Monday, December 31, 2012

Di ambang 2013

Di ambang wati 2013
Photobucket

2012 Sebuah Pengakhiran Kenangan


sukar untuk digambarkan dengan eskpresi malahan juga dengan tutur kata.
Tahun 2012 bakal melabuhkan tirai dan aku ingin membiarkan sahaja kenangan itu berlalu tanpa perlu aku menoleh walaupun sedikit..tp aku tahu, untuk aku belajar daripada kejadian-kejadian itu, aku harus menjeling dengan kerling agar setiap yang berlaku aku ambil dengan hikmah.
Sangat tidak keruan hati ini..Tapi andai engkau tahu di saat tiada siapa-siapa di sisi, DIA menemani kamu dalam susah dan senang..andai engkau tahu besarnya kasih sayangNYA..engkau tidak akan mampu menyakitiNYA walaupun dengan sengaja atau pun tidak..

Dalam sujudku aku sentiasa berdoa akan diberikan kesihatan yang baikm untuk diriku dan orang dikelilingku..Dalam tangisku aku sentiasa ingin berubah menjadi insan..insan..dan insan...akhir sekali menjadi khalifah..Dalam tuturku, seringkali aku ingin tidak menyakiti hati sesiapa..

Banyak yang telah aku belajar daripada segala yang berlaku..aku semakin tabah..kuat..sabar..dan paling penting aku tahu nikmat apabila meletakkan segala pengharapan kepadaMU..Benarlah, ENGKAUlah sebaik-baik tempat pengaduan dan penyelesaian masalah..Thank U ALLAH swt.. Semoga Esok langkahku semakin hampir denganMU...  



 zara again
 darwisy
 ahmad darwisy syifa' & izz zara insyirah
 eh, sengetlah ibu...so cute my dearest son
zara in da house

permata hatiku

Monday, December 17, 2012

50 NASIHAT RASULULLAH SAW UNTUK KANAK-KANAK

1. Keutamaan orang berilmu


2. Menuntuk ilmu dengan ikhlas

3. Solat menyucikan jasmani dan rohani

4. Nasihat untuk wanita supaya solat di rumah

5. Perintah bersedekah

6. Zakat perhiasan

7. Pahala sedekah digandakan

8. Al-Quran adalah teman paling baik

9. Wanita wajib berhijab

10. Larangan menyerupai wanita

11. Makan dengan tangan kanan

12. Perut merupakan sumber penyakit

13. Memuji Allah selepas makan

14. Hindarilah sikap keras hati

15. Lakukan perubahan kepada yang lebih baik

16. Jangan biarkan orang berbuat kemungkaran

17. Tolong-menolong sesama muslim

18. Makanlah yang ada dihadapanmu

19. Besarnya dosa bunuh diri

20. Berbakti kepada ibu bapa

21. Teguhkan Pendirian

22. Menyayangi anak yatim

23. Mencintai orang miskin

24. Membina hubungan baik dengan jiran

25. Dosa menyakiti jiran

26. Bercucuk tanam termasuk ibadat

27. Malu sebahagian daripada iman

28. Akhlak terhadap keluarga

29. Sifat lemah lembut

30. Hak dan tanggungjawab sesama muslim

31. Minta izin masuk rumah orang lain

32. Jangan berbohong

33. Memperbaharui iman

34. Menjaga solat yang lima waktu

35. Dengar dan patuhilah Nasihat Rasulullah saw

36. Jangan bersandar kepada orang lain

37. Iman akan lurus jika hati lurus

38. Jauhilah sifat dengki

39. Jauhilah sifat pemarah

40. Wuduk untuk kebersihan dan Cahaya

41. Menunjukkan penampilan yang baik

42. Memilih teman yang baik

43. Mengasihi orang lain kerana Allah

44. Jauhilah sifat sombong

45. Yang mula-mula ditanya ketika berhisab

46. Bersyukur kepada Allah swt

47. Mengatur saf dalam solat

48. Saf wanita ketika solat

49. Islam adalah rahmat bagi semua makhluk

50. Harta orang muslim terpelihara

Sumber Buku : 50 NASIHAT RASULULLAHSAW UNTUK KANAK-KANAK

Penulis : Muhammad Ali Quib

Photobucket

Tuesday, December 11, 2012

Larangan Membanggakan Anak

Allah swt menceritakan kepada kita tentang berita Nabi Nuh bersama kaumnya. Maka Allah Taala berfirman ertinya :

“Nuh berkata : Ya Tuhanku sungguhnya mereka telah menderhakai aku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya, melainkan kerugian belaka”.

(Nuh : 21)

Nabi Nuh mengadukan kaumnya kepada Allah swt bahawa mereka telah menderhakainya dan tidak mengikutinya dengan memenuhi perintahnya untuk beriman kepada Allah swt sahaja. Sebaliknya mereka mengikuti para pembesar dan orang-orang kaya di antara mereka yang berharta dan anak-anak mereka hanya menambahi mereka daripada kesesatan di dunia dan kebinasaan di akhirat.

Allah Taala berfirman ertinya :

“Dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatan, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata :”Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya”.

Dan mereka berkata, “Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak..”

(Saba’ : 34-35)

Iaitu kami diberi kelebihan harta dan anak-anak. Seandainya Tuhanmu tidak menyenangi kami, tentulah Dia tidak menganugerahkan semua itu kepada kami.

Maka Allah swt menyanggah mereka dan berfirman bermaksud :

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun, tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh..”

(Saba’ : 37)

Adalah termasuk kebiasaan Jahiliyah saling membanggakan banyaknya harta dan anak. Adapun orang-orang mukmin, maka mereka saling membanggakan iman dan ketaatan.

Banyaknya harta dan anak tidaklah bermanfaat bagi orang-orang kafir dan tidak dapat membela mereka dari seksa Allah swt sedikit pun. Membanggakan banyaknya harta dan anak adalah kedunguan yang sangat.

Sumber Buku : Petua Membentuk Anak Pintar dan Kreatif

Penulis : A. Mohd Azwar

Photobucket

MENGENAL LELAKI MELALUI ORGAN TUBUHNYA


Mengenal lelaki hasil melihat pada organ tubuhnya ada dicatat di dalam kitab “Tajul Muluk”.

1. Kulit

Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai.
Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya.
Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah.Selain warna itu, melambangkan kelakuannya baik.

2. Rambut

Jika rambut kasar dan keras : berani dan otaknya sihat
Hitam : Berakal dan pertimbangannya sempurna
Kerinting : Tidak dapat dipercayai
Hitam berkilat : Berakal
Kerinting lembut : Pintar
Kerinting dan merah : Tamak dan Jahat
Kekuningan : Pemalas dan Pemarah

3. Kepala

Saiz besar : Tetap pendirian dan berakal
Sederhana : Berpengetahuan
Kecil : Suka menurut nafsu dan kurang akalnya

4. Dahi

Luas : Bijak dan sempurna akalnya
Luas dan berkerut : Pengasih dan Berani
Kecil : Kurang akal
Banyak Kerut antara kening : Pemarah

5. Mata

Jarang dikerdipkan : Bijaksana
Besar tersembul : Tamak dan tidak dapat dipercayai
Merah : Berani tetapi kurang akal
Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya : Dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur.
Mata yang kerap dikerdipkan : Pemaaf
Mata kecil : kurang sempurna pertimbangan
Mata biru keputihan : suka membuat jahat
Mata kekuningan keputihan : jahat dan suka menipu

6. Hidung

Sederhana : Berakal
Sgt mancung & Panjang : kurang akalnya
Hidung yg besar : suka mengikut hawa nafsu
Batang hidung yang nipis : suka Berkelahi
Lubang hidung yang luas : dengki
Hidung tebal ditengahnya : Pendusta


7. Mulut

Kecil : Bijaksana
Luas : Berani
Sederhana : Sempurna akal


8. Bibir

Tebal : Kurang akal
Nipis : Suka Menghasut
Merah : Sihat
Merah Keputihan : Berakal dan mudah faham
Pucat : Putus asa dan berpenyakit
Hijau seperti lintah : Banyak makan makanan yang haram


9. Gigi

Panjang dan besar2 : Pendusta
Sederhana : Berakal
Besar dan jarang : Tidak dapat menyimpan rahsia
Rapat : Jujur

10. Dagu

Luas : Takbur
Tirus : Kurang akal dan jahat
Sederhana : Sempurna kelakuannya

11. Suara

Nyaring : Berani
Perlahan : Pendusta dan bebal
Tidak tetap suaranya : Bodoh
Suara yang merdu : Jujur tetapi kurang bijak

12. Telinga

Besar : Berakal tetapi lekas marah
Kecil : Kurang akal
Cuping telinga yg melekat : Kejam
Cuping telinga yg lembut dan panjang : Penyamun

13. Bahu

Besar : Kurang akal tetapi berani
Singkat : Suka melakukan pekerjaan jahat


14. Belakang

Lebar : Keras hati, takbur dan pemarah
Bongkok : Gigih dan bijaksana
Tebal : Bijaksana

15. Muka

Bujur : Baik
Sangat bujur : Jahat
Bundar : Perangai baik
Sederhana : Pemalu

16. Leher

Sangat Pendek : Jahat
Panjang dan lurus : Bebal dan berpenyakit
Besar : Suka berolok-olok tetapi Berani
Urat leher yang timbul : Pemarah

17. Dada

Sederhana : Berakal
Ditumbuhi bulu : Kurang berakal

18. Lidah

Panjang : Fasih bertutur
Pendek : Suka berbicara dan tidak pandai berpidato

19. Lengan

Panjang hingga ke lutut : Pemarah, Berani, Berjaya dalam kerjanya tetapi
takbur dan suka meninggi diri
Pendek : Tidak sihat



20. Jari

Berjari panjang : Kuat
Berjari pendek : Bebal
Berjari sederhana : Tidak sempurna akal tetapi budiman

21. Tapak Tangan

Berjari panjang : Berani dan berakal
Lembut : Mudah memahami
Nipis : Kurang akal

22. Perut

Besar : Tidak malu dan berpenyakit
Sederhana : Bijak dan sihat

23 Pinggang

Lembut : Berani
Tiada daging : Keras hati dan takbur

24. Betis

Sederhana : Sihat
Sangat kecil : Kurang akal dan bebal

25. Kaki

Sederhana : Sempurna akal
Kecil : Fasik
Besar : Bodoh

26. Tumit

Besar : Sihat
Sederhana : Suka berbuat kebajikan
Kecil : Kurang sihat


27. Langkah

Panjang dan teratur : Sempurna pekerjaannya
Pendek dan kurang tetap : Tanda kurang berakal


Ini hanyalah pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan yang mana belum tentu benar untuk hari ini.



Sumber buku : Hikmah Kejadian Lelaki


Penulis : Khairul Ghazali





Photobucket

BAGAIMANA MENEGUR, MELARANG ATAU MEMARAHI ANAK ANDA

1) Pendekatan secara kasar atau keras terhadap anak-anak adalah satu tindakan yang tidak betul dan sia-sia.

2) Selain itu juga, sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak secara berlebihan juga akan memberi kesan negatif. Seterusnya, ia akan mengakibatkan anak-anak mempunyai keperibadian yang lemah, tidak kuat, anak-anak membesar dengan lingkungan yang keras, menjadi manusia yang penakut, pengdengki, lemah dan memiliki keinginan yang terpendam untuk membalas dendam. Anak-anak yang terlalu dimanjakan juga akan hanyut dengan kesenangan dan leka.

3) Oleh sebab itu, ibu bapa perlu bersikap tolenrasi dan seimbang di antara mengajar secara keras dan memanjakan anak-anak dalam mendidik. Anak-anak juga perlu dihormati hak mereka.

4) Ibu bapa perlu memberi ruang dan peluang untuk anak-anak memberi pendapat dan seterusnya menegur sekiranya terdapat kesilapan yang boleh memudaratkan hidup mereka. Kadangkala anak-anak ini keliru terhadap pilihan dan jalan hidup yang samar-samar.

5) Maka ibu bapa harus bijaksana dan berhati-hati dalam memberikan peringatan dan penjelasan terhadap kekeliruan tersebut.

6) Ibu bapa jangan menyekat kreativiti anak-anak.

7) Setiap kesalahan yang dilakukan tidak semestinya diikuti dengan memberi hukuman. Ini kerana, hukuman yang tidak kena pada keadaan yang tepat akan menyebabkan anak-anak tersinggung dan menjatuhkan maruah anak.

8) Kebanyakkan anak-anak mengikut cara didikan dan contoh daripada ibu bapa mereka. Ini adalah kerana anak-anak merasakan ibu bapa adalah model terbaik dalam hidup mereka. Oleh itu, jika ibu bapa menggunakan pendekatan yang keras, tidak mustahil secara tidak langsung dalam diri anak telah sebati dengan cara yang keras. Begitulah dengan sebaliknya.

9) Ibu bapa perlu memberi perhatian dan prihatin dengan masalah dan kehendak anak-anak.

10) Ibu bapa perlu menjauhi sifat yang suka mengkritik dan kata-kata keras yang melukai perasaan anak-anak.
Photobucket

Monday, December 10, 2012

Amalan Ketika Hamil

Senyum seindah suria yang membawa cahaya..wah gitu kan.
Sempat lagi dok nyanyi2..di saat ini sebenarnya tunggu giliran nak present kelas En Azani..tp macam sempat lagi kan dok berbelog gitu..hahahhaa...nerbes ke..oh...tidaklah senerbes tgk bola semalam..
Seri beb..

Harimau mengaum ke menguap..tak pe..sokongan padu haruslah diberikan kepada Jentera Barisan Harimau Malaya..Go..Go..Go...


muka tak bersalah selepas present..saje nak tunjuk pashmina baru beli di jalan tar..hehehe..


Sedikit Bacaan yang hendak dikongsikan..Moga-moga beri manfaat pada semua.. :)

AMALAN SEMASA MENGANDUNG

a) Memperbanyakkan Mengingati Allah swt dengan memohon ampun dan taubat
b) Banyak melakukan Ibadat, Membuat kebajikan dan Meninggalkan Segala Larangan Allah swt
c) Memperbanyakkan Membaca Al-Quran
d) Sentiasa Berakhlak Yang baik

Akhlak suami terhadap Isteri yang Hamil

a)  Sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya sebagai teman hidup yang paling hampir
dengannya
b)  Sentiasa berlaku jujur terhadap isterinya dan jangan sekali-kali bersikap kejam terhadapnya
c)  Jauhilah daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaannya sekalipun dalam
keadaan marah, apabila dalam keadaan marah sekalipun hendaklah kawal diri dengan sebaik-baiknya,  tenang diri dengan beristighfar, berselawat dan ambil wudhuk dan juga ingat kembali detik-detik manis
dengan isteri.
d) Janganlah mudah mengeluarkan perkataan talak dalam keadaan isteri hamil kerana ini boleh
menyebabkan emosi terganggu.
e) Jauhilah daripada merendah-rendahkan isteri di hadapan orang lain sebaiknya hendaklah sentiasa
menyenangkan hatinya.
f)  Hargailah dan berikanlah pujian di atas segala pemberian dan pengorbanan isteri
g) Bantulah isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah
h) Cuba fahami keadaan dan masalah si isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya
i)  Berilah semangat dan perangasang kepada si iseri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah
semangat. Tenangkan hatinya selalu apabia mengalamai kesusahan dan kesulitan.
j)  Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

Akhlak Isteri Terhadap Suami ketika Hamil

a) Hendaklah menunjukkan sifat kasih sayang kepada suaminya sepertimana yang perlu dilakukan oleh  suami ke atasnya.
b) Hendaklah menjaga lidah daripada menyebut sesuatu yang sia-sia.
c) Taatilah segala perintah suami selagi tidak bertentangan dengan perintah Allah swt
d) Jangan cerewet dan menimbulkan banyak kerenah dalam rumah tangga.
e) Jangan membebani suami dengan hutan dan sebaliknya hendaklah berpada dengan apa yang ada.
f) Hormatilah hak dan kelebihan suami dan keluarga suami.
g) Apabila suami dalam keadaan marah, diamkanlah diri dan jangan meninggi suara sama.
h) Berterus teranglah dengan suami dan jangan menyembunyikan sesuatu permasalahan yang timbul
i)  Jangan merendah-rendahkan suami
j)  Jangan berlebihan dalam berbelanja
k) Jauhilah daripada mencungkil rahsia-rahsia lama suami yang tidak dia sukai dan jangan mencari-cari  kesilapan suami
l)  Jauhi daripada perasaan mencintai orang lain
Photobucket

Sunday, December 9, 2012

Falsafah yang membentuk M.A.L.A.S


Malas adalah sikap negatif yang perlu kita buang untuk berjaya..Ini tidak kira berjaya di dunia ataupun akhirat. Berbalik kepada info yang telah disharekan dahulu, tanggungjawab manusia adalah menjadi hamba dan khalifah. Kalau kita mendalami maksud hamba dan khalifah ini, banyak yang dapat dihuraikan.

Sebagai contoh. Hamba. mmg tugasnya berbakti. Makanya, kita perlulah berbakti, berusaha ataupun dengan makna lain bekerja untuk mendapatkan sesuatu.

Malas bukan bodoh dan bodoh bukannya malas. Boleh boleh diajar. Tidak cekap boleh dimahirkan. Lembap boleh didorong. TETAPI. Jika anda MALAS, ianya akan merencatkan tahap keupayaan bagi kejayaan anda.

So, berikut adalah antara beberapa falsafah yang membentuk sifat malas.
See, Malas pun ada falsafahnya tersendiri.. :)


Sumber : Buku Pengaruh Persekitaran Terhadap Gejala Pelajar Kurang Minat Belajar
Penulis : Baharom Mohamad
Photobucket

Thursday, December 6, 2012

Makanan membasmi kelupaan dan menambah tenaga Pengingat

1. Manisan Madu
    Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya "Siapa ingin hafal, hendaklah ia meminum manisan Madu"

2. Halia
    Sebaik-baiknya halia merah.

3. Susu
    Susu adalah suatu minuman yang memang berkhasiat. Susu adalah pembesar bayi dan minuman ini
    menjadi pilihan utama di kala Nabi hendak Mi'raaj ke langit. Susu hidup adalah lebih berkhasiat daripada
    susu tepung manakala susu tepung adalah lebih baik dairpada susu cair.

4. Buah Zabib (anggur kering)

5. Kemenyan Putih
    Kemenyan putih itu direndamkan di waktu malam dan di kala pagi diminum sebelum makan pagi.

6. Minyak Sapi
    Untuk membaikan hati dan membasi kelupaan.

7. Lobak Isi

8. Telur

9. Hati

10. Za'faran

11. Rempah

12. Bunga Cengkih

13. Kasturi
      Dicium untuk menguatkan dan menyedapkan hati.

14. Rambut manusia
      Dibakar dan disedutkan baunya.

15. Tanduk kambing
      Dibakar dan disedukan baunya akan segera teringat apa yang terlupa.

16. Burung Belatuk
      Digantungkan (kepada seseorang), akan segera teringat apa yang terlupa.

17. Minyak Zaitun      Dicampurkan dengan semacam garam, dilumurkan di sebelah belakang kepala.
   

Sumber : Buku Ilmu Penerang hati dan Tenaga Pengingat
Penulis  :  Dr. Ruhani
Photobucket

19 Tips agar Dicintai Isteri



Sumber : Buku 20 Tips agar dicintai Isteri
Penulis : Abu Ahmad Fatanah

Photobucket

20 Tips agar Dicintai Suami



Sumber : Buku 20 Tips agar Dicintai Suami
Penulis : Abu Ahmad Fatanah

Photobucket

Belajar oh Belajar

Hari-hari kita belajar.Belajar mencari Ilmu. Belajar mencari Rezeki. Belajar mencari Jodoh. Belajar mencari Duit. Belajar mencari sahabat. Belajar mencari Pasal. Macam-macam bukan.

Tapi. Tahukah anda belajar adalah satu proses sepanjang hayat yang kita sedar atau pun tidak.
Ada orang kata, belajar perlu pergi ke sekolah. Ada pula yang kata belajar perlu berguru walaupun tidak ke sekolah. Ada pula yang sibuk dok mengata, belajar tinggi-tinggi pun belum tentu menjamin kejayaan hidup. What.....the...all of this thing.. Belajar adalah proses kita mendapatkan sesuatu secara formal atau pun tidak. Sedar ataupun tidak. Manfaat ataupun tidak. Guna ataupun tidak.

Merujuk kamus dewan, (wah gitu kan.macam nak buat proposal kajian tindakan pulak dah)..ok ok ok.. Ini adalah penulisan memberi kata semangat untuk memulakan proposal kajian tindakan tetapi dimulakan dengan berblogging di pagi hari..

Sebelum kita pergi ke definisi belajar kita rujuk dulu definisi malas...iye..MALAS..ada kaitan ke? let's me clarify what the meaning of MALAS dalam konteks Kamus Dewan, Malas : tidak mahu berbuat sesuatu, segan, tak suka, tak bernafsu. Malas belajar bererti tidak mahu, enggan, tak suka, tak bernafsu untuk belajar. Oh adakah sekarang dalam mood MALAS. Mcm ada sikit..hehe..



















Menarik untuk dikongsikan di sini adalah kata-kata berbunyi ,

"Menjadi tua itu pasti, menjadi dewasa itu suatu pilihan"


Tersirat je bunyinya kan. Mudah kata lah, sekiranya dipanjangkan usia (jangan dilupakan konteks agama ye), kita hidup semakin tua. ok paham. Tetapi apakah yang membuatkan kita menjadi DEWASA. yeahhhh.. Itulah jawapannya walaupun kalian tak sebut lagi.. satuperkataan.tujuhhuruf.satumakna. B.E.L.A.J.A.R. Apabila anda belajar dari pelbagai aspek kehidupan, proses itulah yang mematangkan anda dan menjadikan anda semakin dewasa.

Namun begitu, cuba kita renung-renungkan. Apakah tujuan UTAMA kita BELAJAR?
  • Menjadi manusia terhebat/ terpandai ?
  • Ingin puji-pujian.
  • Mudah mendapat pekerjaan yang baik.
  • Menjamin masa depan yang cerah.
  • Tidak mudah ditipu daya oleh makhluk2 Tuhan.
  • Memperbaiki amalan kita daripada tidak baik kepada semakin baik (istiqomah itu penting)
  • Menjadikan kita berada di satu tahap/ berjawatan.
Apapun tujuan kita, satu sahaja tetapkan di hati, ianya mesti kerana ALLAH swt. Jangan dipisahkan kalimah pencipta dan kebesaranNYA dari dalam diri kita. Moga-moga setiap yang kita lakukan mendapat Barakah. Oh ya, seperti kata-kata Ustaz Hussin (Cikgu Psikologi) saya, tujuan manusia HIDUP ada dua iaitu menjadi HAMBA dan KHALIFAH. Tu dia....terang lagi bersuluh. Kalau kita pegang kepada tujuan kita hidup ini, nescaya mudah sahaja pandangan kita terhadap tujuan kita belajar.

Namun begitu, ada di kalangan kita yang sukar untuk belajar. Bukan Bodoh. Tetapi kita boleh lihat daripada pelbagai aspek. Contohnya :

1. Aspek Fisiologi
  • Kesihatan Tubuh badan
  • Tempat Tinggal
  • Kemudahan Pembelajaran
  • Persekitaran Pembelajaran
  • Pekerjaan
  • Kemiskinan
2. Aspek Sosiologi
  • Rakan Sebaya
  • Moral
  • Pengaruh Media
  • Keganasan di sekolah
  • Budaya Belajar
  • Ibu Bapa
  • Gejala Sosial
3. Aspek Psikologi
  • Tekanan Keluarga
  • Ekonomi

Saya tidak bercadang untuk mengulas lebih lanjut point-point di atas. Ianya boleh dijadikan bahan rujukan sekiranya mendatangkan manfaat. Sumber Ilmiah diperolehi daripada buku bertajuk,

"Pengaruh Persekitaran Terhadap Gejala Pelajar Kurang Minat Belajar"
Penulis : Baharom Mohamad
Jabatan Pendidikan Ikhtisas FPTV, UTHM

Gambar Sebenar dengan Gaya Lakonan :)
Photobucket

Saturday, December 1, 2012

Mekanik Cilik

My Sulung Anak Teruna is Ahmad Darwisy Syifa'...
Anakanda Si Dara Cilik is Izz Zara Insyirah...
of kos lar kedua-duanya berbin/bintikan insan yang saya sayangi Ahmad Bazli Bin Ali..

macam lari tajuk ek..ok la..jom layan pic si sulung dulu k..
bukan apa..si Darwisy ni cukup2lah suka nak menggodek2 macam ayahnya..
pastu minat yang dapat dikesan ialah suka bola..
yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...itu ikut ibu la tu..
bukti sudah..anak ayah dan ibu...

Si cilik Zara masih kecil lagi dear..belum nampak potensi apa-apa yang memberangsangkan..
TETAPI..TETAPI.
ciri-ciri kecantikan seperti mewarisi kecantikan ibunya..
hahhahahakhakhakhakbanyaknyakahak...
silalah muntah kalo tak nak cirit.
only 2 choice ye...



mari2..saya boleh repair wheel chair..moto...juga kereta dan seangkatan dengannya..
Tapi ayah saya lagi expert dan pakar..?
tak sama ke..hehehe...

sekian.
Photobucket

Jumaat Penghulu SEGALA Hari


Nak bagi tazkirah sikit boleh di pagi2 sabtu ni boleh ?
Amboi..nak jadi da'i ke si ayu kamalia ni...owh...mcm mustahil tp bukan tak boleh kan..
Belakang parang diasah lagikan boleh tajam..
Inikan pula kita manusia ye tidak..

Tak delah..saje merepek sambil makan kerepek..
Semalamkan...hari apa? mestilah Jumaat bukan..sbb atas tu dah mention sabtu pagi bukan..
Sebelum nak tido.sajelah selak2 Tafsir Al-Quran yg sentiasa berada di sebelah bantal..

MasyALLAH...SubhanALLAH..
Tiba2 terbuka page untuk surah Al-Jumuah..
Mata terus tertumpu pada satu ayat ini..jeng..jeng..jeng..


Dalam hati, apakah petanda ini semua..Apakah yang cuba digerakkan oleh Allah swt dalam hati ini..
Hanya Allah swt yang tahu..Mungkin ingin mengingati hambaNYA ini yang selalu melupakanNYA..
Alhamdulillah..Aku sentiasa cuba mencariNYA dalam senang dan susah..
Syukur Ya Rabbi..Engkau menjadikan kesusahan hati ini untuk aku lebih mendekatkan diri kepadaMU.

Segala yang terkandung di dalam isi Al-Quran itu tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Mari kita lancarkan satu ayat Al-Quran satu hari..Tidak susah bukan...
Cubalah kita sama2 jadikan yang susah itu satu perkara yang mudah..

Betulkan yang Biasa..Biasakan yang Betul..
~AMIN~

 Photobucket

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails