan trick ya.ini namanya peluang sbb mlm dah jaga beberapa kali.

Ahaks.mata sudah tidak boleh dipejam.perut sakit tak tau nak ckp.

Bgn.lepak2.sambil mata seakan mau tutup lagi.owh, mau ditongkat mata ini dgn mancis tp ....tanggungjawab perlu digalas.ewah.hahaha.si suami pegi mandi.si ibu menyiapkan diri si anak utk mandi juga.untung2 bila bagi susu dia akan tido balik...yahhhhhhhhooooooooo.com.my.

Darwisy-mandi=DONE...hajat di hati nak bg susu, tp lebih manis kalo si ibu mandi jugak..kubiarkan si anak bersama si adam.eh, terkejut..sambil mandi masih boleh berpikir.knp darwisy tidak merengek seperti tadi.owh, adakah sudah tido.eh,....eh..cepat2 mandi.rupa2nya sedang melayan katun bersama si adam.uish,kaki katun sama dengan ayah dia.owh tidak.sedang dia tidak merengek lagi, lebih afdal kemas2 bilik dahulu..yeehaaaaaaa..kopi sekole sudah siap.sound kecik sudah berbunyi.bergegas angkat dan terus memberi susu cap gantung.sambil mengalunkan lagu indah memuji kebesaran Ilahi.zikir munajat itu kan lagi bagus.moga mendapat hidayah dan kehidupan yg baik di kemudian hari.amin.tup2.sambil memangku anak menyusu.sambil jari-jemari si ibu mengetik papan kekunci melayari laman web disukai.walaupun lambat.satu huruf.lepas satu huruf.satu huruf lagi.namun akan ku tidak membazirkan masa yg ada.anak sudah tido dengan nyenyaknya.ku tepuk2 belakangnya.dan terkulai kemanjaan di bahu ibu.so sweet my dear.

Kupindahkan si anak ke atas katil agar rutin ku menjadi lebih mudah.ahaks.tapi2..arghhhhh..mata terpandang pada gigitan nyamuk yang besar.pagi tadi mmg nampak.owh..kesiannya, bukan apa..kelmarin dapat brochure dari MPSJ pasal denggi.moga2 anakku terlepas dari sebarang kesulitan.skrang, si ibu sedang mengupdate blognya.mari lihat pic si cilik ini yg sedang lena tido.mak kata, tak baik tangkap gambar orang tengah tido.huhu..






alamak..xsempat pun nak publish lg, si cilik dh bgn..leh bayangkan x, seberapa kejap dia tdo...owhh..slamat tinggal blogku..cont later k


Wednesday, January 12, 2011

sejujurnya berlaku jujurla di kalangan kamu..

tiba-tiba rasa nak membebel pasal topik ini.

KEJUJURAN.

kenapa.penting sangat ke gabungan 9 huruf ini.penting sangat ke 1 perkataan ini.

bagi orang lain aku tak tau.tp bagi aku.ianya sangat penting.
di mana2 kita berada kita perlu untuk berlaku jujur.
ia sangat sukar dilakukan untuk setiap masa.
tetapi ia akan menjadi sukar sekiranya kita tidak menggunakannya setiap masa.
kadangkala jujur sangat pun susah.
kadangkala kita terpaksa tidak jujur untuk hal2 tertentu.
untuk apa?mungkin untuk tidak menyakiti hati orang yg kita sayang.
owh.mungkin dlm hal2 tertentu berlaku tidak jujur menjadi keutamaan.

aku sangat sedih bila ada kawan cuba untuk tidak berlaku jujur di belakang aku.
sorila beb.gua takkan cantas peluang ko.
kita ada rezeki masing2 yg telah ditetapkan.
jgn buat aku mcm budak kecik yg senang ko perkotak katik.
aku tau aku byk buat silap kat ko.byk tegur ko.
tak pelah.cukup sampai di sini aku menegur ko.
sbb aku tegur ikhlas ko sbg kawan aku.
tp aku mmg tak senang ngan tingkah ko.

bila ditegur, akan adalah kata2 balasan seperti..
"owh, mana la tau"
"owh, iye ke?"
"owh, ingatkan dah tau"

bg aku, kawan yang baik itu sentiasa menegur akan kesalahan yg dilakukan.
kawan yang baik itu akan sentiasa berada di saat kita susah dan senang.
kawan yang baik itu akan sentiasa memahami keadaan kita.
kawan yang baik itu tidak akan memaksa kawan untuk sesuatu yg tidak berkemampuan.

orang yg sering menipu untuk satu2 hal.
walaupun sekecil kuman.dia pasti akan melakukannya tanpa rasa bersalah di kemudian hari.
teruskanlah.aku sudah tidak mampu menjadi kawan dengan ikhlas.
sudah terlalu byk engkau lakukan.aku pedih.aku sakit.aku terasa.

belajarlah untuk menghargai orang sekeliling.pasti hubungan baik tercipta.
belajarlah untuk tidak mementingkan diri sendiri.pasti menjadi penting dalam hidup orang lain.
belajarlah untuk berlaku jujur.sedang jujur itu sangat manis.
belajarlah untuk tidak menipu.sedang menipu itu akan membinasakan.

~hati yang terluka~
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

Tuesday, January 11, 2011

update blog mcm update status kat fb..

mcm rumit je kan..iyelah, blog ni walaupun dh lama wujud..tp tak leh la lawan keupayaan yg ada pada laman web sosial fb kan.dgr2 fb nak tutup.betul ke.tak tau.betul ke.ntah...ada aku kisah.uish,jgn ar ckp camtu..aku kisah tau.kalo ada yg buruk pun, ia masih medium yg boleh mendatangkan kebaikan..

secara halusnya cuba mengupdate blog mcm slalu update status kat fb.cuma kat blog ni, mcm tak ramai je yg dok ikut.tu yg mcm lemah sikit.tp aku percy yg aku ada pengikut alam maya.wah, perasan.memuji diri lantas memasukkan ke dalam recycle bin..haha..kata follow teknologi.amik kau.adoi, selsema ni.pegi la jauh2.ganggu la orang nak celoteh.

baru je pas kemas2 bilik.membasuh baju dengan khidmat pn mesin basuh.khamis bercadang untuk balik ke kg t.intan untuk menghadiri majlis perkahwinan jiran embah.lantas perlu mengemaskan bilik walaupun diri si penulis masih serabut serabai.

job to be done today :
1)mandikan si manja dan menidurkannya-done(kejap je tu, sat lagi bgn la tu)
2)kemas bilik-
done
3)basuh baju-on the process
4)mandi-x
done lagi..ahaks..busuk masam..
5)tido-x done lagi
6)sarapan??eh awal2 pagi bgn tido rasa senak perut..lalu memasak nasi goreng tomyam..uish, mcm sedap..ahaks
7)edit pic musalmah tunang-x done lagi
8)update blog??sedang la ni..

updated setakat pukul 11.04 am...nanti2 sambung..harap semua job di atas dah siap..ahaks..

Saturday, January 8, 2011

nampak macam sama tapi tak serupa..


macam nak sama kan..betul tak..

gaya pun nak sama.

ni pun sama..

mohd farish

ahmad darwisy syifa'

abah yg sedang memancing sepat..

makcik ani

hasil tangkapan


Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails