Saturday, August 15, 2009

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan Kepadaku..

Thursday, August 13, 2009

Syarifah Khasif2

Fasih berbahasa Arab, si manis, bersama-sama abang sulungnya, sudah dilatih untuk mengaji lima kali sehari."Kami mengaji setiap kali selepas solat. Walid sangat bersungguh-sungguh melatih kami mengaji kerana minatnya yang mendalam dalam pengajian al-Quran.

Tidak pernah sekali pun dalam hayat beliau tidak dapat mengkhatam al-Quran melainkan semasa beliau menerima jemputan memperdengarkan bacaan di Iran pada tahun 2005.
"Kebetulan pula waktu itu bulan Ramadan. Kerana sibuk memenuhi undangan, saya tidak sempat menghabiskan kesemua 30 juzuk. Walid marah tapi saya ke sana pun untuk mengaji," katanya.

Bersiap sedia untuk berhari raya, Sharifah Khasif, pada tahun ini beraya dengan empat pasang baju baru.

"Ini tahun pertama beraya tanpa walid. Sedih mengenangkannya, tetapi kami perlu teruskan hidup. Jadi kami beraya ala kadar saja", jelasnya lagi.

Tahniah kepada Syarifah Khasif yang telah memenangi Tempat Pertama dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-51 Tahun 1430H / 2009M.

> Tumpang bangga di atas Syarifah Khasif yang juga merupakan senior saya di SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh Tahun 1999. Semoga kejayaan dan keredhaan Ilahi mengiringi setiap langkah kebaikan yang dilakukan beliau... Tahniah.

Sharifah Khasif1

Siapakah gerangan gadis yang memegang nama Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman.. Seorang gadis yang ayu, lemah lembut orangnya, setiap tutur kata disusun menyerlahkan kesantunan seorang gadis Islam yang menjadikan mereka-mereka di pelusuk dunia amat kagum dengan beliau..

Tak mau cite panjang...Beliau ini adalah salah satu kurniaan Yang Maha Esa yang amat bernilai.. Insyallah..

Sharifah Khasif dikenali sebagai seorang qariah dan mengkhatam al-Quran setiap kali Ramadan. Namun dia juga tampil bergaya, jauh daripada imej seorang ustazah.

Mempunyai pendirian yang amat tegas dalam memilih jalan hidup berlandaskan syariat Islam.

"Bagi saya, biarlah melawan arus, daripada melawan akidah. Tentang pilihan berpakaian atau berfesyen, tepuk dada tanya selera. Apa yang penting ialah keikhlasan. Tuhan saja yang tahu keikhlasan kita", jawabnya tenang.

Tentang pilihan berpakaian atau berfesyen, tepuk dada tanya selera. Apa yang penting ialah keikhlasan. Tuhan saja yang tahu keikhlasan kita", jawabnya tenang.


Tuesday, August 4, 2009

sidang redaksi..

tak nak cite..nak tepek gbr je sepanjang sidang redaksi berlangsung..hehehehe...


umah waja..yeszaa


ish..ramainya peminat aku..ahhahha


ek eleh..posing keje nye..


eh..peminat lagi..


dak perempuan pun ada yg minat gak..hahahha


Festival Tari 2009

erm..tak tau mana nak mula..tp gile teruje nak tgk....aku g ngan cikgu2 smkc(kak umi n fasha sandha celup a.k.a fadila)..n bebdk tarian smkc...mlm tu pertandingan di antara Penari dari Penang n Johor..rupenya best ek tgk tarian ni..rs cam aish..gile berseni depa ni..kagum tak terkira.. di tambah lak ngan persembahan yang mencuit hati..pakcik2 n makcik2 yang umur di dlm kiraan infiniti tue...pandai sungguh mengatur langkah satu persatu..menyusun gerak tari..alunan muzik yang sangat menghiburkan..sungguh..sungguh aku nak bgtau yang nikmatnya malaysia.. satu kesenian yang harus dipelihara...dah tiba masanya..jeng3...sesi bergambo..hahhahha...


me..fasha sanda celup n bebdk smkc..


Tarian kuda kepang


Tarian dari Penang


Tarian dari Johor
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails